16 December 2012

SUSU FORMULA vs SUSU IBU?

Tahukah anda bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusu, atau tak mahu menyusu, akan dicari (diupah) ibu susuan bagi menyusukan bayi itu? Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka. Tapi pada tahun 1867, seorang pakcik yang sangat pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula. Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan. Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak). 


Namun demikian, bayi-bayi yang diberi susu formula pada masa tu selalu sakit, disebabkan kekurangan nutrisi (walaupun katanya susu formula tu untuk ‘menggantikan’ susu ibu), dan kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula. Namun para pengilang tetap jugak mengeluarkannya secara besar-besaran sebab keuntungan berlipat ganda yang mereka perolehi. Sampai satu tahap baby semua tu terpaksa diberi jus oren (campur dalam susu) untuk mendapatkan khasiat vitamin C. Tapi mereka tetap claim susu formula adalah yang paling bagus untuk baby. Kemungkinan revolusi penyusuan pada masa itu telah ‘memberi idea’ kepada ibu bapa zaman tu untuk memberi bayi mereka apa saja jenis susu. Termasuk susu cair yang kita buat kuih tu. 


Bagi meninggikan ‘class’ susu formula, syarikat2 pembuat susu telah mengiklankan susu2 buatan mereka dengan tagline “susu pilihan orang kaya” dan susu ibu hanya untuk golongan miskin sebab ia adalah PERCUMA. Istilah ‘susu formula’ diperolehi dari Encik Thomas Morgan Botch, yang cuba mencari fraction terbaik untuk susu tersebut. Pada masa tu mereka menggunakan konsep 2% lemak, 6% karbohidrat dan 2% protein. 


Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya.


Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Namun masih ada mereka yang mempunyai pemikiran seperti 100 tahun yang lampau yang mana menganggap susu ibu hanya untuk orang miskin kerana ia percuma. Akan tetapi dengan promosi yang diadakan terhadap penyusuan ibu, kebanyakan ibu bapa muda sudah menyedari hakikat kebaikan susu ibu, mungkin ibu-ibu di peringkat ‘nenek’ sekarang masih mengagungkan susu formula


Di negara-negara dunia ketiga, penyusuan SUSU ibu sangat-sangatlah penting, malah ibu yang menghidap AIDS juga digalakkan menyusukan anak mereka. Kerana pemberian susu formula lebih memudaratkan… di sana kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula yang dicairkan, ataupun yang tercemar kerana persekitaran dan air yang kotor. Maklumlah dalam keadaan sebegitu mungkin mereka terpaksa mencatu pemberian susu formula kepada bayi mereka. Memang, mana2 ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya. Yang beri susu formula, adalah kerana maklumat yang mereka perolehi “susu terbaik untuk bayi”. Bukan sebab tak sayang anak atau ‘nak seksa baby’ dan sebagainya. Mungkin ada segelintir ibu yang tahu kebaikan susu ibu tapi saja nak kasi susu formula sebab mungkin ‘malas’ nak menguruskan hal2 susu ibu yang leceh. Tapi kebanyakan yang beri susu formula mempunyai sebab2 tersendiri yang kukuh yang tak membolehkan mereka menyusukan anaknya sendiri. Tapi berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada breastfeeding dan wet-nursing ;)






Dibandingkan dengan susu ibu, susu formula  hilang banyak perkara yang bayi perlukan untuk kuat, sihat dan cerdas. Tahukah anda:
Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat:

  • Jangkitan telinga
  • Cirit-birit / sembelit
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) – Sindrom Kematian Bayi Mendadak
Kanak-kanak yang diberi susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk:

  • Obesiti (menjadi gemuk)
  • Diabetes
  • Asma dan alergi
  • Kanser
Rujukan:

  1. How does formula compare to breastmilk?

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI

BAHAYA PEMBERIAN AIR MASAK KEPADA BAYI


http://duniasusuibu.com/

Sumber: Suraya (2010). Menyusukan anak angkat. diyaluna.com. 20 Mei.

Induce lactation – ‘Mencetuskan Penyusuan’ atau Adoptive Breastfeeding ialah apabila ibu menyusukan anak yang bukan dikandungnya.

Proses kehamilan adalah proses alami untuk badan ibu bersedia untuk menyusukan anak yang bakal lahir

Walaubagaimanapun bagi wanita yang tidak pernah mengandung, anda masih boleh menyusukan selagi anda mempunyai payudara dan kelenjar pituitari yang berfungsi!

3 bulan sebelum : Makan pil perancang (Yasmin/Microgestine) setiap hari tanpa henti dan Domperidone (20mg/4 times per day) untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

Apabila terdapat ‘perubahan’ pada payudara, hentikan pengambilan pil perancang dan teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.

‘Perubahan payudara’ ialah pertambahan 1 cup pada bra ibu dan payudara terasa penuh dan berat

Ibu boleh mula memerah susu menggunakan dual pump elektrik 3 jam sekali/20 minit untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

Beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Sekiranya anda tidak menghasilkan cukup susu (setelah didiagnos doktor dan penilaian konsultan laktasi).

Cuba gunakan SNS (Supplemental Nursing System) dengan menggunakan susu yang dibekalkan oleh ibu kandung bayi ataupun susu tiruan.


Ibu akan menghasilkan susu selepas 2 ke 3 minggu proses ini berlaku dan kesannya berbeza kepada setiap individu.

Susu ibu yang dihasilkan ialah susu matang yang keluar dari ibu yang melahirkan pada hari ke 10 (lebih dan kurang).

Ibu yang mencetuskan susu ialah ibu hebat!

Anda tidak menghasilkan kolustrum kerana badan anda tidak menghasilkan ‘human placental lactogen’

Susu anda berkhasiat, mengandungi nutrien, antibodi dan immuniti yang sikecil perlukan, tahniah!


Cadangan lain :

  • Sekiranya ibu kandung sudi menyusukan anaknya, bekalkan breastpump untuk kemudahannya membekalkan susu sepanjang sekurang2nya 1 minggu pertama bayi. Kolustrum adalah makanan pertama bayi yang terbaik.
  • Breasteeding is more than breastmilk
  • Quoted dari Puan Kamariah, Konsultan Laktasi “Kasih sayang itu milik Dia dan niatkan menyusu anak ini demi menambahkan kasih sayang dan bukannya menggantikan”
IBU YANG TIDAK PERNAH HAMIL JUGA BOLEH MENYUSUKAN ANAK ANGKAT. BOLEH RUJUK DI LINK http://duniasusuibu.com/penyusan-anak-angkat/menyusukan-anak-angkat/#.UM2dh6yd7rc untuk rujukan anda

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....