03 February 2017

PUNCA DAN CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL

Tahniah atas kehamilan anda!

Satu anugerah dan rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Satu cara Allah nak beri pahala kepada wanita. Hamil adalah saat-saat yang dinantikan semua wanita yang bergelar isteri. 😊

Tetapi melalui saat-saat awal kehamilan adalah sangat menguji dan teruji emosi dan psikologi..


Pada trimester pertama kehamilan, pasti ada pelbagai alahan yang datang dan ibu hamil perlu melaluinya.

Antara simptom-simptom dan alahan tersebut adalah :

1. Rasa loya dan muntah
2. Kurang selera makan
3. Pening atau sakit kepala
4. Mudah stress dan mood swing
5. Alah pada bau
6. Alahan kulit
7. Mudah penat dan letih

PUNCA SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL


Biasanya sakit kepala sangat mudah menyerang ketika hamil. Ini biasanya akibat tekanan kerja/ stress. Ye laa kan.. wanita yang bekerja, bangun awal pagi siapkan sarapan untuk suami dan anak, pergi kerja, balik kerja siap masak dan kemas rumah, layan anak, layan suami, harung kesesakan lalulintas buat wanita mudah letih dan stress. Ini mengundang sakit kepala juga.

Selain itu, ia mungkin adalah disebabkan suka minuman coklat dan berkafein. Atau mungkin memang dah ada Migrain sebelum hamil.

Terlalu penat, kurang rehat dan tidur juga adalah salah satu punca sakit kepala. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.

Biasanya sakit kepala terasa di kedua-dua bahagian kepala dan tengkuk.

Buat suami, hargailah isteri  selalu yg sedang mengandung zuriat anda. Bantulah mereka untuk kawal emosi dan juga dalam hal-hal rumahtangga.

Sakit kepala ini biasa terjadi di awal kehamilan sehingga 13 minggu pertama. Ia akan beransur hilang bila masuk trimester kedua jika tiada kaitan dengan tekanan darah tinggi. Hormon semakin seimbang berbanding di awal kehamilan.

Ramai juga dikalangan rakan-rakan Kak U mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil. Ia boleh dikesan ketika menjalani pemeriksaan doktor dan sakit kepala masih tidak sembuh memasuki usia kehamilan  20 minggu ke atas. Masalah ini dikenali sebagai "pregnancy-induced Hypertension" atau tekanan darah tinggi akibat kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini, sila dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor anda.

Jika ibu mengalami MIGRAIN sebelum hamil lagi, biasanya doktor tidak menyarankan ibu mengambil ubat migrain. Berbincanglah dengan doktor dan ambil ubat mengikut dos yang disyorkan sahaja. Panadol juga sebenarnya tidak digalakkan ambil ketika hamil. Beritahu doktor ibu bahawa ibu sedang hamil ketika mendapatkan rawatan di klinik ya!



CARA ATASI SAKIT KEPALA @ MIGRAIN KETIKA HAMIL


1. Elak makanan yang menjadi punca sakit kepala/ migrain seperti minuman bercoklat, kafein, juga elak kandungan garam dan MSG dalam makanan yang tinggi.

2. Tuam kepala dengan tuala suam atau boleh lilit kepala dengan tuala basah.

3. Mandi air panas juga bantu hilangkan sakit kepala.

4. Jangan berlapar. Makan pada kuantiti sedikit tetapi kerap.

5. Banyak minum air masak

6. Rehat dan tidur yang cukup. Tidur ditempat yang gelap dan sunyi sangat membantu menghilangkan sakit kepala.

7. Lakukan regangan dan senaman ringa

8. Boleh juga berurut secara perlahan.

9. Mengaji dan berzikir bantu beri ketenangan dan dapat mengawal emosi dengan baik.
.
.
CADANGAN SET VITAMIN YANG MEMBANTU MENGHILANGKAN MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL



Ini hanyalah cadangan vitamin yang boleh ibu ambil dan selamat untuk ibu hamil serta kandungan dan mengelak ibu dari bergantung kepada ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan negatif kemudian hari.

1. B-Complex lengkap dengan semua vitamin b perlu serta asid folik bagi mengelak kecacatan bayi. B complex bantu legakan ketegangan saraf, mengawal emosi, menjana tenaga dan juga menstabilkan tekanan darah.

2. PAPPERMINT GINGER PLUS bantu menghilangkan rasa loya, sebu dan elak muntah-muntah. PGP juga bantu tingkatkan imun badan ketika hamil

3. Ostematrix Shaklee adalah kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D3. Ia bantu melegakan kekejangan otot dan saraf,sakit kepala/migrain, memberikan tidur yg lena dan berkualiti serta bantu menstabilkan tekanan darah juga.

Psstt..ostematrix shaklee offer sepanjang bulan Februari ni tau! Rembat sekarang boleh konsisten sehingga bersalin dan menyusu nanti.
*Beli 6 PERCUMA 1 @ BELI 2 DPAT 5% DISKAUN


SET VITAMIN HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL

Saya suka minum kopi dan minuman bercoklat. Bagaimana nak elak?

Haa.. ni kak U syorkan boleh ambil Cinch Energy Tea Mix.

Cinch tea takda kafein. Dan ia selamat untuk ibu dan bayi. Cinch tea bantu beri tenaga dan tingkatkan metabolisme. Bantu kurangkan keletihan dan beri kecergasan badan. Jangan minum larut malam ye, mau tak tidur nanti.😂😂

Tapi cinch tea ni memang best! Badan cergas je. Tak lemau. Boleh bancuh panas atau sejuk. Boleh minum plain atau campur dengan madu dan lemon. Best!


Nak order SET VITAMIN HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL?

Whatapp 0162853148 ya
Nor Fahidayu Masran
Pengedar Shaklee Sentul
Pengeposan seluruh Malaysia.


No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....