KEPADA SEMUA WANITA, BERHATI-HATI JIKA ANDA MENGALAMI SENGGUGUT YANG TERUK. BUAT PEMERIKSAAN DAN DAPATKAN NASIHAT DARI PAKAR. SENGGUGUT ADALAH SALAH SATU PUNCA KESUKARAN UNTUK HAMIL
Para Suami / Ibu Ayah..sila ambil perhatian, jangan dibiarkan berlarutan...
APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut adalah kesakitan yang lazim dialami oleh anak gadis yang baru meningkat remaja ketika kedatangan haid.
Rasa
sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim
yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang
bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini
perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit
dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan
olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.
Senggugut
dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut
prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid.
Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh
darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid.
Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah
dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit.
Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.
Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.
Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada
yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami
sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga
berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap
kali datang haid bergantung kepada keadaan.
Senggugut
yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang
setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala
senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung
kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa
doktor untuk rawatan dan ubat.
Ketahui lebih lanjut disini :
http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/195-apa-itu-senggugut.html
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=403976342989737&set=a.175387909181916.50349.119929718061069&type=1&theater
Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara
teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu
pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap
berbalik kepada Yang Maha Kuasa.
Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.
GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA
complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C),
untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan
asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti
spina bifida.
Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:
- Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
- Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
- Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
- Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
- Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
- Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
- Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
- Jika tidak, ulangi proses tersebut.
Semoga berjaya!
Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua
pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal
menimangnya insya-Allah.
No comments:
Post a Comment