Showing posts with label vitamin ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label vitamin ibu menyusu. Show all posts

19 February 2013

VITAMIN IBU MENYUSU DAN PANDANGAN DOKTOR MENGENAINYA

Bismillahirrahmanirrahimm..

Assalamualikum wbt.. mlm ni saya nak berkongsi tentang kepentingan vitamin buat ibu menyusu bagi mengelakkan masalah kekurangan nutrisi dalam tubuh, makanan seharian dan gaya hidup masakini.

Dibawah saya kongsikan pandangan seorang Doktor yang tidak menyokong keperluan vitamin buat ibu menyusu dan juga pandangan dari Mommy Lyna tentang keperluan vitamin buat ibu menyusu itu sendiri.
Ada tambahan sikit dari saya..hehe..nak jugak tambah-tambah..

jom baca..


*************************************************************************************************************

Doktor : Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.
 Mommy Lyna : Fakta di bawah saya ambil dari : http://kellymom.com/herbal/natural-treatments.html#calcium.

Doktor : Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.
Mommy Lyna : Riboflavin; salah satu elemen dalam B Complex, memberikan warna kepada susu ibu dan juga urin. Ia tidak menjadikan susu ibu lebih berkualiti; namun sokongan vitamin B tambahan memberikan ibu perasaan tenang dan mood yang baik, menambahkan rasa cinta pada anak tersayang, lalu mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan. Pernah kan bila dalam keadaan stress, kita pam susu pun taknak keluar…  Soal susu pekat juga bergantung kepada pelbagai situasi seperti cuaca, waktu mengepam etc (Klik sini kalau nak tahu detail pasal keunikan susu ibu).


Doktor : Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?
Mommy Lyna : Terlalu banyak milk booster dipasaran dan sebab yg Dr X ckp ni la saya kureng dengannya sehingga membuatkan saya terpaksa mengambil vitamin untuk ibu yg menyusu bagi membantu proses penyusuan. Jika anda amati statement saya ni pasti dpt bau perbezaan keperluan vitamin untuk ibu menyusu vs pemakanan untuk susu ibu. Ibu yang sihat & bertenaga membuatkan bayi juga lebih gumbira. Akibatnya, perkembangan positif.


Doktor : Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.
Mommy Lyna : Kita patut makan ikut carta pemakanan tp itu juga tak menjamin ketiadaan spare tyre, hehe. Ada orang kata nk buang spare tyre kena pakai korset, huhu. Walaupun saya lebih pentingkan senaman, tak salah langsung nak pakai korset sebab keperluan, preference & gaya hidup manusia ni tak sama. Banyak je doktor boroi :P

ya, kebanyakan dari kita tidak dapat penuhi piramid makanan tersebut. So, adalah lebih baik kita penuhinya dengan pengambilan vitamin bagi mengelakkan kesan2 buruk pada masa hadapan kan?


Doktor : sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.
Mommy Lyna : That’s why saya sarankan OSTEMATRIX, kalsium Shaklee yang lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang. Best kan? Boleh baca tentang kalsium Shaklee (Ostematrix) di sini.  Ada jgk cerita tentang simen. Great minds think alike gitu! Hahak…


Doktor : Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.
Mommy Lyna : Kita bebas memilih sama ada nk kalsium cukup2 je ke (yg kita pun tak tahu cukup tu berapa mg, huhu) atau standby yang lebih baik (kalsium dgn citrate, magnesium etc) sbb kita semua ada keperluan, kehendak & kemampuan berbeza2. Bak kata Dr, Allah Maha Bijaksana, kita hanya mampu berusaha.



Doktor : Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.
Mommy Lyna : Vitamin A Shaklee adalah jenis beta karotena atau pro-vitamin A, hanya ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Kalau tak perlu, ia akan dibuang oleh tubuh kita. Selamat kan? Ia boleh berfungsi sebegitu simply becos diperbuat daripada bahan semulajadi. Vitamin E Shaklee pula mengandungi selenium untuk melengkapkan fungsinya.

Itu pentingnya ilmu sebelum mengambil apa-apa produk vitamin dan pengambilan vitamin semulajadi kan. Jadi, pilihlah produk terbaik anda. Pastikan ia tidak mendatangkan kesan-kesan negatif di masa akan datang..


Doktor : Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.
Mommy Lyna: Kalaupun betul boleh tambah pengeluaran susu, kalau tak pam or direct feeding cemana susu tu nk kuar? huhu. Ada saya kongsikan konsep penyusuan ibu di sini; termasuklah “supply-demand”, “milk booster” & di awal kelahiran.

~~YA, konsep asas penyusuan adalah 'Supply n Demand'. Kalau tak, masakan masih ramai yang cari makanan untuk tambah susu seperti longan, habbatussauda, lobak, sawi dan lain-lain kan. Kalau tak supply macamana susu nak keluar, kalau tak Demand macamana susu nak jadi banyak kan...Masakan lepas bersalin terus susu keluar tanpa daya hisapan bayi...haa...fikirlah sendiri ya ibu-ibu...


Doktor : Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.
Mommy Lyna : Hakikatnya, hampir semua orang yang menjalankan gaya hidup seharian yg mencabar (terutamanya suri rumah) perlukan vitamin untuk kekal bertenaga. Personalization yg dibuat; seperti vitamin utk ibu menyusu, memang dah tailor-made untuk memenuhi keperluan masing-masing sebab tak semua org mampu beli, makan & telan banyak2 vitamin (esp org laki). Takkan lah penjualan MPV dianggap tak beretika jika dikaitkan dengan keperluan sekeluarga?

~~ Bagaimana pula dengan Ibu-ibu bekerjaya yang keluar seawal pagi subuh dan balik hari dah gelap? Takkan dorang nak kuar ofis semata2 nak dapatkan cahaya matahari tu kan? 


Doktor : pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.
Mommy Lyna : Kan bagus kalau ambil vitamin E, pakai sun block elak UV & amek matahari pagi2. Why choose when can have all? Hmm… That’s why dalam Ostematrix, dilengkapi dengan Vitamin D kerana dari kajian pakar dalam bidang nutriceutical kebanyakan penduduk dunia terutama di negara yang berada di garisan sartan dan garisan jadi kurang vitamin D dari cahaya matahari.  Kita di khatulistiwa mungkin tak mengalami kerana negara kita matahari tegak sepanjang tahun, tapi better be safe la kan. Lebih baik ambil supplement kalsium yang dah lengkap dengan vitamin D dan mineral lain.

~~ Sama ke vitamin dari matahari dahulu dengan sekarang yang banyak tercemar? Lapisan ozon yang semakin menipis...


Doktor : Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.
Mommy Lyna : Vitamin bukan ubat & takde nye tak payah makan nasi or bersenam sebab dah makan vitamin. Blur jap… Sapa la yg bg nasehat macam gitu ke Dr X. 

Anda makan vitamin, bukan ubat ye! Vitamin adalah makanan tambahan, sumber nutrisi bukan Makanan utama..

************************************************************************************************************


Ingin tahu vitamin ibu menyusu yang Hot ? Vitamin buat ibu menyusu elak masalah letih, lesu dan tertekan? Apa lebihnya bila ibu menyusu ambil vitamin ni..nak tau bonusnya tak? oklah sy share sikit..dr pengalaman saya sendiri .. kulit sy jadi lebih molek, jerawat pun dah kurang, parut2 pudar, badan segar, cergas bertenaga selalu walau kerap berjaga malam keran menyusukan anak. Dan banyak lagi kelebihannya..

Nak tahu macamana nak buat stok susu ibu yang banyak? Nak tahu cara2 simpan susu ibu dan handle ebm? Konsultasi percuma dari saya buat ibu-ibu yang benar-benar ingin berikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi anda. Hanya hubungi saya terus di talian 0162853148 atau cari saya di facebook Nor Fahidayu Masran

01 January 2013

SET VITAMIN SHAKLEE ( SET 3M ) UNTUK IBU MENYUSU LEBIH SIHAT, CANTIK DAN KURUS

" Slm sume..d mlm thn bru ni sy just nk share sdikit ttg pengalamn wife sy guna set menyusu esp+vita lea+b com+alfalfa+osteometriks+vit c.mula2 xyakin tp sy bpegang pd Doa+Usaha+Tawakal pd Allah.

Ank sy xmahu direct feeding sjk lahir.mgkin dia dh kliru puting sbb pas lhr msk nicu smggu.mcm2 cara dh wt xbjaya..kami risau tkt susu xde if baby xfeeding.dh 3 jnis susu formuka sy try n ank munth truk,xleh trima.stiap 3jam wife sy pam susu sbb mmg nekad nk bg breastfeed smpai 2thn..mula2 susu ada tp lama2 smakin skit n smakin cair.

Sehingalh kami temui shaklee lps d prkenalkn kwn.susu smakin byk n pekat.syukur pada Allah kini ank kami dh brusia 10bln++ dan masih brestfeeding spenuhnya.sgt comel n aktif.Ekonomi jimat xyh bli susu n baby dpt susu yg terbaik d dunia,xde jual kt mne2...sekian "
"Just for sharing : Pada mulanya, setiap pump I hanya dapat max 5 atau 6 oz. Selepas mengambil set breastfeeding + ESP. Saya boleh dapat max 10 oz. Bukan itu sahaja. Susu pun menjadi leh pekat. Best-nya. Saya dapat berkumpul susu yg begitu byk dalam 1 bulan sebelum start berkerja minggu depan."
 >> kaum cina pun dah pandai buat stok ebm taw.
dan sorang lagi yang ni hanya ambil ESP dan Alfalfa je 
 "alhamdulillah ayu, susu makin banyak. Freeze penuh sampai kena beli freezer baru"
Alhamdulillah..dah ramai kasteme yg telah berjaya menyusukan anaknya dengan bantuan vitamin Shaklee (Set 3M) set vitamin untuk ibu menyusu. Set ini adalah gabungan Set B (set basic utk ibu menyusu - Vitalea with iron formula, vita-c plus, b-complex with asid folic dan Alfalfa ) dengan ESP dan Ostemetrik. Set2 ini bertujuan meningkatkan kesihatan ibu, melancarkan darah, memberi tenaga, mengawal emosi dan meningkatkan sistem imun tubuh ibu. Bila ibu sihat, tidak stress dengan secara alami susu ibu juga akan mengalir lancar. Tetapi perlu di ingat, ibu wajib kerap melakukan stimulasi berjadual dengan mengaplikasikan konsep Supply n Demand. Jika tidak, penyusuan susu ibu tidak akan berjaya hanya dengan bantuan vitamin.
ha.. dan ni pula sharing dr sy sendiri semasa dalam pantang.. masa tu saya belum terjebak dlm biz shaklee ni... sy juga adalah ibu yang menyusu anak sepenuhnya. Umur anak sy sekarang ni dah 1y5m...Alhamdulillah..dimurahkan rezki dan dipermudah oleh-NYA utk terus menyusukan anak sy sehingga hari ini dan moga2 dapat diteruskan sehingga 2 tahun lebih. 
Masa tu sy hanya ambil Ostemetrik, Vita c, Alfalfa dan Vita-Lea je. sy bersalin secara czer. Sebelum bersalin tu sy dh makan sume vitamin2 tu..haha...xsabar sebenarnya. tapi alhamdulillah..pas kuar dr bilik operation tu je, sy dh blh bgn minum (org sblah katil yg sama bsalin czer jugak, xbgn2 sbb masih rasa pitam n muntah bila minum). Saya juga blh bangun ke toilet sendiri tanpa bantuan dan yg bestnye sekali masa membuang tersangatlah lawas.sekali pussh jer oo..opss, sory terlebey sudah...
dan waktu berpantang sy pantang sndri jer kat rumah.. sy blh bgerak seperti biasa,badan rasa cergas, tak cepat penat walau berjaga malam menyusukan anak, susu pun sgtlah melimpah ruah smpai basah2 baju, bengkak2 susu..alas dgn kain lampin lagi..huhuu...masa tdo pun blh basah baju,..basah2 muka anak dgn susu tu. (syaratnye, mesti minum air secukupnya..kalau tak, cmana buah pinggang kt nk proses ubat2@vitamin2 yg kt makan tu kan?  80% susu ibu adalah air) #Yang penting niat, pam berjadual dan minum air lebih 2-3liter sehari.

ok..cukuplah tu ye! hehe..tp bonus yang saya dapat dengan pengambilan vitamin shaklee  dan menyusukan anak ni adalahhhh..kulit saya bertambah cantik,hilang masalah jerawat belakang badan, pigmentasi, selulit pun kurang, ..daann.. berat badan sy turun dengan banyaknya! tambah slim mak taw..haha.. (masa last peknen 74kg, sebelum peknen 64kg..hbs pantang berat jadi 54kg oo) suka3!

SET E - SET TRIPPLE M (3M) IBU MENYUSUKAN
PICTURE CREDIT

Macamana pula dengan anda? berikan anak anda susu ibu ye! jimat pun jimat..tk payah nk pilih2 / susah hati nk pilih susu formula yang sesuai untuk bayi anda. Badan baby pun sihat, montel jer...Ibu pun dapat kebaikannya sama taw..ramping macam mak dara! Anda juga boleh tersenyum bahagia..:)
Hubungi saya utk best price ye..
boleh slim jugak taw..hanya add on Lecithin je..bkn tuk bakar lemak je,tp utk kurangkan bengkak susu juga..
Saya ingin kongsi pengalaman saya mengambil set slimming shaklee for bf mommies, ESP+Alfafa+Lecithin. Saya mula ambil set ni sejak mac 2012. Alhamdulillah dlm tempoh 3bln berat badan saya turun sbyk 1.5kg. 1.5kg mungkin nampak sedikit tapi kepuasannya saya rasa badan saya lebih ringan, lebih sihat dan pakaian yang dulu ketat sy boleh pakai balik :). Bukan saja berat badan turun, ESP sebagai milkbooster menjadikan susu saya lebih pekat. Sebelum ini juga saya mengalami masalah keputihan, alhamdulillah, pengambilan Alfafa mengatasi masalah keputihan saya. Kalau dulu saya menggunakan pantyliner kerana tidak selesa akibat masalah keputihan, sekarang alhamdulillah tanpa pantyliner saya selesa, tak perlu lagi memikirkan masalah keputihan. Lecithin pula membantu saya melancarkan pembuangan air besar :) Saya tak konsisten mengambil set ini, maksudnya kdg2 saya terlupa utk makan set ini pada waktu malam, dan itu pun dah menunjukkan penurunan berat badan sebanyak 1.5kg. Bayangkan kalau setiap hari saya disiplinkan diri utk mengambil set ini seperti yang dinasihatkan, pasti penurunan berat badan lagi byk :)

slimming set vitamin shaklee
so..anda bila lagi? xnk ke badan sihat, berat badan turun, kulit pn makin cantik, bahagian intim pun makin mantop dgn khasiat Alfalfa, mslh kewanitaan juga dapat diatasi? Hanya dengan mengamalkan vitamin Shaklee, vitamin semulajadi?..xhabis pun ribu riban..

Berminat ? Hubungi sy di nombor yang tertera di blog ini ye!

Terima kasih kerana sudi membaca..:)

Salam Kasih Sayang..

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....