12 May 2013

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH

HATI-HATI MEMILIH PRODUK / KOSMETIK KECANTIKKAN

Kecantikan dalam dunia wanita tidak boleh dipisahkan lagi. Walaupun wanita itu atau anda sendiri tidak bersolek, anda tetap mahu kelihatan cantik melalui pemakaian dan gaya bukan? Cantik seseorang wanita itu juga terletak pada tutur kata dan kesopanannya. Itu juga menjadi salah satu pengukur untuk menunjukkan kecantikan wanita. Namun, bersolek dan pemakaian alat kosmetik tetap menjadi pilihan utama ramai wanita di luar sana!

Tetapi anda sebagai wanita harus ingat! Tidak semua alat kosmetik / kecantikan itu sesuai dengan kulit anda. Jangan tersalah pilih produk, kenali dulu produk / kosmetik sebaik-baiknya supaya anugerah yang diberikan Allah akan sentiasa terpelihara.

Analisis dahulu jenis kulit anda, dan sesuaikan dengan produk yang ingin anda gunakan. Pastikan produk anda TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA YANG MENCEMARKAN PRODUK.

Kebiasaannya, Krim Pemutihan menjadi pilihan untuk mendapatkan kulit yang lembut dan licin serta menanggalkan bintik hitam, jeragat, tompokan hitam, jerawat dan kedut. Cubaan lebih kepada jenama krim muka yang menjanjikan kesan tersebut. Anda juga pasti lebih terdorong untuk mencuba / membeli kerana terpengaruh dengan pujukan penjual, iklan atau testimoni daripada pihak penjual tanpa memikirkan kesan sampingannya seperti kerosakan pada kulit muka!

Hati-hati dengan segelintir pihak pengeluar yang hanya inginkan keuntungan semata dan mengeksploitasikan kegilaan kaum wanita yang ingin berwajah 'putih cantik dan berseri' dengan mencampurkan bahan kimia berbahaya dalam krim tersebut. Produk yang mengandungi bahan kimia tersebut biasanya di dakwa dapat memberikan kesan dalam masa yang singkat. Contohnya , muka akan menjadi putih dalam masa tujuh hari jika memakai krim pemutihan produk 'A'.

BAHAN KIMIA APA YANG BERBAHAYA ITU? ☢☢☢☢

1) HYDROQUINONE 
  •  Proses Pemutihan boleh menjejaskan kesihatan melalui penghakisan dua lapisan pelindung kulit muka, iaitu lapisan melanin (bahan yang memberi warna pada kulit) dan lapisan berkematu yang kalis air. 
  •  Hydrokuinone bertindak dengan menyekat pengeluaran melanin tersebut dan kulit akan menjadi semakin cerah tetapi dalam masa yang sama lapisan kulit muka akan menjadi semakin tipis. Akibatnya, fungsi perlindungan kulit daripada sinaran ultra ungu dan pancaran matahari secara berlebihan akan terjejas malah kulit muka akan menjadi kemerah-merahan dan rasa pedih serta terbakar
  • Sekiranya digunakan dalam tempoh yang panjang atau digunakan dengan banyak dan pengguna terdedah pula kepada pendedahan matahari, lapisatn pelindung kulit muka menjadi semakin nipis dan akibatnya timbul jeragat hitam yang akan berkekalan pada kulit.
  • Penyerapan Hydroquinone ke dalam peredaran darah dalam kuantiti yang besar pula boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah, sentakan otot, sakit kepala sawan, sukar bernafas dan akhirnya koma
  • Jika termakan Hydrokuinone pula boleh menyebabkan keracunan yang serius seperti kerosakan sel darah merah
2) TRETINOIN
  •  Tretinoin adalah bahan kimia berbahaya kedua. Biasa digunakan oleh doktor untuk merawat jerawat yang serius. Tretinoin juga menghakis lapisan kulit sedikit demi sedikit sama seperti Hydroquinone. Kulit akan kelihatan mengelupas, kering, merah, pedih dan gatal-gatal semasa ia digunakan. Kulit juga akan lebih sensitif kepada cahaya matahari. 
3) MERKURI DAN PLUMBUM
  •  Merkuri atau raksa pula sudah lama dilarang penggunaanya. Ia memang menjadikan kuit nampak cantik dan mulus tetapi lama kelamaan merkuri ini akan mendap dibawah kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi biru kehitaman dan lebih menakutkan ia boleh menyebabkan KANSER!
  • Bahan kimia seterusnya adalah PLUMBUM. Amat berbahaya! Pemakaian krim muka / bedak yang tercemar dengan plumbum boleh mengakibatkan gangguan saraf, mental dan juga menyababkan MAUT akibat keracunan plumbum..
CONTOH KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH
AKIBAT HYDROKUINONE
Kulit wajah akibat Bahan Kimia

TAKUT TAK? NGERI BUKAN...SO, JANGAN GUNA PRODUK YANG ADA BAHAN KIMIA TERSEBUT DI ATAS!

PASTIKAN ANDA PILIH YANG 100% SEMULAJADI. SHAKLEE ADA, KENAPA HARUS MENCARI YANG LAIN? 

Rawat dan Repair sel anda dari dalam dengan ESP atau Vivix.. kesannya kulit lebih cantik di luar..
 
Skincare Set NutriWhite dan Shaklee Enfuselle adalah produk ber'paten' setanding dengan produk jenama terkenal SKII dunia, ada clinical research dan 100% semulajadi yang pasti Selamat!. sy pengguna Enfuselle (toner dan pelembap),dan pencuci Nutriwhite memang ohsem!  Kulit makin cantik, licin n parut2 semakin pudar..

SET SKINCARE SHAKLEE ENFUSELLE
SET SKINCARE SHAKLEE ENFUSELLE


SHAKLEE NUTRIWHITE SKINCARE SET
SHAKLEE NUTRIWHITE SKINCARE SET
 HUBUNGI SAYA UNTUK INFO LANJUT : 0162853148 AYU

No comments: