Showing posts with label Resepi Kek Coklat Brownies. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek Coklat Brownies. Show all posts

14 April 2015

Resepi Kek Coklat Brownies yang mudah & sedap!

Anda penggemar Kek Coklat? hihii...tetiba je saya teringin nak makan kek coklat brownies .. Lama dah tak buat. Ni kalau buat ni, mau sekejap je habis.. hahaa... sebab anak-anak saya pun penggemar kek coklat :)

Jom nak share resepi kek coklat brownies yang mudah ni.. 


Kek Coklat Brownies
Kek Coklat Brownies

Resepi Kek Coklat Brownies

Bahan A ;

* 1 cawan butter cair
* 1 cawan susu cair
* 1 cawan air panas
* 2 cawan gula perang


Bahan B :

* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanilla


Bahan C (di ayak) :

1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum


 Coklat Topping :
- Coklat masakan, butter sikit, air sikit ( double boil kan)



Cara-cara membuatnya :

  1. Semua bahan *A di gaul sebati, boleh guna hand whisk je.
  2. Pukul 2 biji telur bersama esen vanila dan masukkan ke dalam bahan A yang dibancuh tadi
  3. Semua bahan C yang telah di ayak , di gaul sebati dan masukkan ke dalam bancuhan A & B .
  4. Boleh mix dengan kekacang (optional) @ coklat cip mengikut citarasa anda
  5. Bakar pada suhu 180 dalam 35-40 minit. Cucuk dengan lidi tekstur kek untuk tahu kek telah masak. Sekiranya masih basah, tambahkan masa pembakaran.
  6. Dah masak, bolehlah di curah topping, tabur coklat rice, kacang badam / walnut @ hias dengan buah strawberi pun boleh atau tak letak pun tak pe. Dah sedap dah tu,,, ehee.. :)

OK! Mudah je kan? Boleh buat dah.. asal ada bahan-bahannya & oven.. (bakar atas dapur pun boleh jer). Guna pemanggang ajaib pun boleh tau! Contoh seperti di bawah, sumber carian pakcik google.. :)

Kek Coklat Brownies
Kek Coklat Brownies

Gambar : Sumber Google

Nota kaki : Lepas dah makan banyak kek tu  , telanlah 2 beradik ni ~ Lecithin & Alfalfa ~ hihii..

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....