16 April 2015

Rahsia Kecantikkan Wanita Korea Yang Tidak Kita Ketahui

Setiap negara punya pesona kecantikan masing-masing yang tidak dapat disamakan dengan negara lain. Contohnya wanita Korea selalu terlihat cantik di mata kita. Betul? Kalau tengok kat wall FB tu, hari-hari mesti keluar wajah selebriti Korea kan.. :) Kulit wanita Korea tidak jauh bezanya dengan wanita Jepun. Kulit wajah mereka halus, jernih dan cerah. 
 
Rahsia Kecantikkan Wanita Korea
Rahsia Kecantikkan Wanita Korea
 
Selalu kita dengar, orang-orang Korea dan Jepun ni sinonim dengan pembedahan plastik. Namun tidak semua yang melakukannya. Tahukah anda, wanita Korea amat menitikberatkan perawatan wajah sehari-hari? Sebab itu, banyak keluaran produk kecantikkan datang dari negara Korea dan sangat popular ok! Mereka mencuci wajah dengan air suam, dan membilas dengan air sejuk untuk mengetatkan semula pori-pori kulit.

Faktor lain kecantikan mereka adalah faktor pemakanan. Mereka gemar makan sayur-sayuran dan ikan segar sehingga memberi kesan pada kulit mereka. Orang Korea minum teh hijau satu hingga dua kali sehari. Teh hijau adalah sumber antioksida semulajadi. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat. 

Bermake-up secara natural adalah modal utama wanita Korea, adapun cara bermake-up natural yang sering dilakukan artis-artis Korea adalah seperti berikut:
  • Menyamarkan kulit yang kurang halus.
  • Mengoles bibir dengan warna alami atau natural. Cukup dengan lip balm
  • Mereka cenderung tidak menggunakan banyak eye shadow.
  • Bentuk alis lurus ataupun segitiga
Bukan itu sahaja, malah pada setiap masakan mereka pasti menjadikan bawang putih sebagai rencah utama sebagai penyedap aroma masakan. Mereka juga kerap memakan bawang putih secara mentah sehari-hari untuk menjaga stamina,  makan macam tu je , macam kita buat ulam.  Bukan makan seulas je ye, tapi 2 labu bawang putih dimakan mentah setiap hari. haa.. sanggup??

Seperti yang kita tahu, Bawang putih mempunyai banyak khasiat. Orang-orang Korea dan Jepun jarang terkena sakit kerana bawang putih juga bertindak sebagai antibiotik.


Apa Khasiat Bawang Putih ?

  1. Ia membantu menghalang alergi
  2. Mengawal tekanan darah , bantu turunkan tekanan darah tinggi
  3. Fungsi detoksifikasi serta mengeluarkan raksa dari tubuh dengan cepat
  4. Menurunkan kadar kolestrol dan melindungi jantung
  5. Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

Nak tak dapatkan khasiat bawang putih dengan mudah?

Shaklee ada Garlic Complex. Hanya telan 2 biji sehari sahaja, anda telah dapatkan manfaat bawang putih yang anda inginkan! Boleh juga ditambah di dalam masakan harian anda. senang bukan? 

Untuk yang kerap selsema dan batuk yang teruk, amalkan Garlic Complex 2 biji sehari sebagai sumber antibiotik semulajadi anda. (>‿◠)✌


Manfaat Garlic Complex
Khasiat Garlic
Shaklee Garlic Complex dihasilkan daripada bawang putih premium yang ditanam secara organik di California pada musim panas dan 100% bebas racun perosak.  Tinggi kandungan antioksida , dan digabung dengan 2 ekstrak Rosemary & Spearmint (mengurangkan bau bawang putih yang tidak menyenangkan) serta mengandungi Allisin aktif.

Anda nak kulit cantik macam wanita korea juga? Amalkan Garlic setiap hari sebagai tambahan supplemen harian anda! :)

Pengedar Shaklee Sentul
Pengedar Shaklee Sentul

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....