22 February 2014

CARA MEMBUAT PERANGKAP DAN BUNUH NYAMUK

Ohh..banyaknya kes denggi sekarang ni ya. Fongging di buat sana sini..

Tahukah anda apa punca nyamuk banyak membiak? Salah satu puncanya adalah kerana perubahan musim panas ke sejuk atau sebaliknya, dimana terdapat air bersih tergenang yang menjadi tempat nyamuk berkembang biak.

Sekarang ni KL tengah panas membahang kan? Sebulan yang lalu hujan dan menyebabkan banyak daerah di landa banjir. Inilah yang menjadi punca nyamuk mudah membiak. Perubahan musim. 

Banyak lagi punca dan penyebab nyamuk membiak ni.. tapi kalau nyamuk aedes ni suka kat tempat air yang bersih jer. pandai dia kan...hihii..


Ok jom, nak tunjuk cara buat perangkap nyamuk pulak! Murah dan mudah nak buat..ni versi genius sikit, kasi bunuh itu nyamuk..hihii..


CARA MEMBUAT PERANGKAP & BUNUH NYAMUK 

(BUATAN GENIUS)

Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar
 

CARA BUAT PERANGKAP DAN BUNUH NYAMUK MURAH
PERANGKAP DAN BUNUH NYAMUK


Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.

3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.

4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.

5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.


Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.!

Kredit page https://www.facebook.com/MBIMALAYSIA

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....