FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

27 September 2012

URUTAN PAYUDARA BAGI IBU MENYUSU

Urutan payudara bagi ibu menyusu ini adalah penting buat ibu-ibu yang sedang menyusukan bagi merangsang pengeluaran susu ibu yang lancar dan melegakan rasa bengkak susu..


Amaran: entri kali ini mengandungi gambar yang tidak sesuai untuk budak bawah umur

Khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak



 

Kelebihan urutan payudara:



meningkatkan peredaran darah di payudara serta aliran susu dengan baik


mempunyai pengaruh positif terhadap pengeluaran susu


urutan harus dilakukan sebelum sesi menyusu atau memerah untuk:


mengelakkan pembengkakan payudara.


langkah pencegahan radang payudara.









Sebelum mengurut:

Ibu-ibu diingatkan, mencuci tangan dengan bersih dan teliti sebelum memulakan aktiviti urutan, penyusuan atau memerah susu

Urutan payudara harus dilakukan dengan lembut dan tidak boleh menyakitkan


Step 1

Letakkan tapak tangan di antara payudara (seperti di dalam gambar)

Buat gerakan secara melintang sambil menggerakkan kelenjar payudara dari belakang ke depan


Step 2

Sama macam Step 1 tapi dilakukan secara menegak pulak


Step 3

Satu tangan kat bawah payudara (utk beri sokongan kat payudara)
Gunakan 3 atau 4 jari utk mengurut payudara dgn pergerakan melingkar
Setiap jari digerakkan lebih kurang 3-4 cm
Buat teknik yang sama sampai habis seluruh payudara


Step 4

Belai pangkal areola hingga ke puting dengan lembut menggunakan jari
Dengan gerakan ini, korang boleh membawa susu untuk mengalir keluar





Step 5 & Step 6


Langkah kali ni utk cuba mengeluarkan setitik susu
Letakkan ibu jari di belakang areola dan tekan sikit ke arah dada
Kemudian, dengan menerapkan tekanan lembut, gerakkan ibu jari dan jari ke arah puting tanpa menggosok kulit
Korang akan rasa yg puting payudara akan mengeluarkan susu (mula-mula setitis pastu boleh keluar banyak lagi)
Pengeluaran susu ini akan menggalakkan bayi utk menghisap payudara






Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

2 comments :

Unknown said...

salam puan, saya sekarang sedang menyiapkan eBook susu ibuuntuk dijual, saya ada terbaca tentang kelebihan urutan payudara untuk keluarkan susu dalam blog ayusihatanggun. Saya berminat untuk copy maklumat tersebut dalam eBook saya, boleh ke? saya ingin memohon keizinan.

mohon respon segera. Terima kasih.

Unknown said...

salam puan, saya sekarang sedang menyiapkan eBook susu ibuuntuk dijual, saya ada terbaca tentang kelebihan urutan payudara untuk keluarkan susu dalam blog ayusihatanggun. Saya berminat untuk copy maklumat tersebut dalam eBook saya, boleh ke? saya ingin memohon keizinan.

mohon respon segera. Terima kasih.

Share it