28 February 2015

Makcik Cergas Walau Berpuasa Semasa Hamil Anak Kelima!!

Sedar tak sedar bulan Ramadhan ni semakin dekat.. upss!! dah ganti ke puasa yang lepas ??

Bagi ibu-ibu yang tengah mengandung tu mesti berkira-kira nak ganti puasa kan? Nak tunggu alahan reda sikit.. tak pasti larat ke tak nak ganti.. tup tup , minggu depan dah bulan puasa.. terpaksa bayar fidyah pulak..

kekal cergas berpuasa ketika hamil
Puasa ketika hamil tak semestinya lembik

Ok! Jom kita tengok klip video bagaimana Puan Haridah ni yang kekal bertenaga berpuasa semasa mengandung anak yang kelima. Apa yang buat dia tak lembik lunyai berpuasa semasa hamil? Nampak je macam tercungap-cungap tapi puasa cukup sebulan hokey!!



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Korang pun nak kekal cergas bertenaga berpuasa semasa hamil? 

Ikut cara makcik dalam video tu ! InsyaAllah sangat membantu ibu hamil berpuasa jadi lebih kuat dan kekal bertenaga. Sepatutnya kita sebagai seorang muslim, ketika berpuasa kita jadi lebih kuat kan? bukan lembik lesu,, puasa ke tak puasa ke, kita cergas seperti biasa..

Bonusnya nanti, kita dapat baby yang kuat juga! Baby yang POWER gitu,,,..Kulit baby pun cantik nanti tau..  Wow!

Cadangan Set Berpuasa Ketika Hamil Kekal Cergas


ESP - Bantu beri rasa kenyang dan bekalkan tenaga yang lama 

Keperluan Protin Ketika Hamil
Keperluan Protin Ketika Hamil


Performance Drink - Bantu kekalkan bendalir / cecair dalam badan & kembali menyegarkan ketika berbuka

Set Ibu Hamil - Bantu berikan keperluan nutrisi dan tenaga yang cukup semasa hamil


Cadangan Set Ibu Mengandung Shaklee
Cadangan Set Ibu Mengandung Shaklee


Hubungi saya untuk sebarang pesanan atau pertanyaan

AYU 

0162853148

COD BANDAR BARU SENTUL & SEKITARNYA

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Di sini ada Petuanya..

Seperti yang kita semua tahu, negara kini di landa wabak denggi. Virus Denggi yang boleh membawa maut.

Nyamuk Aedes Pembawa maut
Nyamuk Aedes Pembawa maut

Virus denggi terbaru ini mengakibatkan berlaku bengkak pada tisu lapisan luar otak. Akibat gigitan nyamuk aedes juga boleh menyebabkan pesakit mengalami penat, sakit kepala, koma dan lumpuh.

BAHAYA DEMAM DENGGI
BAHAYA DEMAM DENGGI

Seorang pakar perubatan menjelaskan pesakit akan mengalami perubahan fizikal dan emosi yang serius jika hati dan otak mereka diserang virus denggi terbaru ini.

Jikalau tidak diberi rawatan dengan awal dan segera segera, virus tersebut akan mula menjakiti bahagian dalaman seperti hati yang merupakan sistem utama dalam membantu pencernaan dalam badan manusia.


Ada dua jenis nyamuk aedes yang menjadi punca utama deman denggi iaitu "Aedes Aegypti" dan "Aedes Albopictus". Kedua-dua jenis nyamuk aedes ini memang berbahaya dan sering menyerang manusia di awal pagi dan petang


TONTON UNTUK DENGAR APA KATA PAKAR NUTRISI TENTANG DENGGI



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...


Rawatan Awal sekiranya ada tanda-tanda anda diserang Demam Denggi
  • Pesakit mestilah minum air yang banyak untuk kekalkan cecair dalam badan
  • Elak makan makanan berlemak, bergaram, herba  dan juga yang pedas
  • Tingkatkan Imuniti tubuh dengan ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lebihkan protin dalam makanan untuk membekalkan tenaga semasa sedang sakit

 

PETUA RAWAT DEMAM DENGGI TANPA UBAT


Antara petua yang didapati berkesan adalah dengan mengambil Jus Daun Betik


1. JUS DAUN BETIK - telah diterima oleh Jabatan Kesihatan Malaysia untuk rawatan sementara

Cara menyediakan Jus Betik :
  • ambil 2 helai daun betik
  • buang tangkainya
  • bersihkan daun 
  • rendam dalam cecair pencuci sayuran selama 15 minit(boleh guna Basic H2o)
  • bilas semula daun betik yang telah direndam sehingga bersih
  • keringkan airnya
  • tumbuk atau blend daun betik tanpa air
  • tapis jus dari daun betik dengan penapis kain
  • ambil airnya. 2 Helai daun betik boleh dapat dalam 2 sudu besar jus
  • Simpan dalam botol bersih
Cara minum :
  • Minum 2 sudu besar jus daun betik sehari sekali selama 3 hari berturut-turut
  •  Untuk Kanak-Kanak di bawah Umur 13 tahun sila minta nasihat daripada doktor
 

 Vitamin Cadangan Untuk Rawat Virus Denggi


1. Performance Drink -  minuman yang mengandungi ion untuk membantu mengekalkan cecair dan bendalir dalam badan 

2. Vitamin C Sunstained Released - Untuk sistem imun bantu membunuh bakteria/virus bagi mengelakkan simptom denggi semakin teruk

3. Nutriferon - membantu sel darah bekerja membunuh virus demam denggi dan meningkat imuniti melawan jangkitan

4. Protin ESP - Bekalan protin untuk mengembalikan tenaga yang hilang semasa sedang diserang demam denggi


Hubungi saya untuk sebarang pesanan atau pertanyaan



AYU 

0162853148

COD BANDAR BARU SENTUL & SEKITARNYA

25 February 2015

Fahami Jaundis atau Demam Kuning dan Cara Merawat Jaundis Dengan Betul

Jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan bayi yang baru lahir. Jaundis terjadi pada bayi lahir sihat atau pramatang apabila darahnya mengandungi biliburin yang berlebihan.


Apa itu Biliburin?

Biliburin adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. 

Jaundis tidak berbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi berbahaya jika tidak dikawal lebih awal.


APA ITU JAUNDIS / DEMAM KUNING?


Jaundis berpunca apabila HATI BELUM MATANG. Ya, hati belum matang untuk memproses sel darah merah. So, nak cepat pulihkan Jaundis , BANTU HATI CEPAT MATANG..!


Jaundis atau Demam Kuning
Jaundis atau Demam Kuning

CARA YANG BETUL MERAWAT DEMAM KUNING / JAUNDIS

Biasanya doktor akan mengambil sampel darah bayi dan membuat ujian bagi mengesan tahap dan jenis jaundis bayi. Jika perlu, bayi akan ditahan di wad dan menjalani rawatan fototerapi.



Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu , macam-macam makanan/minuman yang mereka suruh beri kepada bayi. Tahukah anda itu sangat merbahaya kepada kesihatan bayi anda?

Cara yang betul merawat jaundis adalah dengan hanya memberikan bayi susu ibu sekerap yang mungkin sejam atau dua jam sekali supaya bayi anda kerap buang air besar atau kecil dan mengeluarkan kuning serta membantu organ dalaman bayi menjadi lebih cepat matang.


Susu ibu adalah makan utama bayi. TIADA MAKANAN LAIN YANG SESUAI UNTUK BAYI DIBAWAH 6 BULAN SELAIN SUSU IBU yangmana khasiat dan zatnya tidak dapat diperolehi dari sumber yang lain walau dengan susu formula paling mahal di dunia sekalipun. Itulah ajaibnya TITISAN EMAS ini.. Dalam kes nak rawat jaundis bayi baru lahir ni, kerapkan penyusuan susu ibu untuk membantu hati bayi cepat matang bagi memproses biliburin yang berlebihan.


KESILAPAN IBU BAPA, mereka terlalu fokus kepada petua-petua nak cepat sembuhkan demam kuning/jaundis sehingga terlupa kepentingan memberi susu ibu sekerap mungkin kepada bayi.  Ingat ya, mak ayah! BAYI ANDA HANYA PERLUKAN SUSU IBU , BUKAN MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN.


KENAPA PERLU SUSU IBU SAHAJA UNTUK MERAWAT JAUNDIS?


Ini adalah kerana tubuh bayi hanya dapat memproses susu ibu, Susu ibu cepat hadam, dan mempunyai antibodi untuk melawan jangkitan. Jika anda memberi makanan lain selain susu ibu, berkemungkinan makanan/minuman tersebut tercemar / ada bakteria yang merbahaya buat bayi, dan bayangkan bayi anda masih kecil dan masih belum ada antibodi yang kuat untuk melawan sebarang jangkitan. Sudah tentu perkara ini boleh memudaratkan kesihatan bayi anda bukan? Sanggupkah anda melihat bayi anda terlantar lebih lama di hospital?


KEBAIKAN SUSU IBU BUAT BAYI JAUNDIS
KEBAIKAN SUSU IBU BUAT BAYI JAUNDIS

 

PETUA & PEMAKANAN IBU SEJAK HAMIL UNTUK ELAK BAYI TERKENA JAUNDIS


Antara petua yang membantu mengelak bayi lahir terkena jaundis/demam kuning. Insya-Allah, boleh amalkan.. kita ikhtiar.. Digalakkan ibu makan makanan berkhasiat.

1. Makan 3 sudu madu (madu asli ye) tanpa air atau minum air bercampur 5 sudu madu

2. Amalkan minum susu kambing 2 cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur

3. Amalkan makan buah delima / boleh juga amal pati delima setiap hari

4. Amalkan makan buah kurma

5. Minum air kelapa muda (sebaiknya ketika kandungan 7 bulan ke atas) sehingga bersalin.

6. Suami digalakkan sentiasa mengusap perut ibu sambil selawat dan doakan kesihatan bayi.


Baca artikel lain berkaitan susu ibu :







24 February 2015

HB Rendah & Ketahui Bahaya Serta Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil


Adakah anda tahu bahawa Anemia semasa hamil sangat merbahaya?

Kenapa Anemia semasa hamil bahaya? 

Adakah anda tahu Anemia Ketika Hamil akan menyebabkan risiko yang merbahaya?


Terhadap Ibu : 
  • keguguran
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin 
  • Kematian 

Terhadap bayi :
  • Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut Kelahiran bayi kurang berat
  • Kelahiran tidak cukup bulan atau Bayi meninggal dalam kandungan

Apa itu Penyakit Anemia?

  • Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan Hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah.
  • Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila puan mengalami anemia , tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kekurangan kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
 
Atasi Anemia semasa hamil
Anemia semasa hamil

Bagaimana Anemia dapat dikesan?

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (HB) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl

  
Bagaimana Anemia dapat dikesan?
Bagaimana Anemia dapat dikesan?

  CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL

 

1.      Tambah darah dengan pil Hematinik
  • Helmatinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:
    • Pil Zat Besi (ferrous fumarate)
    • Pil Asid Folik  
    • Pil Vitamin C
    • Pil Vitamin B Complex
  • Mengapa Pil Helmatinik sangat penting?   
Pil Helmatinik sangat penting kerana kandungan Zat Besi , B complex dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah Pil Vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi

Fakta Penting!

  • Pil Helmatinik membantu untuk pulih dengan cepat dan  janin membesar dengan sihat. Ia tidak  menyebabkan saiz bayi membesar. Berat lahir bayi yang normal adalah di antara 2.5 – 4.0kg

  • Makan pil Helmatinik bersama air kosong atau jus buah untuk penyerapan yang lebih optimum  Elakkan makan pil Helmatinik dengan air berkafein seperti kopi, teh, minuman berkola, bercoklat atau susu. Kafien menghalang penyerapan zat besi dalam badan


Kesan sampingan pil Helmatinik

Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening.
 Kesan ini adalah hanya sementara sahaja.


2.      Tambah darah dengan makan makanan yang kaya dengan Zat Besi
  • Sumber makanan yang kaya dengan zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis
  • Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
  • Untuk mengatasi masalah anemia , anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Fakta Penting!
Sekiranya anda sorang vegetarian , anda boleh ambil makan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan Vitamin C, disamping meningkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau , anda juga perlu makan pil helmatinik mengikut arahan.

2 CARA TINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI

Cadangan makanan untuk Pesakit Anemia @ Tingkatkan HB semasa hamil
Cadangan makanan untuk Pesakit Anemia @ Tingkatkan HB semasa hamil

  1.  Lebihkan makanan yang mmbantu penyerapan zat besi di dalam hidangan seperti : 
  • Buah dan sayur yang kaya dngan Vitamin C seperti jambu batu, limau , betik, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga , sawi, pucuk ubi, bayam dan kangkung
  • Minum jus buah-buahan
  • Makan bersama pencicah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam atau isi daging
 
      2.  Kurangkan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti minuman / makanan  berkafein
  • Jika ingin mengambil makanan / minuman tersebut , pastikan di ambil sekurang-kurangnya 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan Pil Vitamin.
  • Susu juga menghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa  minum pagi, petang atau malam.


Klik dan Tonton Video di bawah untuk ketahui cara bagaimana saya dan akak Aya Chalo ni yang setiap kali mengandung ada Anemia. Ketahui bagaimana beliau menangani Anemia Semasa Hamil dan tingkatkan HB dalam masa 2 minggu!!


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.



Hubungi saya untuk sebarang pesanan atau pertanyaan

AYU 
0162853148

COD BANDAR BARU SENTUL & SEKITARNYA

12 February 2015

PERGINYA PERMATA UMMAH - Al Marhum TGNANM

Setiap yang hidup PASTI merasai MATI.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un... Menerima berita tentang pemergian seorang mursyid dan Murabbi kita pada jam 9.45 malam, 12 Februari 2015 Malam Jumaat yang mulia..

Semoga tenang bertemu dengan NYA, setenang-tenang wajahnya... 

Takziah buat keluarga almarhum dan Al Fatihah buat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang disenangi, disegani dan dikasihi oleh seluruh makhluk bumi..Pergimu tak kan kembali, pergimu tiada pengganti... Semoga roh mu sentiasa di dalam rahmat Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga bersama orang-orang yang Soleh...

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.




PERGINYA PERMATA UMMAH

Terbukalah pintu langit dengan merdu
Sang burung terbang mengiringi
Dengan zikir jiwa penuh syahdu
Menyenak hati bungkam berperi

Menitis embun hati pada daun rasa
Bersinar mentari hidayah di rusuk taqwa
Melihat pada kalbuku akan wajahmu
Terkujur tenang bak kekasih merindu
Teranglah bintang penghulu malam
Menyambut kembalinya jiwa tenteram
Hampir sekurun menyuburkan alam
Kini masanya timpuh bersemayam
Hidupnya tekad menabur kasih
Menuntun ummat tak kenal letih
Pada senyum ada nasihat
Pada tegas ada makrifat
Bergegaslah seluruh cakerawala
Berhimpit mahu melihat sama
Begitukah tenangnya sebuah jiwa
Menyahut seruan Kekasih di sana
Selesai sudah gelanggangnya di sini
Menuju gerbang dihampar permaidani
Tinggal kita mencari-cari
Mana yang dusta mana yang bestari

Dedikasi dari Facebook  : 
Tuan Hj Fadzli Yusof, 9.58 malam
22 Rabiul Akhir 1463
12 Februari 2015

5 Cara Mengelakkan Sembelit Ketika Berpantang Selepas Bersalin

Sembelit ketika berpantang lepas bersalin memang sangatlah menyeksakan ....saya sendiri pernah merasainya ketika bersalin anak pertama dan kedua dulu.. Tak membuang sehingga seminggu.. bila tiba sakit perutnya datang, bertinggung lama dalam bilik air.. menitik air mata.. uhuuu.. Orang laki ape tau? Tau buat je, ye dak? Itulah seksanya sembelit selepas melahirkan.. mana tak nya, dengan nak jaga luka bersalin lagi, tahan pulak sakit sembelit... Hanya Allah jelah yang tahu masa tu... Sengsara rasanya berpantang kena sembelit ni...

Sembelit ketika berpantang
Emosi ibu boleh terganggu akibat sembelit ketika berpantang


Bukan saya saja yang mengalaminya, tapi ada ibu-ibu lain juga yang merasai sembelit ketika berpantang. Mari ikuti video ni.. Apa cerita puan ni yang serik nak beranak lagi sebab Seksa pantang...

**Memang serik nak beranak lagi tau mengenangkan sakit sembelit masa berpantang..... uhuuu... **


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.


Adalah menjadi perkara biasa ibu-ibu tidak dapat membuang air besar dengan lawas selepas melahirkan. 1/5 masalah ini dihadapi oleh ibu-ibu yang lepas melahirkan.

Testimoni dan Pengalaman sendiri..


Pada kelahiran anak saya yang ketiga, dan masa tu saya masih belum menjadi ahli shaklee lagi tau.. tapi saya ada beli Ostematrix dan Alfalfa sebelum bersalin untuk persediaan masa menyusukan anak. Masa tu saya telan 4 biji Ostematrix Shaklee sebelum melahirkan untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin.. 

Alhamdulillah, saya terpaksa bersalin secara pembedahan sebab saya telah di induce sebanyak 3x tapi jalan masih 2 cm.. sebelum kena puasa malam tu, saya telan dulu 4 biji Ostematrix Shaklee.

Selesai pembedahan, biasanya ibu akan rasa pening, loya dan tak boleh bangun akibat kesan bius yang diberi semasa pembedahan. Tapi tidak pada saya.. Hebat kan?? Saya pada mulanya tak perasan, lepas tengok ibu sebelah katil saya barulah saya sedar, kenapa akak tu masih tak boleh bangun, pitam & loya tak boleh nak makan minum sebab termuntah balik . Saya pula relax je..siap boleh bangun pergi tandas sendiri & buang air besar hokey... lawaslah sangat.. sekali push jer... lega perut wooo....angin pun dush dush je keluar.. hihii....

Best Ostematrix Shaklee ini... itulah Shaklee Effect saya... dan sampai sekarang saya tetap setia dengan Ostematrix. Tiap-tiap bulan mesti beli sebab Ostematrix bukanlah sekadar kalsium malah ia lebih dari itu.. 

Set Vitamin Untuk Sembelit Ketika berpantang
Set Sembelit Ketika berpantang

Jomlah gabungkan Ostematrix dengan Alfalfa Complex... memang best!! Superb hokeyy!!

Badan dapat menten kurus, tak sembelit, angin badan keluar dengan baik, susu banyak, rasa cergas bila bangun tidur, tidur lebih lena dan berkualiti walau sekejap sebab kerap bangun menyusukan anak, kaki tak cramp, muka tak pucat dan luka pun cepat baik,, haa... best kan? saya tak tipu tau.. sebab saya sendiri yang merasainya..

Kawan - kawan datang melawat pun cakap," eh kau ni...macam orang tak pantang jer.. jalan laju, muka pucat .." Siap nasihatkan saya suruh berhati-hati sebab bersalin c-zer ...hihiiii...

Cara mengelakkan sembelit ketika berpantang :


1. Minum air yang banyak atau jus buah - pengambilan air yang banyak adalah sangat penting bagi ibu lepas bersalin kerana ibu telah banyak kehilangan tenaga dan untuk merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih lancar. Air perlu untuk mengelak dehidrasi sebab keadaan hospital selalunya kering dan berhawa dingin.

minum air yang cukup

2. Buat pergerakan selepas bersalin, berjalan jarak dekat bagi menggerakkan usus.. Ini bagi memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan peredaran darah.

3. Makan buah. Buah Oren bagus!! Bukan je kaya dengan vitamin c untuk cepat baikpulih luka, malah bagus untuk atasi masalah sembelit ketika berpantang.. Boleh juga makan buah kurma atau buah prum..

4. Jangan menahan atau takut nak pergi tandas jika terasa nak buang air besar atau kecil.. Relax ok..

5. Jika berlarutan sehingga 3-5 hari ibu sembelit, dapatkan rawatan doktor.

5. Ambil 4 biji Ostemarix sebelum tidur setiap malam, bangun pagi pasti anda akan ke tandas dan membuang tanpa sembelit dengan selesa!! 


Bagi anda yang tak suka makan jamu ketika berpantang, bolehlah mengambil Set Bersalin Moden Shaklee 
Ia bantu percepat baikluka, mencegah sembelit, mengecutkan rahim, merapatkan vagina, dan memperbanyakkan susu ibu. Malah badan menjadi lebih cergas dan cerdas!



Hubungi saya untuk sebarang pesanan atau pertanyaan

AYU 
0162853148
COD BANDAR BARU SENTUL & SEKITARNYA

PNEUMONIA DAN CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU DENGAN BERKESAN

Paru-paru adalah organ penting untuk fungsi pernafasan manusia. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20 ribu kali dalam sehari dan bekerja...