22 October 2014

Tips Penjagaan Luka Bersalin Secara Pembedahan Ceasarean

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi. Luka anda boleh dijangkiti kuman atau terbuka sekiranya ia tidak dijaga dengan baik

Bersalin secara pembedahan Ceasarean, penjagaannya adalah agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka bersalin akibat pembedahan Ceasarean memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.

Pembedahan caesarean adalah pembedahan major. Namun begitu, anda mungkin masih tak sangka betapa kuat sakit yang dialami selepas pembedahan itu. Anda mungkin merasakan tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri.

Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seorang. Batuk atau ketawa menyebabkan kesakitan. Tetapi, anda perlu tahu, bahawa pergerakan lepas bersalin itu perlu bagi mengelakkan terbentuknya darah beku.

Memegang atau menyokong luka anda dengan tangan atau meletakkan bantal di bawah perut boleh membantu melegakannya..



Cara penjagaan luka bersalin secara pembedahan Ceasarean
bersalin secara pembedahan Ceasarean


Tip-tips penjagaan luka bersalin pembedahan agar pulih dengan cepat :


1. Bergerak lebih awal


Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang




Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya



Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional


Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

*Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

 

Multivitamin @ Vita-Lea Shaklee with Iron Formula


Semasa proses bersalin secara pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.



6. Makan pil penahan sakit


Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan. Menyusu anak secara eksklusif juga dapat membantu menurunkan berat badan anda dengan cepat!!

*Hubungi saya untuk bantuan tips menyusu secara eksklusif..


8. Pastikan luka sentiasa kering dan bersih





Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Pastikan luka anda sentiasa dikeringkan selepas mandi. Ini kerana  luka yang basah atau lembap boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


9. Pakai bengkung

Pakai bengkung yang selesa


Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan


Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga


Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran / serius selepas bersalin pembedahan / ceasarean ;






1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Semoga perkongsian ini membantu anda yang bersalin secara ceasarean atau pembedahan pulih dengan cepat. 




Set Bersalin Shaklee
Set Bersalin Shaklee

Untuk dapatkan Set Bersalin Premium Shaklee anda boleh hubungi saya untuk info lanjut,

Klik link -->> Set Bersalin Shaklee   untuk review set bersalin moden terbaik



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

PENGEDAR SHAKLEE SENTUL TERBAIK 

DENGAN SERVIS YANG CEPAT



Anda boleh menghubungi saya melalui:



SMS | WASAP 

0162853148 

untuk respon cepat.



SHAKLEE COD AREA -  
SEKITAR BANDAR BARU SENTUL, MINI UTC SENTUL, 
TAWAKAL HOSPITAL, RESTORAN HASLAM JALAN PAHANG

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....