Set Pembersih Get Clean Shaklee |
Dengan pembelian satu Set Pembersih Get Clean anda layak dapat FREE GIFT woven bag Get Clean dan Spray Bottle Get Clean dari Shaklee.
Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Kod Produk:00015 (473ml)
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan
kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa
pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam
sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu,
mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi.
Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
- Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
- Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
- Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
- Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
- Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
- Dinding, tingkap dan cermin
- Kaunter dapur, jubin dan lantai
- Peralatan
- Dapur
- Hiasan kayu
- Periuk belanga
- Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
- 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
- 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
- 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
- 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
- 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
- Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
- Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
- Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
- Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
- Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee
Selamat
- Tidak toksik
- Tiada gas beracun
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Tanpa pewangi
- Lembut pada tangan anda
- pH seimbang
- Tanpa klorin
Berkesan
- Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Fresh Laundry Concentrate
Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih
Kod Produk:00159 (2.49kg)
Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan
berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik
Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan
pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan
bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci
sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang
boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak
balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah
satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan
berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan
mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru
hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap
bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami
masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.
Soft Fabric Concentrate
Melembutkan Pakaian
Kod Produk:00307 (946ml)
Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan
mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat
kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah,
rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda
merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
- Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
- Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
- Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
Selamat
- Tidak toksik
- Tiada gas beracun
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Tanpa pewangi
- Lembut pada tangan anda
- pH seimbang
- Tanpa klorin
- Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
- Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
- Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
- Mudah biorosot
- Tanpa fosfat
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Petua Berguna
- Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembut berbanding sebelumnya.
- Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.
Dish Wash Concentrate
Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan
Kod Produk:00255 (473ml)
Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau
harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda
beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan
berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja
untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk
anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
- Lembut pada tangan
- Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
- Buih sabun yang tahan lebih lama
- Menjadikan pinggan bersih berkilau
- Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
- Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
- Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee
Selamat
- Tidak toksik
- Hipoalergenik
- Tanpa klorin
- Lembut pada tangan anda
- pH seimbang
- Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
- Amat berkesan menanggalkan minyak
- Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
- Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
- Mudah biorosot
- Tanpa fosfat
- Tanpa bahan pewarna
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Hubungi saya untuk pembelian
SID : 882771
NOR FAHIDAYU MASRAN
016 - 2853148
Pengedar Shaklee Sekitar Bandar Baru Sentul
dan kawasan berhampiran.
Pengeposan Seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment