Showing posts with label COLLAGEN. Show all posts
Showing posts with label COLLAGEN. Show all posts

07 January 2013

KOLAGEN TERBAIK UNTUK KULIT TEGANG, CANTIK, GEBU DAN RAMBUT, KUKU SIHAT

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus , rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin - menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin - memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu, kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen 1.
  • Berat molekul rendah daripada 1000 dalton adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing, lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan. Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme . Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan. Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
 
Maka dengan itu, pilihlah kolagen terbaik anda. Pastikan ianya selamat, berkesan dan semulajadi. Shaklee Collagen Powder (klik utk testimoni) pastinya pilihan saya! Kulit tambah anjal, tegang, kenyal dan lembap, rambut dan kuku lebih kuat dan subur, otot dan sendi juga lebih sihat. Badan tambah cergas dan bertenaga!
KOLAGEN IKAN TERBAIK
 

07 December 2012

COLLAGEN POWDER

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

 

~ Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) Proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekuler, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 
~ Tujuh (7) ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus Acidophillus , Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam membawa ke luar untuk kulit tampak lebih anjal, cerah berseri.

FUNGSI RAMUAN UTAMA KOLAGEN


  1. KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH - sumber yang premium dengan kurangnye pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan
  2. EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA - terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas
  3. EKSTRAK PFAFFIA - juga dikenali sebagai Ginseng Brazil apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin
  4. ELASTIN DARI KOLAGEN IKAN - memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
  5. VITAMIN C DAN VITAMIN B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B turut serta dalam metabolisme karborhidrat , lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
  6. EKSTRAK KEKERANG -  Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
  7. LACTOBACILLUS ASIDDOPHILUS - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen

TAMPAK LEBIH MUDA 

  • kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut
  • kuku menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang, pangkal kuku mengekalkan warna sihat
  • menjadikan kulit kurang kering, elastisiti dan luka sembuh dengan cepat, jadi ia dapat mengurangkan parut-parut di kulit
  • kolagen juga dapat mengurangkan garis-garis penuaan   

     

    RASA LEBIH MUDA

    • kolagen penting untuk tulang sama seperti tulang sangat memerlukan kalsium dimana kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh
    • kolagen dapat mengurangkan kesakitan geseran sendi
    • Ia juga baik untuk mata - kornea memerlukan kolagen dan ini membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal 
    • Memastikan otak sentiasa sihat yangmana otak mendapat manfaat kolagen agar minda tetap baik walau usia semakin menua

     JOM LIHAT TESTIMONI..

    Testimoni Kolagen Shaklee
    KESAN PARUT JERAWAT LAMA MEMUDAR

    TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER
    KULIT MUDAH TERBAKAR DENGAN CAHAYA MATAHARI

    TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER
    GARIS PENUAAN, KULIT KENDUR SEMAKIN TEGANG DAN LICIN

    TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER
    JERAGAT DAN JERAWAT DI WAJAH SEMAKIN HILANG DAN KULIT LEBIH LICIN DAN CERAH

     


     

     


 


TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....