31 October 2014

Atasi Masalah Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis ketika hamil?


Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Kekurangan insulin dan/atau rintangan insulin (insulin resistance) menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.




Siapa yang berisiko??
  • Ibu yang ada sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya...
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda???
  • Sering keletihan
  • Kerap membuang air kecil
  • Sering dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh
Bagi memastikan ibu hamil mendapatkan rawatan awal kencing manis, ibu hamil perlu minum air gula bagi melihat toleransi gula di dalam tubuh supaya mudah dikawal pada minggu-minggu tertentu kehamilan

Semasa hamil, sepatutnya tubuh  ibu dapat  menghasilkan insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis.


Risiko ibu hamil menghidap kencing manis

 


Terdapat beberapa risiko yang mungkin ibu hamil alami sekiranya ibu menghidap kencing manis.

Kesan pada ibu hamil;
  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.
Kesan pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.
Dalam kebanyakkan kes ibu hamil menghidap kencing manis hanya ketika kehamilan, tetapi selepas kelahiran tiada lagi masalah kencing manis. Jangan terlalu senang hati, kerana kemungkinan juga anda berisiko menghidap kencing manis selepas itu. Jaga pemakanan dan kesihatan anda seawal mungkin!


Vitamin Ibu hamil sangat membantu mengawal kencing manis dan masalah LOW HB ketika kehamilan. Anda boleh mengambil Set Ibu Hamil atau jika anda mengalami masalah bajet, boleh mengambil set di bawah :


VITALEA

✒ Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
✒ Membekalkan 19 vitamin & mineral bagi memyokong tumbesaran bayi dan membantu kesihatan ibu hamil


B-COMPLEX 

✒ Penting dalam metabolisma gula & pembebasan tenaga kepada sel badan
✒Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi
OSTEMATRIX


 
✒ Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium merupakan antara punca kencing manis)
✒ Membekalkan 100% kalsium harian yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi dan menyokong tulang ibu
✒ Sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D dapat membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis

 
KLIK UNTUK TERUS BELI


Sms@wasap  0162853148 

Saya pengedar Sah Shaklee
SID :  882771

COD AREA   : 

Sekitar Bandar Baru Sentul dan kawasan berhampiran. Ulu Yam Baru & Batang kali pada hujung minggu..

30 October 2014

Hilangkan Masalah Kulit Berparut

Wahh....kulit berparut?? Susah betul nak hilangkan parut ni.. 

Sangat malu kalau parut tu ada kat muka, akibat bekas jerawat, kemalangan atau lain2..

Jangan biar ia kekal di situ.. 

Perbaiki sel kulit anda luar dan dalam..


Adakah ada Supplemen  Shaklee yang membantu menghilangkan masalah kulit berparut tersebut?
Pasti ada!! Meh saya kongsikan disini..


Esp : protin yang penting utk memperbaharui sel kulit yang telah mati. Ia membantu memudarkan parut, menegang dan menganjalkan kulit anda.. Sangat disyorkan untuk  mencantikkan kuliy dan kesihatan anda.

Vitamin E : vitamin antioksidan yang kuat. Baik untuk jantung, melancarkan darah, kolestrol , memperbaiki parut & mempercepat baik luka.. 


Cara cepat hilangkan masalah kulit berparut 


Masker Esp dan Vitamin E Shaklee
===========================

Jom buat masker! Best kan? Bukan untuk dalaman je, tp boleh buat masker utk luaran lagi..

Bahan-bahan :
1.Sesudu Plain Yogurt 
2. Setengah sudu ESP
3. Sebiji Vitamin E

Campurkan semua bahan-bahan di atas.. picit / pecahkan vitamin e.. 

Sapu di wajah, jgn tutup mata sudah.. haha.. biarkan sehingga kering dalam 30-40 minit. 

Cuci dan bilas hingga bersih guna air suam..

Buat 2/3 kali seminggu..

InsyaAllah  anda dapat kesan yang lebih cepat untuk pudarkan parut dan dapat cerahkan kulit!!


Nak order?

Sms@wasap  0162853148 
Saya pengedar Sah Shaklee
SID :  882771

 
COD AREA   : 
Sekitar Bandar Baru Sentul dan kawasan berhampiran. Ulu Yam Baru & Batang kali pada hujung minggu..


22 October 2014

Tips Penjagaan Luka Bersalin Secara Pembedahan Ceasarean

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi. Luka anda boleh dijangkiti kuman atau terbuka sekiranya ia tidak dijaga dengan baik

Bersalin secara pembedahan Ceasarean, penjagaannya adalah agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka bersalin akibat pembedahan Ceasarean memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.

Pembedahan caesarean adalah pembedahan major. Namun begitu, anda mungkin masih tak sangka betapa kuat sakit yang dialami selepas pembedahan itu. Anda mungkin merasakan tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri.

Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seorang. Batuk atau ketawa menyebabkan kesakitan. Tetapi, anda perlu tahu, bahawa pergerakan lepas bersalin itu perlu bagi mengelakkan terbentuknya darah beku.

Memegang atau menyokong luka anda dengan tangan atau meletakkan bantal di bawah perut boleh membantu melegakannya..



Cara penjagaan luka bersalin secara pembedahan Ceasarean
bersalin secara pembedahan Ceasarean


Tip-tips penjagaan luka bersalin pembedahan agar pulih dengan cepat :


1. Bergerak lebih awal


Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang




Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya



Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional


Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

*Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

 

Multivitamin @ Vita-Lea Shaklee with Iron Formula


Semasa proses bersalin secara pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.



6. Makan pil penahan sakit


Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan. Menyusu anak secara eksklusif juga dapat membantu menurunkan berat badan anda dengan cepat!!

*Hubungi saya untuk bantuan tips menyusu secara eksklusif..


8. Pastikan luka sentiasa kering dan bersih





Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Pastikan luka anda sentiasa dikeringkan selepas mandi. Ini kerana  luka yang basah atau lembap boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


9. Pakai bengkung

Pakai bengkung yang selesa


Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan


Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga


Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran / serius selepas bersalin pembedahan / ceasarean ;






1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Semoga perkongsian ini membantu anda yang bersalin secara ceasarean atau pembedahan pulih dengan cepat. 




Set Bersalin Shaklee
Set Bersalin Shaklee

Untuk dapatkan Set Bersalin Premium Shaklee anda boleh hubungi saya untuk info lanjut,

Klik link -->> Set Bersalin Shaklee   untuk review set bersalin moden terbaik



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

PENGEDAR SHAKLEE SENTUL TERBAIK 

DENGAN SERVIS YANG CEPAT



Anda boleh menghubungi saya melalui:



SMS | WASAP 

0162853148 

untuk respon cepat.



SHAKLEE COD AREA -  
SEKITAR BANDAR BARU SENTUL, MINI UTC SENTUL, 
TAWAKAL HOSPITAL, RESTORAN HASLAM JALAN PAHANG

15 October 2014

RESEPI SEDAP ESP SHAKLEE

Saya jamin, resepi ESP ni memang sedap, marvelous, healtylicous.. yum yummmm..... tak caya?

Cuba lah...

1 sb Esp
2 bj kurma buang biji
Segelas susu segar
Buah / badam - optional
Madu - optional

Kurma di rendam bersama susu semalaman di dalam peti ais.

Dah sejuk, keluarkan dan blend bersama sesudu ESP dan kurma / buah feveret anda..

Sedia untuk dinikmati.. arghh... sedapnya... rasa dingin, kenyang, creamy, energized  lagi berkhasiat..

Bagi ibu menyusu, ini resepi yang sgt baik untuk ibu. Berfungsi sebagai milkbooster juga, dan bantu memekatkan susu ibu. Bayi ibu cepat kenyang dan tidur lebih lena dan lama.. Best kan??

Bukan tu je, Resepi ESP ni membantu memperbaiki serta memperbaharui sel-sel dalaman dan dapat mencantikkan kulit, gebuss , haluss, mulusss, anjal, badan yang bertenaga serta rasa kenyang yang lebih lama. haa, siap dapat berdiet lagi.. owhh   harap tak overclaim sebab resepi memang saya dah cuba!

Resepi sedap ESP Shaklee
Sebelum di blend
Sedia dinikmati [mamafaiz.com]

TIPS BANCUHAN ESP :

 
" Jangan bancuh ESP dengan air panas. Jangan minum lebih 3 sudu sehari sebab ia akan memberatkan pemprosesan di dalam ginjal. Nak jimat bancuh 1sk pagi, 1sk malam"


" Seeloknya dibancuh dengan air suam, di goncang/shake dalam botol atau diblend supaya lebih sebati dan mudah larut. BOLEH GUNA AIR SEJUK peti ais.. Kalau kacau guna sudu ia tak larut sepenuhnya dan berketul-ketul. Kurang enak lorhh" 
 
 
 
 
Oktober 2014 - ESP BUY 6 FREE 1
 
Anda Dapat :
 
FREE KEAHLIAN BERNILAI RM65
CASH BONUS BULAN DEPAN RM30
KONSULTASI PERCUMA
 
 
Jom beli sekarang sebelum kehabisan stok! 
 
 

PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK 

DENGAN SERVIS YANG CEPAT


Anda boleh menghubungi saya melalui:

SMS | WASAP 

0162853148 

untuk respon cepat.



SHAKLEE COD AREA -  
SEKITAR BANDAR BARU SENTUL, MINI UTC SENTUL, 
TAWAKAL HOSPITAL, RESTORAN HASLAM JALAN PAHANG
 
 

Resepi Ikan Caru Sumbat

Tetiba je harini teringin nak makan ikan bakar.. ehee..

Bukan bakar ikan yang biasa2, tapi nak Ikan Caru Sumbat yang macam mak buat. Kalau mak yang buat, kami adik beradik suka berebut makan..ehee.. sorang boleh makan sekor ikan tu..meratah lagi..

So, kalau mak nak masak ikan caru sumbat ni, mesti mak masak lebih.. muahahaa.... lawan dengan bayam tumis air, memang laju jer makan... orang kata, mak mentua lalu pun tak perasan.. kih3! 


Meh saya nak share resepi Ikan Caru Sumbat Bakar feveret kami adik beradik ni.. ehee..


Bahan-bahan :

2 ekor ikan Caru - buang perut, jangan buang kulit, belah belakang badan ikan
*Segenggam cili kering
*4 batang serai
*Halia 1/2 inci
*Kunyit 1/2 inci
*Bawang besar sebiji
Garam, gula, air asam/limau secukupnya

Cara-Caranya :
 
1. Blend bahan2 bertanda *

2. Kemudian tumis bahan blend dgn minyak , masuk gula, garam & asam secukup rasa.. tumis sehingga sedikit kering..

3. Sambal yang dah siap, sumbat di bahagian perut ikan, belah juga belakang badan ikan.. sumbat sekali..

4. Bakar ikan dalam pan ajaib/ kuali. Bakar sehingga masak..

5. Ok, siap untuk dihidang!! Rasa sambal tu, pedas2, masam manis.. sedang elok la tu...

Resepi Ikan Caru Sumbat
Ikan Caru Sumbat

09 October 2014

Set Bersalin Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Berpantang Secara Moden

Wah... teruja mencari set bersalin terbaik buat masa berpantang cara moden nanti bukan? Tapi tak tahu mana nak pilih. 


Set Bersalin dan set berpantang Shaklee adalah tidak sama ye... tak sama?? haisshh...bikin pening pulak... hihi...


Begini. .. Set berpantang ada dalam set bersalin tetapi set bersalin tiada dalam set berpantang shaklee.. faham? faham ke faham?


Hihii... kasi konfius pulak ye.. secara logiknya, kanak-kanak berkhatan juga kena berpantang kan? Set bersalin sudah tentu khusus untuk anda yang telah selamat melahirkan.. dalam Set Bersalin Shaklee ada set untuk banyakkan susu..tapi tiada dalam set berpantang..  haa,.. nampak tak.. ok dah faham ye..




Ok! Anda pilih Shaklee untuk berpantang lepas bersalin nanti? Set Bersalin Shaklee membantu penyembuhan luka yang cepat, mengembalikan tenaga & berat badan ideal, mencantikkan kulit, merangsang penghasilan susu ibu yang lebih meriah dan dapat mengelakkan baby terkena jaundis yang lama.



Dalam Set Bersalin Shaklee Lengkap terdapat 





Set bersalin Shaklee Pilihan Terbaik Berpantang Secara Moden
Set bersalin Shaklee Pilihan Terbaik Berpantang Secara Moden
Ini saya bersama anak ke-3 saya yg masih menyusu badan ketika itu


Vitalea  :

 
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah. Selepas habis bersalin, perkara yang penting yang perlu menjadi keutaman ibu-ibu adalah membina semula sel darah merah yang banyak keluar semasa proses melahirkan. Jika ibu kurang sel darah merah, badan ibu menjadi mudah letih, dan wajah tampak pucat tak bermaya... 
 
B-Complex :
 
B complex Shaklee adalah b-complex yang paling lengkap dipasaran . B-complex adalah penting bagi mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin, mengatasi kemurungan / stress.  Stress menyebabkan meroyan. Mana tidak stress, nak jaga anak menangis dengan susu bengkak lagi.. Nak ajar baby menyusu dengan betul dengan rasa sakit melahirkan yang masih terkesan. Ibu perlu kawal stress semasa sedang berpantang.


Vitamin C :


Vitamin C penting untuk meningkatkan imun badan ibu serta bayi yang di susukan. Vitamin C membantu penyerapan Zat Besi dalam badan dengan lebih efisyen dan membantu pemulihan luka dengan cepat. Kulit ibu juga akan bertambah cantik dan cerah tau... Habis je pantang, keluar rumah pasti ada yang bertanya.. Tak percaya? Saya dah rasainya sendiri.. lalalalaaa....


Zink :


Zink diperlukan untuk proses penyembuhan luka yang cepat. Ikan haruan kaya dengan zink. Sebab itu ibu lepas bersalin di galakkan makan ikan haruan tapi bukan pati ikan haruan ye. Pati Ikan Haruan tinggi kandungan steroid dan ia sangat ditegah pengambilannya oleh pakar di hospital. Ini pengalaman saya sendiri.


Protin ESP


Esp adalah protin. Protin membantu proses penyembuhan luka dengan cepat dan protin juga dapat memekatkan susu ibu. Protin yang cukup dalam badan menghasilkan susu yang pekat dan dapat mengenyangkan bayi lebih cepat. Jadi, ibu dapat rehat yang cukup sebab bayi ibu dapat tidur dengan lena selepas kekenyangan.. :) Esp juga menjadikan kulit tampak lebih cerah, anjal dan gebu..kesan strech mark / regangan semasa hamil dan selulit juga cepat pudar,,. Memang best ESP ni.. Esp juga bantu kekalkan berat badan yang ideal.. Pasti anda akan jatuh cinta dengan Shaklee sebab ESP ni .. !


Ostematrix


Ostematrix shaklee adalah kalsium yang lengkap dengan vitamin D yang membantu pernyerapan kalsium dengan baik agar tidak terjadi batu karang. Kalsium Shaklee membantu mencegah kekejangan lepas bersalin, sakit kepala, melegakan ketidakselesaan sendi , memberi tidur yang lena lagi berkualiti dan membantu melawaskan pembuangan air besar ibu lepas bersalin. Sembelit adalah masalah yang besar saat anda sedang berpantang.. Kalau anda nak tau, Ostematrix Shaklee juga membantu mengeluarkan angin dari badan! Sedap je dapat efek kentut tu tau,,haha...dengan baby sekali kentut-kentut..so takdelah baby kembung perut... :) Ini pengalaman saya sendiri. Memang best Ostematrix Shaklee ni.. 


Alfalfa :


Alfalfa juga dikenali sebagai Raja segala tumbuhan. Alfalfa membantu ibu berpantang lepas bersalin dalam proses pengecutan rahim, merapatkan vagina (juga dikenali sebagai kacip fatimah moden) dan merangsang penghasilan susu ibu yang banyak. Saya juga mengamalkannya semasa berpantang, dan efeknya sangat ohsem tau! Rapatnya bagai kembali ke malam pertama..muahaha....



Set Bersalin Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Berpantang Secara Moden yang best .. 


Badan kembali sihat, cergasa, bertenaga, Kulit bertambah cantik, cerah dan gebu... Berat badan turun dengan cepat! Siapa tak nak?? 



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK 

DENGAN SERVIS YANG CEPAT



Anda boleh menghubungi saya melalui:



SMS | WASAP 

0162853148 

untuk respon cepat.



SHAKLEE COD AREA -  
SEKITAR BANDAR BARU SENTUL, MINI UTC SENTUL, 
TAWAKAL HOSPITAL, RESTORAN HASLAM JALAN PAHANG



08 October 2014

Tips, Petua dan Cara Nak Cepat Hamil


Resah...gelisah... stress bila orang keliling asik tanya..bila nak ada anak ni? Bila nak mengandung? Tak nak anak ke?? Owhhh...sentap ok! Lagi-lagi kalau mak mentua yang tanya.. memang sangat menyentuh perasaan..


Ok.. tak mo sentap-sentap ye.. Maafkan sahaja mereka.. Semua tu kerja Allah.. Kalau Allah tak izinkan, ia tak kan terjadi. Kalau Allah izinkan, mau setahun satu lahirkan baby.. dah org cakap, isshhh kau ni, beranak jelah kerja kau.. haa,... kan? kan?

Itulah namanya manusia.. pedulikan saja mereka.. ada mereka bayarkan bil api kita ker??

 So, banyakkanlah berdoa, buat solat hajat, merayu dan memintalah hanya pada DIA.. merayu dari hati, menangislah.. solat jangan tinggal, istighfar dan selawatlah selalu... Maafkan semua orang yang menyakiti kita, dan bersedekahlah setiap hari.. Insya-Allah, rezeki tu sentiasa ada.. rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk.. Udara yang kita hirup pun kira rezeki juga... So, berdoalah secara spesifik.. Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh ...

Kita ikhtiar, usaha , berdoa sungguh-sungguh dan seterusnya tawakal lah pada DIA.. Jangan cepat putus asa ye!


haa... itu adalah salah satu cara kita usaha nak cepat hamil.. ada lagi.. :)



Cara nak cepat hamil


Ingin tahu cara dan tips nak cepat hamil? 


1. Jaga diet dan pemakanan




Selalu dengar tentang asid folik? Sesiapa yang ingin mengandung, kena makan asid folik untuk kesuburan secara konsisten di samping makan makanan berkhasiat.. ini adalah saranan doktor. Senang je kan? Cakap memang senang.. tapi cukupkah khasiat yang anda ambil dari makanan anda setiap hari? 

Kena amalkan senaman dan bersukan setiap hari juga untuk badan kekal cergas. Makan lebih sayur dan buah serta minum air masak yang cukup.




2. Makan vitamin / supplemen



Badan kita perlukan nutrien yang cukup. Lihat senarai vitamin yang diperlukan bagi meningkatkan tahap kesuburan anda.

* Vitamin E
* Zink 
* Copper
* Vitamin A
* Vitamin C
* Vitamin D
* Thiamin B6
* Riboflavin
* Niacin
* Panthothenic asid

WAH... banyaknye... boleh beli supplemen di pasaran atau pilih Shaklee aje! dah tentu 100% selamat, semulajadi dan berkesan.. saya akan syorkan ikut keperluan anda.


3. Dapatkan berat badan ideal

Berat badan ideal

Yang ni macam sensitif sikit.. Sebab ape? sebab si polan tu gemuk, elok je beranak tiap tahun, takde masalah pun.. Yang dia tu kurus melengkong, mengandung tak pun..

haa.. tak salah kan kalau kita mencuba. Badan terlalu gemuk atau terlalu kurus juga akan mengganggu tahap kesuburan anda.  Risiko gemuk terdedah kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, strok, serangan jantung atau kencing manis. Yang terlalu kurus juga , tak semestinya tiada penyakit. Anda mungkin punya kolestrol yang tinggi?? 

Sila buat senaman , makan makanan berkhasiat dan control kalori harian anda. 


4. Nyahtoksin / Detok / Detox




Toksin juga sangat tidak baik untuk kesihatan anda. Terdapat banyak produk di luar sana untuk menyahtoksin atau detoks dari tubuh. Dapatkan konsultasi yang betul dari penjual anda. Jangan beli sembarangan..


5.  Hubungan intim yang kerap

Lakukan hubungan intim dengan kerap terutama bila tiba waktu subur. Tahu cara kira waktu subur anda? 


6. Ketahui waktu subur dan ovulasi 


Kenali diri sendiri. Waktu ovulasi setiap wanita adalah tidak sama. Ambil masa untuk belajar kitar haid anda. Kebiasaannya wanita yang normal , waktu subur mereka adalah kira-kira 14 hari selepas haid pertama setiap bulan. Anda juga boleh beli atau gunakan Kit Ovulation yang boleh dibeli di farmasi-farmasi terpilih..


7. Jumpa doktor pakar

Jika anda sudah lama mencuba atau sudah lebih 4 tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak, anda seharusnya berjumpa doktor atau pakar yang bertauliah. Buat pemeriksaan berkala dan dapatkan nasihat mereka. Biasanya pakar akan melakukan 'health screening'. Jangan malu kalau mahu, suami isteri kena pergi buat pemeriksaan. Jangan isteri je yang beria2.. tapi suami buat tak tahu, mempertahan egonya..


8.  Pastikan posisi seks yang betul

Ini bukan cerita lucah.! Cara dan posisi ketika 'bersama' adalah penting bagi memudahkan sperma berenang dan dapat bertemu dengan ovum. Posisi apakah itu? Cubalah sendiri.. :)


9. Elakkan tekanan / stress

Stress juga boleh menghalang kehamilan berlaku. Kalau anda pernah gugur, pasti lebih stress kan? Stress adalah asam garam kehidupan .. kawal stress / tekanan anda, rehat yang cukup.. Kerja pejabat habis dipejabat, jangan bawa pulang. Kalau sedang marah , ambil wudhu , istighfar dan bertenang.. Memaafkan adalah ubat stress paling mujarab. :) Anda mungkin boleh pergi bercuti untuk tenangkan diri.. Ambil vitamin b untuk membantu mengawal stress anda.


10. Jauhi rokok

Habit merokok juga menyebabkan kesukaran kehamilan terjadi. Jika suami adalah perokok tegas, minta dia merokok jauh-jauh dari anda & nasihat supaya berhenti merokok.  Jika anda wanita yang merokok, sila hentikan tabiat anda. Merokok bukan saja tidak bermanfaat, merosakkan kesihatan malah ia juga jatuh hukum HARAM.  Risiko keguguran adalah sangat tinggi bagi anda yang merokok.


11. Kurangkan kafein

Suka minum kopi? minuman berkafein yang lain?? Cuba kurangkan..  Jika kafein terlalu tinggi dalam badan, ia mengurangkan tahap kesuburan anda. 


12. Berdoa

 
Doa untuk hamil

Doa adalah sangat penting bagi kita umat Islam selain usaha mengikut saintifik .. Amalkan doa yang spesifik, merintih dan merayu dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah diperkenankan oleh-NYA bila tiba masanya..


ok! cuba ye..Konsisten dan berdoalah ..

********************************************************


Vitamin shaklee untuk kesuburan nak hamil cepat

Set bajet

Lelaki : Vitamin E, Zink

Wanita : Gla Complex, B Complex

tapi sebelum anda ambil vitamin untuk kesuburan , anda perlulah melihat dan merawat masalah kesihatan anda terlebih dahulu bagi penyerapan dan fungsi vitamin yang lebih baik dan berkesan

Dapat konsultasi selepas pembelian daripada saya untuk setiap set kesuburan shaklee anda.


PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DENGAN SERVIS YANG CEPAT

Anda boleh menghubungi saya melalui:

SMS | WASAP 


0162853148 

untuk respon cepat.



SHAKLEE COD AREA -  
SEKITAR BANDAR BARU SENTUL, MINI UTC SENTUL, 
TAWAKAL HOSPITAL, RESTORAN HASLAM JALAN PAHANG

Tanda-tanda Awal Hampir Bersalin




Pengalaman rasa sakit bersalin adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Mungkin anda yang pertama kali bakal melahirkan, telah mendengar pelbagai pengalaman dari ibu-ibu hamil lain ! Ia adalah satu pengalaman yang indah tetapi ada juga yang serik nak bersalin lagi. Apa-apa pun, banyakan berdoa dan meminta agar dipermudahkan bagi proses nak bersalin nanti ye.. :)

haaa...jangan lupa buat persediaan awal ya! kelengkapan ibu dan bayi ketika di hospital seperti tuala, baju, kain batik/seluar, mandian pad, lampin dan pakaian bayi dan yang PENTING, BUKU PINK ibu...

Doa Mohon dijauhkan dari kesukaran melahirkan

Antara pengalaman tanda awal yang sering ibu nak bersalin dapat rasa adalah seperti perut sakit memulas macam nak buang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami.  




Tanda-tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:


1. Kontraksi menjadi lebih kerap, 5 minit sekali selama 1 jam. (segera ke hospital lebih cepat jika tempat tinggal anda jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya.

Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kemungkinan serviks anda sudah mula terbuka dalam 2cm! Bersedia untuk segala kemungkinan & jangan lupa bawa buku pink bersama anda ya!!


2. Keluar air ketuban : 

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.


3. Keluar darah dan lendir dari vagina : 

Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.


4. Sakit Belakang : 

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  

5. Perut menjadi ringan :

Sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin merasa sedikit sakit di bawah pangkal peha.. Relax dan kerapkan berjalan bagi membantu memudahkan proses bersalin. Buat sedikit senaman ringan atau regangan bagi melegakan kesakitan anda.


6. Keluar lendir pekat :

Ia seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.



7. Pengecutan otot rahim menjadi semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.



Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Tanda-tanda awal hampir nak bersalin
Tanda-tanda awal nak bersalin


Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu SEGERA ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, & keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.


Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. 

Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.


Pada masa yang sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.


Ada suatu moment yang indah selepas melihat kehadiran permata hati yang anda nanti2kan saat anda mengandungkannya selama 40 minggu.... bila mana mendengar tangisannya, kecomelannya dan keindahan matanya yang bersinar itu.. Saat mencium bau syurga si kecil dan ketika melihat bibir comelnya menegup titisan mutiara ibu... oh indahnya saat itu.. tak sabar pulak nak lihat my baby lahir nanti...hihii.. Insya-Allah bulan Februari tahun depan... 

 

PNEUMONIA DAN CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU DENGAN BERKESAN

Paru-paru adalah organ penting untuk fungsi pernafasan manusia. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20 ribu kali dalam sehari dan bekerja...