Mungkin anda sebahagian daripada mereka yang bertanya " Kenapa saya makan vitamin shaklee, tapi tak ada kesan ya?
Ramai juga yang mendapat kesan yang baik selepas konsisten mengambil vitamin shaklee dan mengikut cara yang betul.
Kenapa saya makan tak ada kesan pun?
Sila periksa semula saranan di bawah ya.
1. Adakah anda mengambil air yang cukup? Tahukah anda, setiap 25kg berat badan perlukan satu liter air (1000ml). Bermakna jika berat kita 50kg, maka kita perlukan air sebanyak 2 liter. Sebaiknya lebihkan pengambilan air jika kita mengamalkan vitamin. Ia juga membantu melancarkan proses buah pinggang. Sediakan botol air bersukat 3 liter dan pastikan kita habiskan air tersebut sebelum tidur malam.
2. Kurangkan atau elakkan mengambil minuman berkafein. Ini kerana, kafein boleh merosakan vitamin yang kita ambil. Sebaiknya, elak minum kafein tetapi lebihkan air putih. Air putih juga bagus untuk detoksifikasi dan menyingkirkan toksin dari tubuh.
3. Elakkan makan vitamin bersama ubat. Jika kita mengambil ubat, sila jarakkan masa dengan makan vitamin. Ia bagi mengelakkan darah kita bercelaru nak proses ubat atau vitamin. Sebaiknya, jika makan ubat waktu pagi, ambil vitamin waktu tengahari. Atau jika kita terpaksa makan ubat setiap waktu, jarakkan masa dalam 2 jam selepas pengambilan ubat.
4. Jangan makan vitamin sekaligus. Makan vitamin ikut waktu yang betul. Di sini perlunya konsultasi atau rundingan dari pengedar anda. Bukan beli dan terus tidak berhubung. Ia bagi mengelakkan darah menjadi pekat dan buat kita sakit kepala jika kurang minum air. Juga untuk mengelakkan dari buah pinggang berat nak proses vitamin yang kita makan.
5. Sebelum kita mengambil sebarang vitamin, pastikan detox atau bersihkan dahulu usus. Ia bagi memastikan vitamin dapat diserap dengan lebih efisyen. Boleh minum air kelapa 3 hari berturut-turut atau beli sahaja Herb-Lax dari saya.
6. Ada sesetengah vitamin tidak boleh di ambil bersama seperti Vitalea tidak boleh di ambil bersama susu. Susu menghalang penyerapan zat besi yang ada dalam vitalea. Vitamin E tidak boleh di ambil bersama Alfalfa kerana alfalfa akan mengganggu penyerapan vitamin e. Di sini anda perlu dapatkan rundingan dari pengedar anda ya!
Sekarang, anda sudah faham kenapa makan vitamin shaklee tetapi tiada kesan. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Dapatkan pengedar terbaik anda berserta konsultasi percuma.
Hubungi saya untik pesanan vitamin shaklee dan nikmati konsultasi mesra secara percuma dari saya.
Nor Fahidayu Masran.
Wasap 0162853148
#pengedarshakleesentul
Wasap 0162853148
#pengedarshakleesentul
#kenapavitaminshakleetidakberkesan
1 comment:
Mengambil vitamin kena tahu cara makan yang betul...baru lah berkesan kepada tubuh badan. Pentingnya mendapat konsultasi yang baik dari para pengedar yang berilmu.
Post a Comment