21 February 2013

VITAMIN BUAT IBU MENYUSU KEKAL CERGAS BERTENAGA DAN MANTAP!

Saya sering mendapat mesej dari ibu-ibu menyusu bertanyakan macamana nak bagi susu jadi banyak. Ibu-ibu merungut tiada susu, susu tak keluar, susu tak de lepas habis pantang.. Seharusnya, tiada alasan kalau kita benar-benar nak berikan susu ibu untuk bayi kita. Sebab hanya susu ibu makanan untuk bayi, bukan nestum atau air masak ye!

KEWAJIPAN PENYUSUAN SUSU IBU
Persoalannya, apakah benar dengan pengambilan vitamin ibu menyusu boleh buat susu jadi banyak? Ya, tepuk dada tanya badan.. 

Ibu menyusu perlu makan makanan seimbang dan minum air secukupnya @ setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air, tetapi ibu menyusu perlu banyak minum air dari biasa. Perlu juga di aplikasikan konsep ‘Supply n Demand’. Kenapa? Sebab kalau tak di pam,macamana susu nak keluar..kalau tak demand pula, macamana susu ibu nak jadi banyak kan? So, ‘supply n demand’ is perkara wajib yang harus di disiplinkan dan dijadualkan setiap hari ye. Kalau tak nak buat, saya tak syorkan anda ambil vitamin!

Sekarang ni ramai ibu-ibu menyusu adalah dikalangan ibu-ibu yang bekerjaya. Surirumah tak perlu dibahas,tak pam pun takpe sebab baby ada depan mata, DF je terus. Dapatkah ibu-ibu makan makanan seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan? Sudah tentu tidak bukan? Sebab saya pun sama...wink wiinkk ^-^.. Faktor kerja yang sibuk, persekitaran, dan suka makan junk food, fastfood membuatkan kita tidak dapat cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. 

Atas sebab inilah, kita perlu isi kerompongan nutrisi-nutrisi tersebut dengan mengambil vitamin agar ia tidak mendatangkan kesan buruk pada kesihatan tubuh ibu-ibu menyusu ye..

Disini saya senaraikan antara 7 sebab dan punca badan cepat letih, lesu dan penat :-

 
1)   Ibu tidak cukup tidur (7-8 jam sehari) kerana bayi kerap menangis dan berjaga malam

2) Kurang bertenaga, tidak cukup rehat kerana melayang karenah anak2, suami, kerja2 ofis..dll
 
3) Tidak ambil sarapan pagi – sarapan pagi ni penting ye untuk beri tubuh tenaga yang cukup dan tingkatkan metabolisme badan

4)  Kurang darah @ anemia – kekurangan darah @ tekanan darah rendah menyebabkan tubuh cepat penat, pening dan mudah pitam

5) Tekanan emosi – faktor kesibukan urusan rumahtangga dan tempat kerja buat badan mudah sangat berasa letih. Tekanan juga menyebabkan pengaliran susu jadi tidak lancar, susu pun segan-segan je nak keluar

6) Terlalu banyak minum minuman berkafein – minuman berkafein menghalang penyerapan vitamin-vitamin dari makanan yang diambil

7) Dehidrasi – kurangnya minum air menyebabkan tubuh cepat terhidrat dan susu juga jadi kurang.

 

TIPS MERANGSANG PAYUDARA

Saya kongsikan sikit tips untuk rangsang pengaliran susu ibu disini.
  1. Lakukan urutan payudara disekitar ‘breast’ menggunakan jari (klik sini untuk cara2nya)
  2. Gentel ‘nipple’ untuk ransang LDR ( Let Down Reflex )
  3. Relax dan tenangkan fikiran sambil suakan mulut bayi ke breast anda dan biarkan bayi hisap dengan sendirinya
  4. Teruskan usaha untuk susukan si jantung hati anda sehingga berjaya dan jangan mudah give-up. Untuk tips penyusuan, klik sini.

CABARAN DALAM PENYUSUAN

 
Sudah tentu banyak cabarannya kan. Nak buat perkara baik, sudah pasti ada banyak cabaran dan rintangan terbentang dihadapan.. Ini adalah diantaranya....

  • Masalah tiada sokongan dari suami / ahli keluarga malahan lingkungan komuniti juga
  • Mental dan hati kena kuat, kental dalami ilmu penyusuan, sematkan ketat-ketat niat anda nak menyusukan anak sepenuhnya
  •  Stress / tekanan dari pelbagai sudut. Anak kuat menangis, suka mengempang, puting luka, jaundis dl
  • Penat, letih, lesu , tekanan darah rendah dll


PERLUKAH VITAMIN BUAT IBU MENYUSU ?


Kenali tubuh anda, anda pasti tau jawapannya. Adakah makanan yang anda ambil cukup fresh dan masih kekal vitaminnya? Adakah anda makan ikut sukatan Piramid Makanan dengan betul dan teratur? Dah dapat jawapan? Yes! Anda perlu Vitamin Ibu Menyusu bagi mengisi kekosongan2 nutrisi tersebut..


 
ADAKAH VITAMIN BOLEH TAMBAH SUSU IBU?
 
 
Ya, boleh sekiranya diaplikasikan dengan konsep ‘supply n demand’ disertai dengan minum air secukupnya. Anda bukan sahaja dapat banyakkan susu, malah anda juga dapat faedah2 yang lain..Badan jadi kekal cergas bertenaga, dapat kawal stress, badan pun jadi lebih mantap, berat badan dapat dikawal malah dapat turunkan berat juga..bonusnya? yayayaaaa..kulit ibu jadi lebih cantik, gebus, mulusss...abang sayang...ehee..oh lupaa...untuk baby comel pulak, kesihatan Insyaallah dapat kuatkan imun tubuh dan cegah dari serangan penyakit seperti alahan, batuk, demam @ selsema.

Akhirnya....pasti anda tersenyum sendiri sebab anda adalah SUPERMAK! SUPERWOMEN! SUPERSUPERB!! Boleh buat kerja rumah, kerja ofis, jaga anak2, jaga rumah, jaga suami, menyusu bayi lagi ...Yeahhh!! Kau lah RATU HATIKU...suami sentiasa pujiii....^____^

Hubungi saya untuk cadangan vitamin yang terbaik dan cara pengambilan vitamin yang betul untuk anda.. Konsultasi percuma dengan setiap pembelian dari saya. Sekiranya anda inginkan set bajet, blh juga terus hubungi saya di 016-2853148 - ayu 
 
Salam Kasih Sayang..


VITAMIN IBU MENYUSU
SET TRIPPLE M

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....