FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

27 May 2015

Petua Kurangkan Bengkak Susu yang Menyakitkan Semasa Berpantang

Petua nak kurangkan bengkak susu.

Siapa ada pengalaman bengkak susu? Biasanya terjadi lepas bersalin dalam pantang seminggu pertama.

Bagaimana nak hilangkan bengkak susu? Memang sakit. Dah kerap susukan bayi pun masih belum reda. Susu pula tak keluar macam malu-malu keluarnya.

Ok. Saya kongsikan tip kurangkan bengkak susu pula kali ini.

1. Seharusnya masa hamil lagi buat ini, bersihkan nipple dengan berus gigi lembut. Ia bagi mengelakkan liang susu tersumbat. Jadi, pengaliran susu lebih lancar lepas bersalin.

2. Ketika berpantang, jika terjadi bengkak susu boleh tekap payudara dengan kelopak kobis. Amaran : Jangan tekap terlalu lama, akan menyebabkan kering susu. Cara yang betul adalah tekap sekejap dan selangkan dengan menuam payudara dengan air suam. Buat selang seli panas dan sejuk.

3. Petua orang tua, urut guna belakang sikat. Lurutkan dari atas ke bahagian puting perlahan-lahan.

4. Urutan. Urut belikat belakang. Minta suami urutkan. Guna ibu jari, letak di sebelah tulang belakang dan tolak ke luar.   Urutan ini dapat melegakan bengkak susu dan melancarkan aliran susu. Boleh juga panggil tukang urut wanita bersalin. Jangan tersalah tukang urut ye, sebab pernah terjadi tukang urut tersalah urut (matikan urat susu) menyebabkan susu tiba-tiba tak keluar (kering).

5. Telan lecithin. Lecithin bertindak mengelmulsi lemak-lemak susu. Ia dapat melegakan bengkak susu dan melancarkannya. Pilihlah Lecithin Shaklee yang juga dapat meningkatkan kesihatan selepas bersalin dan semasa menyusukan anak.

Amalkan gaya hidup sihat dan petua - petua yang tidak memudaratkan kesihatan kita.

Semoga bermanfaat.

2 comments :

Maria Firdz said...

Sy tuam dan perah je... Pastu bg anak isap byk2.

ayu mas said...

ye, betul tu. perlu kerap direct feeding sebenarnya.

Share it