FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

30 December 2012

CARA DAN TIP PANDUAN MENGATASI BAYI TERCEKIK SUSU ATAU TERSEDAK SUSU

Assalamualaikum sahabat2,ibu2,mummy2,bakal2 ibu semua..
 
Pagi ni nk share tentang bayi tersedak susu atau tercekik susu.. dah banyak berita kita dengar dan lihat skg ni kan tentang kematian bayi akibat tersedak susu dirumah2 pengasuh,di taska2 malah ada juga di rumah sendiri.. Amat sedih sekali jika kita tidak dapat memberi rawatan awal kepada anak / anak asuhan kita ketika tersedak susu. Adalah lebih baik kita mencegah dari perkara ini berlaku. Elakkan bayi menyusu sendirian, dan sendawakan bayi selepas menyusu bagi mengelak kejadian ini. So, disini saya share kan tips2 dan bagaimana mengatasi bayi yang tersedak susu atau tercekik susu ni.. Moga bermanfaat buat semua ibu2 diluar sana..

 

• Bagaimana Bayi Boleh Tercekik Susu?


Selalunya apabila seorang bayi tertidur semasa menghisap susu dari botol, susu tersebut akan terus mengalir mengakibatkan kemungkinan bayi tersebut tersedak dan susu tersebut masuk ke saluran pernafasan dan ini menjadikan bayi berkemungkinan tercekik susu.


# Ianya berlainan sekali sekiranya bayi anda menyusu badan, kerana susu badan hanya keluar apabila bayi menghisapnya sahaja. Jika bayi tertidur ketika menyusu badan, susu ibu akan berhenti keluar dengan sendirinya. Inilah kelebihanbayi yang menyusu susu ibu..

• Apa  Perlu Anda Lakukan Sekiranya Bayi Tercekik?


Yang paling utama, jangan sesekali anda panik! 
Terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti gambarajah di bawah.


tindakan awal terhadap bayi tersedak susu
 
Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.
 

• Bagaimana Caranya Melakukan CPR?


Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.



NOTA: Amalan meletakkan kain atau bantal menyokong botol susu dan membiarkan bayi menyusu sendirian adalah sangat merbahaya. Ini juga adalah salah satu punca utama bayi boleh tersedak susu. Apabila bayi tersedak susu, bayi anda juga berpotensi mendapat pneumonia. Cara terbaik, sentiasa mengawasi bila bayi anda menyusu botol dan pastikan bayi sendawa selepas menyusu.
 
 

Share it