Showing posts with label MERKURI DAN PLUMBUM. Show all posts
Showing posts with label MERKURI DAN PLUMBUM. Show all posts

12 May 2013

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH

HATI-HATI MEMILIH PRODUK / KOSMETIK KECANTIKKAN

Kecantikan dalam dunia wanita tidak boleh dipisahkan lagi. Walaupun wanita itu atau anda sendiri tidak bersolek, anda tetap mahu kelihatan cantik melalui pemakaian dan gaya bukan? Cantik seseorang wanita itu juga terletak pada tutur kata dan kesopanannya. Itu juga menjadi salah satu pengukur untuk menunjukkan kecantikan wanita. Namun, bersolek dan pemakaian alat kosmetik tetap menjadi pilihan utama ramai wanita di luar sana!

Tetapi anda sebagai wanita harus ingat! Tidak semua alat kosmetik / kecantikan itu sesuai dengan kulit anda. Jangan tersalah pilih produk, kenali dulu produk / kosmetik sebaik-baiknya supaya anugerah yang diberikan Allah akan sentiasa terpelihara.

Analisis dahulu jenis kulit anda, dan sesuaikan dengan produk yang ingin anda gunakan. Pastikan produk anda TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA YANG MENCEMARKAN PRODUK.

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....