FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

15 October 2014

Resepi Ikan Caru Sumbat

Tetiba je harini teringin nak makan ikan bakar.. ehee..

Bukan bakar ikan yang biasa2, tapi nak Ikan Caru Sumbat yang macam mak buat. Kalau mak yang buat, kami adik beradik suka berebut makan..ehee.. sorang boleh makan sekor ikan tu..meratah lagi..

So, kalau mak nak masak ikan caru sumbat ni, mesti mak masak lebih.. muahahaa.... lawan dengan bayam tumis air, memang laju jer makan... orang kata, mak mentua lalu pun tak perasan.. kih3! 


Meh saya nak share resepi Ikan Caru Sumbat Bakar feveret kami adik beradik ni.. ehee..


Bahan-bahan :

2 ekor ikan Caru - buang perut, jangan buang kulit, belah belakang badan ikan
*Segenggam cili kering
*4 batang serai
*Halia 1/2 inci
*Kunyit 1/2 inci
*Bawang besar sebiji
Garam, gula, air asam/limau secukupnya

Cara-Caranya :
 
1. Blend bahan2 bertanda *

2. Kemudian tumis bahan blend dgn minyak , masuk gula, garam & asam secukup rasa.. tumis sehingga sedikit kering..

3. Sambal yang dah siap, sumbat di bahagian perut ikan, belah juga belakang badan ikan.. sumbat sekali..

4. Bakar ikan dalam pan ajaib/ kuali. Bakar sehingga masak..

5. Ok, siap untuk dihidang!! Rasa sambal tu, pedas2, masam manis.. sedang elok la tu...

Resepi Ikan Caru Sumbat
Ikan Caru Sumbat

Share it