FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

07 July 2013

MIGRAIN - TANDA-TANDA , PUNCA DAN CARA RAWAT SAKIT KEPALA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya tak update blog ni.. malam ni nak share tentang SAKIT KEPALA atau MIGRAIN.. Mungkin ramai yang dah tahu , mungkin juga ramai yang tak tahu kan..:)

12% di kalangan orang dewasa menghidap migrain. Kebanyakannya adalah wanita yang masih dalam kedatangan haid. Saya juga tidak terlepas dari rasa sakit kepala ni...huhu... sakitnye terasa sampai ke bahu, mata, dan hidung.. Bila nak solat tu masa rukuk dan sujud rasa biji mata macam nak terkeluar je, kepala rasa tak boleh nak angkat.. Bila sakit ni menyerang, ape benda pun tak boleh buat, rasa nak baring jer kan...jom lihat tanda2 migrain dan cara rawatannya,..

TANDA-TANDA TERKENA MIGRAIN / SAKIT KEPALA

<3 rasa nyeri dan berdenyut-denyut di sebelah kepala dan merebak ke bahagiaan hidung & sekitar mata
<3 pandangan menjadi kabur, silau dan kadang-kadang menjadi gelap.. boleh menyebabkan pitam dan ini dinamakan fotobia
<3 70% pesakit migrain akan merasa loya dan muntah
<3 Serangan migrain sering terjadi dalam tempoh 7-72jam
<3 rasa sensitif pada bunyi dan suara, badan berpeluh
 


Migrain adalah disebabkan oleh pengecutan urat darah dalam otak yang mana ia boleh menyebabkan strok..bahaya kan migrain ni jika berlarutan..  Punca utama migrain masih tidak dapat dikenalpasti tetapi ada kemungkinan disebabkan baka keluarga. Sila buat pemeriksaan scan otak sekiranya Migrain anda berlarutan dan lambat sembuh..

 CARA ELAK TERKENA MIGRAIN/SAKIT KEPALA

*sekadar usaha*
  1.  elak minum minuman berkafein dan makanan yg tinggi bahan pengawet seperti yg mengandungi MSG
  2. elakkan makan makanan yg mengandungi thyamine sperti keju dan minuman keras
  3. elak stress dan tekanan
  4. tidur secukupnya
  5. makan ikut waktu
  6. elakkan dari pancaran terik sinar matahari
 

RAWATAN MIGRAIN

  • Mengikut sunnah , ikat kepala dengan kain / serban, berbekam atau berinai di kepala
  • Makan ubat, paracetemol atau pain killer
  • berehat didalam bilik gelap dan sunyi tanpa gangguan
  • ambil supplemen bagi yang tak suka makan ubat. Makan ubat kerap sangat pun tak baik untuk kesihatan kita kan. :)

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK PESAKIT MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA


1) B-COMPLEX - dapat mengawal tekanan darah yang normal, dan mengurangkan stress. B-complex di ambil sebiji setiap pagi selepas sarapan

2) OSTEMATRIX - memberi kelegaan terhadap ketegangan otot2 , memberi tidur yang lena dan berkualiti. Di ambil sebanyak 4biji sebelum tidur.. bangun pagi anda dengan rasa kelegaan dan kesegaran tanpa rasa lesu..


HARGA  : RM114.75


vitamin untuk migrain



Share it