FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

19 January 2014

Keperluan Makanan Tambahan Untuk Anak-anak

Perubahan masa membuatkan kita nak kan semua benda tersedia dengan mudah. Kalau dulu, nak mandi kena angkut air kat sungai atau dari pili bomba tepi jalan (saya merasa tu, berat woo)..susah2 mandi tepi jalan je tak pun tumpang mandi kat kolam rumah orang..biasalah duk kampung dengan nenek.. makan pun amik je kat tepi2 rumah, pucuk paku, daun meranti..pegaga..semua ada..

Tapi sekarang? Semua beli.. mana ada tanam kat Bandar kan.. anak terdedah pada makanan segera..sebab ape? Sebab mak ayah bekerjaya, semua nak cepat. Tak sempat sediakan makanan sihat & seimbang utk keluarga. Menu juga yang simple2 je..janji perut kenyang.

Akibatnya... anak2 kekurangan gizi. Nutrisi perlu untuk tubuh. Anak2 mudah dijangkiti penyakit, demam, selsema, batuk & sebab itu juga anak2 kurang fokus dalam pembelajaran. Susah juga kalau anak yang cerewet makan..nak lauk ayam je..sayur tak makan..buah ape lagi.. ayam pula, ayam bandar..ayam yang disuntik untuk cepatkan pembesaran. Ayam yang tak kenal tanah orang kata..haha..bertelur dalam reban jelah ...

Tidak kasihankah kita sebagai ibubapa? Haruskan dibiarkan je? Tanggungjawab kita bukan saja membesarkan malah memberikan yang terbaik untuk mereka. Bukan dengan beri mereka mengadap ipad, psp atau lektop je ye! Galakkan mereka untuk beridah dan bermain diluar, agar mereka aktif dan tidak malas.

Tidak salah untuk kita sebagai ibubapa untuk melaburkan sedikit pendapatan kita bagi meningkatkan taraf kesihatan anak- anak. Tak kan mak ayah je nak sihat kan..anak2 juga memerlukannya. Anak sakit, anda juga yang susah.. nak kena ambil cuti, nak kena jaga anak di wad yang lebih memerlukan perhatian.

Ye, sakit bukan kita minta. Tapi ingatlah, menjaga kesihatan itu juga sunnah & mencegah itu kan lebih baik dari mengubati..

Anda rasa bagaimana?

Share it