FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

05 February 2014

TEKNIK TINGKATKAN TRAFIK BLOG

Trafik mencanak. Majoriti blogger inginkan trafik yang tinggi ke blog mereka. Umum mengetahui trafik yang tinggi memberi 1001 kebaikan kepada sesebuah blog, antaranya blog anda mudah dikenali ramai a.k.a famous, mendapat tawaran pengiklanan, menjana pendapatan dan sebagainya. Lihatlah betapa pentingnya trafik kepada blog. Trafik atau pengunjung blog boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing maknanya trafik dengan blog saling bantu membantu. Dalam konsep sains boleh juga diberi gelaran mutualism. Tidak salah menganologikan mutualism dengan blog kerana konsepnya hampir sama dengan dunia blog.

Sebelum itu mutualism bermaksud saling bantu antara satu sama lain atau saling memerlukan antara kedua-dua pihak. Contohnya trafik+blog=blog terkenal. Trafik membantu blog meningkatkan jenama sesebuah blog itu namun disebalik itu juga trafik juga mendapat kelebihan tersendiri iaitu satu info yang baru dari sesebuah blog. Begitu juga dengan blog yang memerlukan trafik kerana tanpa trafik atau pengunjung,blog tidak akan wujud. Oleh itu trafik & blog saling memerlukan antara satu sama lain.

Selesai sudah membincangkan bab trafik tadi dan berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu 4 langkah meninggkatkan trafik. Jadi amat wajar saya membahaskan kepentingan trafik terhadap sesebuah blog pada mukadimah tadi. Trafik nak tinggi tapi mesti ada cara. Tidak semua perkara yang kita ingin perolehi dengan mudah. Walaupun tidak mudah tetapi dengan usaha yang relevan serta istiqamah insya’allah kita akan berjaya melakukan sesuatu perkara. Jadi, jika inginkan trafik , perlukan usaha yang kukuh & konsisten. Bagaimanakah caranya?

************************************************************************************************************

4 LANGKAH UNTUK TINGKATKAN TRAFIK BLOG

Hanya 4 langkah sahaja untuk meningkatkan trafik atau jumlah pengunjung blog anda? Serius-kah? Ya, anda perlukan strategi mudah yang pastinya akan meningkatkan trafik blog anda dan membuat blog anda memecahkan 1,000 pageviews harian. Malah teknik masih boleh digunakan lagi pada blog yang sudah mencapai 1K pageviews harian.Apa yang penting anda perlu mempraktikan 4 langkah ini setiap hari.

LANGKAH PERTAMA : Entri Killer/ Killer Articles 

 

Killer article bukan bermaksud entri  yang memaparkan berita jenayah. Tetapi ini adalah teknik untuk menulis killer article. Kenapa dinamakan killer article? Mudah saja jawapannya, lihatlah setiap pembunuh yang dilakukan mesti mempunyai strategi yang kukuh agar bukti tidak dijumpai sama macam cerita Detective Conan.

Kembali pada subheading iaitu Killer Articles. Anda hendaklah menggunakan kekuatan otak kanan dan kiri semasa menulis sesutu entri. Jika boleh gunalah se-maksimum yang boleh agar idea yang bernas dapat disampaikan dalam entri tersebut. Anda perlu mempunyai matlamat tersendiri contohnya jika anda ingin post entri seminggu sekali, jadi pastikan anda mampu melakukannya. Ini penting bagi pengunjung tidak boring untuk melawat blog anda. Adakah apa yang aku sampaikan ini dipanggil Killer Articles??  Jawapannya tidak, kerana ini hanya asas yang perlu dilakukan sebeum anda menulis Killer Articles.


Idea Untuk Menulis Killer Articles:

  • Kumpulkan semua sumber maklumat yang anda inginkan
  • Membuat tutorial yang berguna kepada orang ramai
  • menyelesaikan sesuatu masalah yang pengunjung selalu cari contoh “masalah entri lambat terindeks oleh enjin carian”.
  • menulis analisis yang mendalam mengenai topik yang mana orang ramai hanya bercakap pandang serius seperti kesan zina.
Percaya atau tidak jika anda mengaplikasinya idea ini semasa menulis entri insya’allah entri anda adalah Killer Articles.

Kesan:

Apabila pengunjung datang ke blog anda dan memjumpai Entri pembunuh anda (Killer Articles), pengunjung tersebut pasti akan memberi tindak balas yang positif terhadap blog anda. Secara tidak langsung mereka akan boorkmark blog anda atau share di laman sosial yang lain. Maka blog anda mudah dikenali ramai dan trafik akan terus meningkat. Itulah kehebatan menggunakan idea Killer Articles. 

Social
BINA RANGKAIAN


LANGKAH KEDUA: BINA RANGKAIAN

Rangkaian atau jaringan sangat penting terutamanya bagi newbie. Hal ini demikian kerana, blog anda masih segar lagi dan tidak dikenali ramai. Jadi dengan rangkaian ini dapat membantu dalam mempromosikan blog anda. Bagaimanakah cara untuk bina rangkaian?
  • Rajinkan diri dengan komen di blog orang lain
  • Semasa menulis entri digalakkan membuat pautan link ke blogger lain.
  • Berinteraksi dengan empunya blog yang lebih otai melalui emel, IM atau Twitter.
Ingat bahawa matlamat anda adalah untuk membina hubungan yang ikhlas, jadi jangan sesekali berpendapat yang bloger lain itu dapat membantu mempromosi blog anda jika anda tidak membina hubungan dengan ikhlas.
Promosi


LANGKAH KETIGA: PROMOSI BLOG

Langkah pertama tadi adalah Killer Articles. Penat-penat menaip killer Articles jadi anda mesti mempromosinya agar orang lain tahu akan kewujudan Killer Articles itu. Cara-cara mudah untuk mempromosi  blog anda:-
  • Ping Blog Di Laman Social Bookmarking
  • Ping Blog Di Blog Direktori
  • Promosi blog anda di forum tertentu
Sebenarnya masih banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk mempromosikan blog anda. Tahukah anda mempromosi blog boleh menigkatkan lagi peluang untuk entri anda diindeks oleh enjin carian. Jadi tidak sia-sia mempromosi blog.


LANGKAH KEEMPAT: NORMAL ENTRI


Blog tidak boleh hidup dengan Killer Articles saja. Pembaca akan berasa jemu kerana asyik membaca entri yang sama saja.  Oleh yang demikian, anda perlulah memaparkan entri-entri yang lain juga dalam blog anda agar pembaca tidak akan berasa boring. Contohnya isu semasa, fakta menarik atau yang bersesuaian dengan niche blog anda.

Tambahan, anda boleh membahagi hari iaitu seminggu sekali pasti anda akan update Killer Article dan pada hari yang lain anda update la entri apa yang anda gemar. Walaupun Killer article adalah penting untuk mempromosikan blog anda tetapi, perlu diingatkan yang pembaca setiap pengunjung mempunyai cita-rasa yang berlainan. Oleh sebab itu, kepelbagaian kandungan entri sangat penting untuk mengekalkan trafik blog.

Sekian. 
 ******************

1 comment :

Nazri Sudin said...

Terimakasih atas tips yang diberikan, saya baru je belajar buat blog.Umurnya ak sampai sebulan

Share it