Selamat menjemput rezeki.
Permudah urusan orang,
Allah permudah urusan kita.
Rezeki Allah ni dalam pelbagai bentuk. Sihat, udara, makan minum, tempat tinggal, jodoh, anak, negara yang aman, keluarga yg baik, ibu ayah, hikmah, dan macam2 lagi.. baiknya Allah.. bersyukurlah walaupun kecil.
Antara sebab2 rezeki sempit dan sukar nak masuk ;
1. Terlalu berkira nak membantu dalam hal yg baik. Seperti bersihkan surau atau bergotong royong dalam komuniti masyarakat.
2. Selalu berkata tidak cukup itu ini. Padahal boleh je ikhtiar cara lain.
3. Berkira dalam bersedekah
4. Gemar mengungkit pemberian
5. Banyak berbuat maksiat
6. Abaikan isteri, keluarga, ibu ayah
7. Memutuskan silaturrahim
8. Tidak menunaikan zakat
9. Kurang beristighfar, mohon ampun pada DIA
10. Suka marah2
11. Suka bangun lewat, lupa si pemberi rezeki
12. Banyak tidur (buat hati jadi keras)
Allah....banyak perkara yang menghalang rezeki nak masuk kita dah lakukan.
Jom kita berubah agar rezeki kita masuk tak putus2 dan berkah.
AMALAN MENJEMPUT REZEKI
1. Amal makruf nahi mungkar
2. Solat awal waktu
3. Melakukan solat2 sunat (Dhuha, tahajud, taubat, hajat)
4. Sentiasa berzikir,istighfar..
5. Niat yang baik
6. Berbakti kepada ibubapa
7. Selalu bersedekah
8. Menjaga kebersihan
9. Permudahkan urusan org, jangan dipersulitkan
10. Merapatkan silaturrahim
Semoga kita terus istiqomah.
Semoga rezeki kita datang tak putus2.
Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yg baik.
Semoga amalan2 kita diterima olehNYA
Semoga kita diberikan rahmatNYA
Semoga kita sentiasa dilindungiNYA
Semoga kita menjadi insan berguna.
Alhamdulillah
Syukur atas segala nikmat pemberian dari NYA.
#tsunamishaklee #g14
#amalanmenjemputrezeki
Berkongsi tentang bisnes, kekeluargaan dan kesihatan keluarga, pengalaman penyusuan, kehamilan serta berpantang.
05 February 2017
SEBAB-SEBAB REZEKI SEMPIT DAN SUKAR NAK MASUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA
Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....
-
Kena demam campak atau "chicken pox" ketika dewasa ? ohhh tidaakkk!! Macam mana nak hilangkan parut campak kat muka ni?? L...
-
Ada antara kita yang alergik dengan sabun, terutama sabun yang tinggi klorin..bila dipegang tangan rasa panas.. kena pula yang berkulit se...
-
Pengalaman menyusukan anak pasti merupakan satu memori yang indah buat ibu-ibu yang baru melahirkan. Bukan mudah nak menyusukan anak sec...
No comments:
Post a Comment