04 May 2015

Kek Marble ku Rentung Tapi Sedap! Hahaa...

Hahaha... nak ketawa ke nak nangis?? Udah ler guna butter cup, pertama kali buat pula tu ..sekali rentung lah pulak kek marble ku..

Sebab apa? Haha..sedap eehhh...sedap pulak,, sebabnya daku terpusing api atas je. Boleh pula tak perasan. Muahaha... sekali terbau hangit, tengok oven berasap !! Cuak ahkak ok.. terus slowkan api, tukar ke api bawah pulak...

Dalam 7 minit tukar ke api atas bawah.. 

Cukup 40 minit , kek dah masak. 

Keluarkan ,.. hitam kek daku.. biar sejuk kejap.. potong.. 

Alhamdulillah, rentung luar je..dalam ok lagi. Rasanya pun tak bertukar. Sedap ler pulak!! Haha.. puji sendiri lah kan.. :)

Nak tengok kek marble rentung saya? 
Hihii.. nasib saya buat 2 bekas. Yang satu lagi baru cantik.. :)


Nak resepi kek marble yang sedap tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ni? Dulu kecik-kecik mak suka buat, lagi-lagi time raya.. siap colek2 adunan yang belum dibakar lagi.. hihii..

Ok2.. meh nak share resepi kek Marble yang sedap ni ;)


RESEPI MARBLE CAKE

Bahan-Bahan :

1 buku buttercup
1 cawan gula
5 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung kek (kalau tepung gandum letak 1 sk soda + 1 sk baking powder)
1 penutup esen vanilla
2 sb koko powder  

Cara2nya :

1. Pukul butter bersama gula sampai kembang. Kalau dah agak putih2 tu maknanya dah kembang lah tu.
2. Dah kembang masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang dan ringan. Masukkan susu dan terus pukul.
3. Sambil pukul telur tu, masukkan esen vanilla. Dah ringan sikit, masukkan tepung. Pukul lagi sampai ringan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian warnakan dengan serbuk koko.
5. Sediakan loyang yang disapu minyak. Masukkan adunan berselang seli
6. Bakar suhu 160 dalam 40-45minit hingga masak. 

Ok. Senang je kan?

Selamat mencuba!!



Resepi Kek Marble
Adunan Marble Cake
Kek Marble Cantik

No comments:

PNEUMONIA DAN CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU DENGAN BERKESAN

Paru-paru adalah organ penting untuk fungsi pernafasan manusia. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20 ribu kali dalam sehari dan bekerja...