23 January 2013

HEBATNYA SUSU IBU! SUSU IBU CAIR vs SUSU IBU PEKAT

Adakah benar vitamin itu menambahkan kualiti dan khasiat susu ibu, dan ianya boleh bantu meningkatkan penghasilan susu?


VITAMIN bukanlah sebab utama yang menjadikan susu ibu itu berkualiti dan lebih khasiat.
Kerana sebenarnya susu ibu memang sudah berkualiti dan kaya dengan khasiat. Hebat kan?.
 
Susu ibu mengandungi protien lengkap, vitamin-vitamin, mineral, hormon, growth factor, imuniti, dan pelbagai khasiat yang tidak terdapat dalam susu formula.


Kenapa dikatakan bila ambil vitamin itu susu menjadi lebih berkualiti?


Walaupun saya menjual vitamin, namun disini ingin saya perbetulkan sebenarnya :-

1. Susu ibu nampak cair - tanda susu kurang berkualiti. (oh..tidak!)

Sebenarnya anda SALAH!!. Nilai nutrisi ataupun khasiat susu ibu tetap sama dalam apa jua keadaan.

Bila susu kelihatan cair, bermakna anda mungkin memerah / mengepam dalam cuaca atau keadaan panas. Susu ibu nampak cair kerana ia mengandungi lebih air untuk menghilangkan rasa dahaga anak anda.

2. Susu ibu kelihatan pekat , ini bermakna anda memerah dalam keadaan sejuk seperti waktu hari hujan ataupun dalam bilik ber'aircond'. Susu menjadi lebih pekat kerana nak beri anak anda rasa hangat dan lebih kenyang dikala keadaan sejuk.

Namun, sekiranya anda  mengambil
lebih sumber protien ia juga menyebabkan susu anda kelihatan agak pekat.

Kesimpulannya : khasiat susu ibu samada
cair atau pekat adalah tetap sama. Susu ibu berubah mengikut keadaan dan keperluan bayi dari semasa ke semasa.


Jadi apa perlunya makan vitamin?

Vitamin adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan tubuh.


Kenapa ibu menyusu perlukan vitamin?

Ibu menyusu sangat cepat membakar kalori, jadi mudah penat, dan lesu lebih-lebih lagi bila ibu itu seorang yang berkerjaya seperti saya. (pagi2 dah bgn siapkan anak2 sekolah, sarapan, pergi kerja, balik kerja, ambil anak, masak, myusukan anak, layan suami lagi, bgn malam menyusu anak lagi..huhhh..letih bukan?) Disini letaknya keperluan vitamin kepada ibu yang menyusukan.





Fungsi vitamin
adalah lebih untuk memberi tenaga, dimana ia membantu ibu yang menyusukan  rasa lebih bertenaga, cergas dan sihat.
Susu menjadi banyak selepas mengambil vitamin adalah disebabkan oleh sistem badan ibu telah stabil kesan dari pengambilan vitamin. Perjalanan darah menjadi lebih lancar, maka penghasilan susu ibu juga lancar.

Namun, ianya perlu disertai dengan usaha-usaha wajib seperti mengepam dengan konsisten, minum air masak 3 liter, makan dengan seimbang, elakkan stres, dan nikmati saat-saat manis ketika menyusui si comel anda.






Vitamin dari sumber semulajadi adalah vitamin yang mudah diserap oleh tubuh kerana dalam sehari, belum tentu kita dapat memenuhi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi, pandangan saya elakkan mengharap 100% selepas makan vitamin susu akan keluar memancut-mancut jika tiada usaha gigih dari anda sendiri.

ok, smoga penjelasan ini bermanfaat buat anda terutama bagi ibu-ibu muda yg baru memulakan perjalanan breastfeeding ni..

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai penyusuan atau mahu mencuba vitamin, boleh contact saya terus.

Adios..salam kasih sayang..

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....