23 February 2014

IMPIAN ATAU ANGAN - ANGAN?


IMPIAN ATAU HANYA ANGAN - ANGAN?


 
angan-angan mat jenin
angan-angan mat jenin


YES! Ramai yang berangan nak itu, nak ini..nak kaya, nak berjaya.. samalah juga dengan saya. Berangan je lebih kan..orang dulu-dulu panggil, angan2 mat jenin. TUKAR YANG NEGATIF KEPADA YANG LEBIH POSITIF. Sentiasa latih diri untuk berfikiran positif.

Apa kata kita tukar angan-angan tu sebagai IMPIAN kita. Dan jadikan Impian kita tu sebagai CABARAN! Yes, cabaran yang buat kita scary sangat..takut kalau tak tercapai. Saya buat dalam VISIUL...betul ke ek eja nya tu? haha...Impian yang kita boleh nampak, kita tengok tiap2 hari. Bangun tidur, tengok papan vision kita, sbelum tidur tengok lagi.. Bawa dalam mimpi pun tak pe. Dalam tak sedar, kita menggerakkan otak kanan kita. 

Tetapi impian haruslah seiring dengan USAHA dan DOA. Berdoalah banyak-banyak.. Allah suka orang yang meminta-minta, merayu-rayu dengan bersungguh-sungguh pada DIA. Cepat atau lambat itu urusan DIA. Kalau lambat, anggaplah DIA sedang merancang sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rancang.

Banyakkan memberi.. Beri 1 ALLAH gandakan dengan 10 ganjaran. Sedekah menjadikan kita kaya. Kaya harta, kaya budi. Ia membentuk IKHLAS dalam diri. Jangan dilupa ibu ayah kita, jangan lupa berzakat. Bantu orang lain, Allah bantu kita.

Dan jangan lupa perkara wajib. SOLAT. Solat awal waktu. Adakan masa untuk DIA, In shaa Allah, DIA adakan masa untuk kita walau kita sibuk, sesibuk mana pun. Dhuha, kalau boleh setiap hari. Kalau tak sempat, cukuplah kita baca DOA DHUHA. TAHAJUD, SOLAT HAJAT...kalau mampu buat setiap hari. Kalau tidak, boleh cuba seminggu sekali. Memang kita rasa berat, tapi kalau dah biasa ia jadi kebiasaan.. 

Inilah RAHSIA ORANG-ORANG KAYA BERJAYA! Follow apa orang berjaya buat, In shaa Allah kita akan jadi seperti mereka, atau mungkin lebih baik lagi dari mereka? Siapa tahu kan.. 

Yang penting, niat kita perlulah betul. Jadikan insan yang kaya berjaya dunia akhirat. Bantu orang-orang yang susah, bantu ibu ayah, bantu keluarga yang lain... KALAU AKU KAYA........Tulis, tampal, visiul kan... tulis taget bila anda nak dapatkan impian anda itu...

D - DOA
U - USAHA
I - INFAQ
T - TAWAKAL


IMPIAN ATAU ANGAN - ANGAN

VISION BOARD SAYA


Mari berimpian. Segan malu sebenarnya..takut pun ye bila tengok taget tu kan? boleh ke aku dapat, boleh ke aku capai semua ni? Buang semua tu, beritahu suami kita, atau isteri kita..beritahu mak ayah kita.. minta restu dan doa mereka.. In shaa Allah, nak berjaya perlu segunung air mata, perlu banyak berkorban..korban masa tidur kita, korban masa enjoy kita.. Ambil masa 3 tahun untuk semua tu,.buat dengan bersungguh2.

KITA PASTI BERJAYA!

*catatan untuk diri sendiri, perkongsian bersama untuk kita amalkan*

SEMOGA BERMANFAAT, in shaa Allah..


JUTAWAN MUSLIMAH,
~KAYA BERJAYA~
- NOR FAHIDAYU MASRAN -

No comments:

PNEUMONIA DAN CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU DENGAN BERKESAN

Paru-paru adalah organ penting untuk fungsi pernafasan manusia. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20 ribu kali dalam sehari dan bekerja...