Showing posts with label vitamin. Show all posts
Showing posts with label vitamin. Show all posts

23 January 2013

HEBATNYA SUSU IBU! SUSU IBU CAIR vs SUSU IBU PEKAT

Adakah benar vitamin itu menambahkan kualiti dan khasiat susu ibu, dan ianya boleh bantu meningkatkan penghasilan susu?


VITAMIN bukanlah sebab utama yang menjadikan susu ibu itu berkualiti dan lebih khasiat.
Kerana sebenarnya susu ibu memang sudah berkualiti dan kaya dengan khasiat. Hebat kan?.
 
Susu ibu mengandungi protien lengkap, vitamin-vitamin, mineral, hormon, growth factor, imuniti, dan pelbagai khasiat yang tidak terdapat dalam susu formula.


Kenapa dikatakan bila ambil vitamin itu susu menjadi lebih berkualiti?


Walaupun saya menjual vitamin, namun disini ingin saya perbetulkan sebenarnya :-

1. Susu ibu nampak cair - tanda susu kurang berkualiti. (oh..tidak!)

Sebenarnya anda SALAH!!. Nilai nutrisi ataupun khasiat susu ibu tetap sama dalam apa jua keadaan.

Bila susu kelihatan cair, bermakna anda mungkin memerah / mengepam dalam cuaca atau keadaan panas. Susu ibu nampak cair kerana ia mengandungi lebih air untuk menghilangkan rasa dahaga anak anda.

2. Susu ibu kelihatan pekat , ini bermakna anda memerah dalam keadaan sejuk seperti waktu hari hujan ataupun dalam bilik ber'aircond'. Susu menjadi lebih pekat kerana nak beri anak anda rasa hangat dan lebih kenyang dikala keadaan sejuk.

Namun, sekiranya anda  mengambil
lebih sumber protien ia juga menyebabkan susu anda kelihatan agak pekat.

Kesimpulannya : khasiat susu ibu samada
cair atau pekat adalah tetap sama. Susu ibu berubah mengikut keadaan dan keperluan bayi dari semasa ke semasa.


Jadi apa perlunya makan vitamin?

Vitamin adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan tubuh.


Kenapa ibu menyusu perlukan vitamin?

Ibu menyusu sangat cepat membakar kalori, jadi mudah penat, dan lesu lebih-lebih lagi bila ibu itu seorang yang berkerjaya seperti saya. (pagi2 dah bgn siapkan anak2 sekolah, sarapan, pergi kerja, balik kerja, ambil anak, masak, myusukan anak, layan suami lagi, bgn malam menyusu anak lagi..huhhh..letih bukan?) Disini letaknya keperluan vitamin kepada ibu yang menyusukan.





Fungsi vitamin
adalah lebih untuk memberi tenaga, dimana ia membantu ibu yang menyusukan  rasa lebih bertenaga, cergas dan sihat.
Susu menjadi banyak selepas mengambil vitamin adalah disebabkan oleh sistem badan ibu telah stabil kesan dari pengambilan vitamin. Perjalanan darah menjadi lebih lancar, maka penghasilan susu ibu juga lancar.

Namun, ianya perlu disertai dengan usaha-usaha wajib seperti mengepam dengan konsisten, minum air masak 3 liter, makan dengan seimbang, elakkan stres, dan nikmati saat-saat manis ketika menyusui si comel anda.






Vitamin dari sumber semulajadi adalah vitamin yang mudah diserap oleh tubuh kerana dalam sehari, belum tentu kita dapat memenuhi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi, pandangan saya elakkan mengharap 100% selepas makan vitamin susu akan keluar memancut-mancut jika tiada usaha gigih dari anda sendiri.

ok, smoga penjelasan ini bermanfaat buat anda terutama bagi ibu-ibu muda yg baru memulakan perjalanan breastfeeding ni..

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai penyusuan atau mahu mencuba vitamin, boleh contact saya terus.

Adios..salam kasih sayang..

09 January 2013

MEAL SHAKES SHAKLEE VITAMIN LENGKAP YANG HEBAT

Meal shakes adalah hidangan lengkap dengan 24 vitamin,mineral dan zat perlu juga asid amino serta nutrisinya mudah diserap oleh tubuh. Diperbuat daripada bahan2 semulajadi dari sumber buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dll. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, bacteriolysin, dan sebagainya.

Meal shakes dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu hamil, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian) , orang sakit, orang sibuk, atau orang yang selalu mengambil makanan segera.


KELEBIHAN MEAL SHAKES SHAKLEE :-

NUTRISI LENGKAP - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. 

MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - kaya dengan protin (tiada laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut. organ, darah dan imun

MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi asid folik dan biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar

ANTI-OKSIDA - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - vitamin B yang lengkap, zat besi, dan cooper yg cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

DETOKSIFIKASI - kaya dengan serat larut

KELAZATAN RASANYA - minuman yang lazat di ambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tiada pewarna dan gula tiruan. Boleh dicampur di dalam susu anak-anak. ^-^
MEAL SHAKES SHAKLEE YANG HEBAT
testimoni Pn.Umi Nad'Rah Ku Ibrahim
Assalammualaikum wrt semua, ingin berkongsi pengalaman sendiri Alhamdulillah masalah anak sy Nafisah xlalu mkn nasi dh berkurangan setelah 2 minggu dia minum Meal Shakes...skrg nafisah dah berselera mkn nasi sy sgt bersyukur...
pengalaman kedua,sy disahkan mengandung dan alah xlalu mkn n vitamin shaklee pun xleh nk telan...tp Alhamdulillah bila sy bancuh meal shakes sy sgt2lah suka keharumannya dan sy sgt bertenaga di tmpt kerja...vitamin mengandung pun lalu mkn...so belilah meal shakes...anda pasti kagum dgn kebaikannya

CINCH SHAKE MIX BANTU JAGA OTOT DAN TURUNKAN BERAT BADAN

Susah hati dengan berat badan naik? Anda berazam ingin turunkan berat badan tanpa berlapar, tanpa diet yg melampau?? Kita ni orang Malaysia kan, mana boleh kalau tak makan nasi sehari.. ye tak? Mak pak kita dah ajar kita makan nasi, dah memang nasi tu makanan ruji kita.. menggigil perut oo tak dapat nasi sehari... Berat badan turun, badan lebih ringan untuk melakukan aktiviti lain, tumit tak sakit, rasa lebih cergas dan tingkatkan keyakinan diri berhadapan dengan orang lain. 

So, vitamin apa yang boleh bantu kita turunkan berat badan dengan selamat dan dapat kekalkan otot kita walaupun kita dah tak berdiet lagi supaya otot kita tidak menggelebir, bila kurus otot pulak melayut.. (macam berat badan yo-yo > berat turun mendadak, pastu naik balik badan tu kalau berhenti berdiet - diet macam ni, kurang selamat sebab berat badan mudah naik semula )  

Shaklee ada Cinch Shake Mix yang kaya dengan protin, vitamin dan leucine. Cinch Shake Mix dengan tiga pilihan perasa kegemaran ramai iaitu coklat, vanilla dan caffe latte,  membantu membakar lemak, menjaga dan mengekalkan otot kita. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lama. Anda boleh makan apa yang anda suka, tapi janganlah sampai tahap 'melantak' tak ingat..huhuu.. Jangan lupa senaman juga, dan makanlah makanan yang seimbang..lebihkan buah2an dan sayur2an dalam diet harian anda


Cinch Shake Mix - Diperkaya dengan 24gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.

Ia sejenis makanan yang kaya dengan protien, dimana makanan yang sangat kaya dengan protien ini boleh menahan kelaparan dan ia boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Ia juga kaya dengan Leucine yang akan memelihara otot sewaktu proses pembakaran lemak

Mengandungi indeks glisemik yang rendah, dan sangat sesuai untuk penghidap kencing manis, kerana ia mengekalkan tahap gula dalam darah dan mengekalkan tenaga.

Tinggi kandungan serat, memberikan 35% nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
 

untuk lebih baik lagi, gabungkan bersama Lecithin bagi proses pembakaran lemak dan kolesterol


Apa fungsi Lecithin

Ia berfungsi untuk membakar lemak dalam proses menurunkan berat badan.
Fungsi lain juga ia memecah lemak yang tersumbat dalam salur darah.
Mempercepatkan proses pelangsingan
Mencantikkan otot dan kulit
Memperbaiki allergi
Menghalang tekanan darah tinggi.


dan juga Herb-Lax utk proses Detox toksin dan membersihkan kolon

Herb Lax

Membersihkan saluran usus untuk detoksifikasi.
Mengempiskan perut
Membantu membersihkan najis yang tersekat
Melawan kanser
Mengawal berat badan berlebihan.
Membantu masalah sembelit


HARGA? Harga untuk kesemua set ini tak lebih pun RM 350. Penggunaan selama sebulan. 

Anda berminat? Hubungi saya terus seperti yang tertulis di atas blog ini

Salam kasih sayang..

slimming set shaklee


TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....