Showing posts with label nutrisi kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label nutrisi kanak-kanak. Show all posts

14 November 2016

TIPS DAN PETUA TURUNKAN SUHU PANAS ANAK DEMAM


Bila anak demam memang susah hati kan? Mak-mak tak boleh nak tidur malam. Setia disisi anak yang tak sihat dan meragam. Ini saya kongsikan antara petua-petua untuk meredakan demam panas anak.

TIPS DAN PETUA TURUNKAN SUHU PANAS ANAK DEMAM

Ini  antara petua-petua untuk redakan demam panas anak yang pernah saya cuba. Boleh cuba mana yang sesuai untuk anak kalian.

  •  lumur dengan air asam jawa satu badan anak sampai kepala, biarkan kering dan bilas.
  •  Ramas daun bunga raya dan tepekkan di kepala anak
  •  kerap basahkan badan anak
  •  pakaikan pakaian nipis, atau kalau baby hanya pampers sahaja. Jangan dibalut dengan selimut  atau kain tebal. Ia bagi melepaskan panas badan anak.
  •  ada juga yang kata, potong bawang merah besar dan letakkan di penjuru bilik anak tidur. <<--  Petua ni saya belum pernah cuba lagi.. :)
  •  boleh juga beri minum air kelapa muda. Ia bantu menyejukkan badan.


Ok. Selamat mencuba dan semoga anak kita diberikan kesihatan yang baik2 sahaja! Yang penting berikan mereka supplemen kanak-kanak bagi meningkatkan imuniti mereka melawan jangkitan penyakit. Amalkan gaya hidup sihat serta berikan mereka makanan berkhasiat bukan makanan segera atau merapu.

[ KRIM HERBAL BLEND BANTU REDAKAN SIMPTOM DEMAM PANAS]

.
Saya sendiri pernah gunakan petua ni pada Habib yang demam panas. Selain kerap basahkan badan dia saya juga sapu krim shaklee ni sambil urut2 bagi dia selesa. Memang menjadi tau! Mujarab betul krim ni..1001 guna pula tu..😍😍
**********
Ini satu lagi testimoni Herbal Blend dari kami.
Krim 1001 guna yang wajib ada dalam setiap rumah!
Ekstrak rosemary & sage yang membantu menurunkan kadar suhu badan yang panas.
Melegakan kegatalan, ruam dan ekzema
Melicinkam kulit dan tumit yg kasar.
Memudarkan parut parut luka, melecur atau gigitan serangga.
Sangat disyorkan ada dalam First Aid kalian!!

Testimoni Herbal Blend Untuk Anak Demam


*****************

19 January 2014

Keperluan Makanan Tambahan Untuk Anak-anak

Perubahan masa membuatkan kita nak kan semua benda tersedia dengan mudah. Kalau dulu, nak mandi kena angkut air kat sungai atau dari pili bomba tepi jalan (saya merasa tu, berat woo)..susah2 mandi tepi jalan je tak pun tumpang mandi kat kolam rumah orang..biasalah duk kampung dengan nenek.. makan pun amik je kat tepi2 rumah, pucuk paku, daun meranti..pegaga..semua ada..

Tapi sekarang? Semua beli.. mana ada tanam kat Bandar kan.. anak terdedah pada makanan segera..sebab ape? Sebab mak ayah bekerjaya, semua nak cepat. Tak sempat sediakan makanan sihat & seimbang utk keluarga. Menu juga yang simple2 je..janji perut kenyang.

Akibatnya... anak2 kekurangan gizi. Nutrisi perlu untuk tubuh. Anak2 mudah dijangkiti penyakit, demam, selsema, batuk & sebab itu juga anak2 kurang fokus dalam pembelajaran. Susah juga kalau anak yang cerewet makan..nak lauk ayam je..sayur tak makan..buah ape lagi.. ayam pula, ayam bandar..ayam yang disuntik untuk cepatkan pembesaran. Ayam yang tak kenal tanah orang kata..haha..bertelur dalam reban jelah ...

Tidak kasihankah kita sebagai ibubapa? Haruskan dibiarkan je? Tanggungjawab kita bukan saja membesarkan malah memberikan yang terbaik untuk mereka. Bukan dengan beri mereka mengadap ipad, psp atau lektop je ye! Galakkan mereka untuk beridah dan bermain diluar, agar mereka aktif dan tidak malas.

Tidak salah untuk kita sebagai ibubapa untuk melaburkan sedikit pendapatan kita bagi meningkatkan taraf kesihatan anak- anak. Tak kan mak ayah je nak sihat kan..anak2 juga memerlukannya. Anak sakit, anda juga yang susah.. nak kena ambil cuti, nak kena jaga anak di wad yang lebih memerlukan perhatian.

Ye, sakit bukan kita minta. Tapi ingatlah, menjaga kesihatan itu juga sunnah & mencegah itu kan lebih baik dari mengubati..

Anda rasa bagaimana?

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....