Anda musykil dengan vitamin shaklee ? Halal atau tidak?
Kebelakangan ni timbul isu vitamin shaklee ni halal atau tidak.
Ini adalah sijil Halal Shaklee yang telah dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang
diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf
oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil
tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin,
OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam
pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk Distributor
Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang
diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak
perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari
segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan,
pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca
rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan
makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang
tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu
api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2
yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah
gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita
sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak
lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal
termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di
Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic
Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East
Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal
agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira
untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku
sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang
ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.
Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang
paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil
halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar
sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa
sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam
senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee
dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati
kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan
yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.
No comments:
Post a Comment