Diceritakan oleh seorang teman..dan sehingga kini beliau gigih EBF anak beliau..semoga menjadi teladan dan panduan bagi ibu2 yang ingin bersama menyusukan anak dengan SUSU IBU, air ajaib yang tiada tandingannya..berkat usaha,doa tanpa putus asa dan tawakal padaNYA,beliau berjaya membuktikan bahawa beliau juga mampu menyusukan anaknya dengan baik dan sempurna..Alhamdulillah..
mari kita sama2 baca kisah beliau..
Oleh KMS
5 tahun saya menunggu dia hadir. 5 tahun yang penuh dengan kekecewaan, kehampaan, air mata, rendah diri dan sebagainya, yang membuatkan akhirnya saya mengalah dan berhenti berharap dalam masa yang sama saya berusaha...
Dan bila saya diberitahu doktor yang saya mengandung, saya bingung sekejap, terasa macam bermimpi. Tapi cepat-cepat saya tarik diri saya balik ke realiti, bahawa dia yang saya tunggu akhirnya akan muncul juga, dan saya cepat-cepat tanamkan dalam hati, minta Dia memberikan saya peluang, menyusukannya dengan susu saya sendiri, sambil terlintas di fikiran saya imej saya sedang mendakap si kecil yang masih merah selepas dilahirkan, menyusukannya hanya dengan susu saya sendiri.
Namun jalan cerita saya tak seindah yang disangka. Kencing manis semasa mengandung hingga perlu saya mencucuk insulin [GDM on insulin] dan menguji gula dalam darah saban masa di samping masalah ruam teruk kerana perubahan hormon menjadikan kehamilan saya mencabar. Mujur suami memahami dan sentiasa cuba membantu meringankan apa yang perlu supaya saya tak keseorangan melalui kehamilan yang agak merumitkan...
Kerana GDM, saya dipaksa bersalin pada 38 minggu. Menyerahkan diri di hospital pada 25 Jan 2012, menunggu masa melahirkan dan selepas 2 hari berlalu, 4 biji ubat dimasukkan, 7cm yang 'liat' - akhirnya saya terpaksa melahirkan anak secara caesarian kerana degupan jantung anak terjejas tiap kali kontraksi semakin kerap berlaku. Dek kerana mengantuk tak cukup tidur malam-malam sebelumnya ditambah lapar yang amat sangat kerana doktor tak benarkan saya makan, takut kalau perlu buat pembedahan malam, membuatkan saya jadi sangat lemah dan tertidur di meja pembedahan. Bagaimanapun disebabkan saya lapar sangat malam sebelum bersalin tu, saya makan juga beberapa keping biskut nipis dan air mineral, malangnya insiden tu hanya membuatkan saya termuntah hijau semasa pembedahan berlangsung.
Tepat jam 3.30 petang, 27 Jan 2012, saya dikejutkan dari lena saya di meja pembedahan, yang menyatakan anak saya perlu segera dibawa ke wad kanak-kanak untuk dipantau gula dalam darahnya dan dinyatakan sekali oleh petugas bilik bedah bahawa "kita memang tak tunjuk eh anak [kat ibu selepas czer operation], terus bawak pergi ke wad kanak-kanak"... Saya gamam tapi disebabkan tak ada tenaga untuk melawan atau berkeras hendakkan anak saya ditunjukkan kepada saya, saya terpaksa melupakan impian untuk merasa dia di atas dada saya, sebagai usaha memulakan penyusuan susu ibu.
Bermulalah mimpi ngeri saya bila saya hanya mampu berjumpa dengan anak 24 jam selepas itu kerana semasa pembedahan, saya dilaporkan mengalami masalah nadi dan tekanan darah meningkat, dan selepas pembedahan pula nadi saya masih tinggi, gula dalam darah pula meningkat tiba-tiba, reaksi badan terhadap pembedahan, kata doktor bertugas.
Anak saya yang diletakkan dalam inkubator, dapat akhirnya saya dakap dan saya cuba memulakan penyusuan susu ibu, tapi ditolak, hemat saya masa tu dia cuma nak tidur, tapi saya juga tak selesa bila diperhatikan dan dijadikan bahan ketawa, hanya kerana areola saya warnanya lebih gelap daripada biasa, seolah-olah areola tu sangatlah menjijikkan bagi yang memandang, sehingga ia dijadikan bahan ejekan dan 'ditanam' pula dalam kepala seorang toddler yang turut melawat saya di wad pada masa tu.
Beberapa hari kami terpisah kerana saya perlu dipantau kandungan gula dalam darah dan perlu pemindahan darah sebab masalah nadi yang masih tinggi, saya terpaksa menerima hakikat yang anak saya minum susu formula, walaupun marah kerana dia diberi formula menggunakan botol lengkap dengan puting yang panjang di hospital rakan bayi kononnya, saya redha dan mula mengepam susu dek saya mengalami bengkak selepas saya menggonyohkan bibir anak ke puting saya pada pertama kali kami berjumpa tu... Memang tak menaikkan semangat asalnya - hanya beberapa ml sahaja yang mampu saya dapatkan, mungkin saya masih belum pandai marmet atau badan belum serasi dengan pam, saya pun tak pasti. Tapi selepas dapat sokongan mak, adik dan seorang kawan yang merupakan seorang PC, saya teruskan pam dan tak putus asa cuba nak direct feed anak.
Akhirnya kami diberi peluang untuk bersama dalam satu wad. Boleh dikatakan saban waktu saya cuba menyusukannya, dia menolak. Lagi dan lagi. Tiap kali jururawat datang mengambilnya mesti dia diam lepas tu. Hati saya tak syak apa-apa, cuma hairan juga kenapa jururawat macam tak berminat membantu saya latch on dsb, yang ada pun cuma seorang saja jururawat yang beria-ia membantu melekapkan mulut anak saya ke puting saya pada masa tu... tapi selebihnya cuma ambil anak saya masuk nurseri, suruh saya berehat, tau-tau pagi esok anak saya dah di sisi...
Bila saja saya dapat balik ke rumah, mimpi ngeri saya bermula sekali lagi. Saya dihalang menyusukan anak kerana "tak elok kejutkan anak yang tengah tidur, biar dia bangun sendiri, susu tu kalau ada takpe jugak, ni takde! takkan nak tunggu anak kelaparan - susu tin tu elok bagi kenyang anak tak menangis!"... puas saya tahan kerana rasa hormat dan tak mahu dianggap kurang ajar, tapi lama-kelamaan perasaan memberontak pun datang, tambah-tambah bila saya tak dibenarkan pun menyentuh anak tanpa sebab yang munasabah dan bila je saya dakap anak untuk tidurkan dia, baju saya dibasahi susu yang mencurah-curah. Bila saja peluang datang saya dapat bersama-sama anak saya, dia masih menolak saya, menendang dan menjerit semahu hatinya seolah-olah saya bukan ibu yang cuba menyusukannya selepas melahirkannya... Menambah luka di hati bonda yang mudah sangat terhiris pada masa baru lepas bersalin tu, anak saya diberikan nestum bayi yang dibancuh dengan susu formula, diberikan dalam botol yang dikoyakkan sedikit putingnya. Rasa macam nak bunuh diri sendiri pun ada masa tu kerana terasa diri sangat bodoh, tak mampu nak melindungi anak yang tak tahu apa-apa... Mujur ia diberikan sekali tu sahaja, selebihnya pihak yang memberi tu, percaya kami suami isteri berikan kepada anak setiap hari sebab suami bermain wayang - sebelum dia sampai ke rumah untuk menguruskan anak saya & menungku badan saya, suami dah bancuhkan nestum dan formula tu, tonggengkan botol seolah-olah betul-betul anak meminumnya dan suami akan suapkan anak dengan SI yang saya panaskan supaya anak betul-betul kenyang semasa mandi dan tak meragam.
Kisah sedih tak terhenti di situ... Mulanya saya cuma dimomokkan bahawa susu saya tak ada, bila dah ada, susu saya takkan cukup untuk anak saya, bila susu terlebih dibahankan pula puting saya & ditayangkan pula puting-puting mereka yang 'sempurna' dan sesuai sangat dalam menyusukan anak [tapi mereka tak pun menyusukan anak, sebabnya "susu takde secara keturunannya"]... Saya terus-terusan dijadikan bahan cerita yang dijaja dengan penuh seronoknya tentang betapa anak saya "membenci" nenen saya sendiri kerana puting yang pendek dan juga dituduh tak sayangkan anak hanya kerana saya berusaha untuk menyusukan jugak anak, padahalnya anak dah menangis menjerit sakan lapar.
Selalu saya bawa diri ke dalam bilik lain, sambil saya mengepam menggunakan pam yang agak bising bunyinya, saya menangis, merintih dalam hati, merayu kepadaNya supaya Dia lembutkan hati anak saya yang dah terlalu lama saya nantikan supaya dia nak menyusu dengan saya... pernah satu ketika saya sudah tak sanggup menahan perasaan saya menjerit sambil menangis seorang diri, mengenangkan nasib malang saya yang bertimpa-timpa - mengandung lambat, masa mengandung macam-macam masalah, bersalin pulak tak dapat normal, kena pisah dengan anak, dalam rumah sendiri pun tak bebas semata-mata nak menjaga hati kononnya... mujur saya tak meroyan, walaupun banyak bayangan yang mengerikan melintas depan mata, membisikkan kata-kata yang menakutkan...
Cukup saya bersedih, saya bangkit. Saya telefon mak saya, beranikan diri bercerita dengannya tentang apa yang terpaksa saya hadapi. Tanpa menyebelahi sesiapa pun, dia menasihatkan saya untuk terus mencuba latch on bila saja dapat peluang bersama-sama dengan anak, buat bila anak dah kenyang sikit dan terus cuba tanpa mengalah sebab katanya, "Bayi yang tak keliru puting macam anak saya pun memang ada yang ada masalah nak melekap dan menyusu... Biasalah, bayi kan baru lahir, nak biasakan diri dengan alam luar rahim... Kita yang dewasa ni perlu ajar dia benda yang betul, kena usaha untuk dapatkan susu, bukannya kita yang dewasa ni pulak yang kena ikut cara dia, senang je nak dapatkan susu guna botol, tak perlu kerja lebih sikit, kan?"
Ditaqdirkan Allah, saya dapat peluang saya bersama-sama dengan anak saya sepanjang masa selepas tak lama dijaga dalam pantang oleh orang yang tak menyokong PSI. Hari-hari saya usahakan skin to skin contact, walaupun anak menendang menolak saya tapi saya cuma ketawa gembira untuk sedapkan hati sendiri dan akhirnya pada hari ke-22 usianya, dia mahu dan mampu melekap sendiri menyusu semahu hatinya... Airmata yang tumpah sebelum ini hanya kerana sedih, marah, kecewa, dendam akhirnya tumpah lagi untuk sekian kalinya tapi kerana syukur yang amat sangat, gembira yang tak mampu dizahirkan dengan kata-kata kerana anak saya akhirnya memberikan kerjasama menyusu dari badan saya sendiri...
Sehingga kini saya memang akan mendapat mimik muka yang membenci saya menyusukan anak, tapi saya sudah tak peduli kerana saya hanya perlu bersyukur, buah hati saya akhirnya sangat suka menenen dengan saya dan saya perlu berterima kasih kepadanya kerana dia sudi membuktikan bahawa dia MEMANG hendak menyusu dengan saya... Saya juga sangat berazam untuk menggantikan 24jam yang hilang daripada hidup saya & Nazrin tu, dengan berusaha menyusukan dia se-ekslusif yang boleh. Sehingga sekarang usianya 8bulan dia masih belum makan apa-apa makanan lagi. Alhamdulillah, Dia tak menghampakan usaha & doa harapan saya sebelum ini dengan limpahan susu yang cukup banyak untuk mengenyangkan perut anak saya sehingga kini dan masih cukup hingga boleh saya kongsikan dengan anak lain yang memerlukan. Moga Dia kan terus bermurah hati dengan pemberian ini, amiin amiin ya rabbal alamiiin! - KMS -

No comments:
Post a Comment