FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

19 September 2012

ANDA, ANAK GADIS @ ISTERI ALAMI SENGGUGUT / SUKAR HAMIL??


KEPADA SEMUA WANITA, BERHATI-HATI JIKA ANDA MENGALAMI SENGGUGUT YANG TERUK. BUAT PEMERIKSAAN DAN DAPATKAN NASIHAT DARI PAKAR. SENGGUGUT ADALAH SALAH SATU PUNCA KESUKARAN UNTUK HAMIL

Para Suami / Ibu Ayah..sila ambil perhatian, jangan dibiarkan berlarutan...

APA ITU SENGGUGUT?


Senggugut adalah kesakitan yang lazim dialami oleh anak gadis yang baru meningkat remaja ketika kedatangan haid. 

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   



Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit.

Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.


Ketahui lebih lanjut disini :
http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/195-apa-itu-senggugut.html
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=403976342989737&set=a.175387909181916.50349.119929718061069&type=1&theater 



Tumbuhan Adenomyosis dalam menyebabkan senggugut terok, perdarahan, sukar hamil dan mudah gugur. Gambar tumbuhan yg saya bedah pada wanita umor 36 tahun. Biasanya pengidap Adenomyosis sebelumnya ada endometriosis dan senggugut mungkin ada sejak umur remaja
GLA Complex
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

~GLA Complex membantu melegakan sindrom Pra-Haid
~Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan
~Membantu meningkatkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan dimana lendir kesuburan ini hanya dihasilkan sebulan sekali. Lendir ini membantu sperma bergerak ke arah tiub folopio dan berada disitu selama 5 hari. Jadi,jika tidak kena pada waktu subur masih ada harapan hamil kerana sperma boleh sampai sehingga 5 hari. ^_^
GLA mengandungi prostagdalin EL membantu hormon penting untuk fungsi kimia bdn bagi mengawal stress, tekanan darah, sakit otot, dan menghalang rembesan gastrik, anti keradangan dan anti beku darah.
~ Bonus!! GLA juga membuatkan wajah anda berseri (glowing2 gitu).HILANGKAN JERAWAT N JERAGAT JUGA!

* periksa lendir serviks anda!
Lihat samada cair,tebal,coklat @ kuning
- ini adalah tanda kurang baik dan menghalang proses persenyawaan!
Jadi, adalah penting untuk anda kenali "cecair kesuburan" anda.

Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?

Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.
Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.
GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.
Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:
  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
  3. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  4. Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
  5. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
  6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  7. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
  8. Jika tidak, ulangi proses tersebut.
Semoga berjaya!
Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya insya-Allah.



Share it