07 February 2017

7 CARA HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT SECARA SEMULAJADI

7 CARA HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT SECARA SEMULAJADI
Uhhh....jerawat dan parut memanglah musuh utama tak kira lelaki ke wanita. Habis muka cantik macho rosak sebab jerawat dan parut tu...

Kak U juga punya masalah yang sama. Bila timbul jerawat mula rasa down dan kurang confident. Segan pun ye.. kan? Lagi sedih bila jerawat dah sembuh tapi tinggalkan parut hitam atau berlubang pula.. arrgghh!! Stress hokey..

Ok. Kak U nak kongsi cara hilangkan jerawat dan parut secara semulajadi tanpa kosmetik yang memudaratkan. Banyak sangat produk kulit keluar sekarang ni sampai tak tahu nak pilih dan tak tahu yang mana elok atau boleh merosakkan kulit.

Tips ni Kak U share untuk diri Kak U sendiri juga. Ye laa kan.. kadang-kadang kita ni pun lupa selalu..ehehee..


Sebelum tu, kena tahu dulu beberapa faktor punca jerawat timbul ye.

1. Faktor kebersihan - tidak mencuci muka sebelum tidur, selepas keluar rumah/pulang kerja. Bakteria menjadi penyebab timbulnya jerawat.

2. Kulit berminyak menyebabkan pori2 tersumbat

3. Hormon yang tidak seimbang, stress, dan period tidak teratur

4. Suka makanan berminyak dan berlemak serta makanan yang tidak sihat (fastfood, junkfood)

5. Kurang minum air masak

PUNCA JERAWAT DI MUKA

TIPS HINDAR JERAWAT DAN PARUT

Sebelum merawat sebaiknya kita mencegah terlebih dahulu. Antara tips hindar jerawat dan parut adalah :

1. Wajib cuci muka 2 kali sehari samada anda bersolek atau tidak. Boleh juga buat rutin bulanan facial di salon.

2. Masker wajah sekurang2nya 2 kali seminggu

3. Elak guna jari untuk memicit jerata kerana bakteria dari kuku boleh buat jerawat makin meradang dan meninggalkan parut hitam

4. Hindari solekan berlebihan. Pilih solekan yang lebih nipis dan natural.

5. Rajin berolahraga bantu menyingkirkan toksin

6. Makan makanan yang lebih sihat. Lebihkan sayur dan buah-buahan.

7. Banyak minum air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau 8 gelas sehari

Letak Ais seluruh wajah selepas cuci muka bantu menutup kembali liang2 pori yang terbuka, elak jerawat tumbuh
7 Cara Hilangkan Jerawat dan Parut Secara Semulajadi


Boleh cuba cara- cara ini

1. Buat rawatan wajah sebulan sekali di salon perawat wajah. Ini bagi yang ada lebihan bajetlah ye.. Pastikan pilih produk yg betul

2. Rajin bermasker seminggu dua atau tiga kali. Pelbagai resepi masker nak hilangkan jerawat boleh dicari guna google. 

- masker putih telur
- masker lemon (matikan jerawat)
- masker timun (bantu kurangkan masalah kulit berminyak

3. Letak ubat gigi pada jerawat bantu jerawat cepat kecut

4. Ambil getah bawang putih dan sapu pada jerawat juga bantu mengecutkan jerawat

5. Cuci muka 2x sehari, bila dgn air suam dan di akhiri dgn air sejuk. Ini bagi menutup kembali liang2 pori yg terbuka

6. Bagi yg ada masalah jerawat kerana resdung, boleh ramas asam jawa dan campurkan dgn air panas. Wapkan ke muka.. buat hari2 dalam masa seminggu. Konsisten buat. InsyaAllah masalah jerawat resdung akan hilang.

7. Detox dalaman terlebih dahulu. Pastikan punca jerawat samada sebab hormon tidak stabil, stress, pemakanan tidak sihat atau resdung.

Ambil supplemen untuk dalaman untuk bersihkan darah, cuci usus, repair sel, kawal keseimbangan hormon.

Boleh cuba shaklee



PRODUK CANTIK SIHAT LUAR DALAM SHAKLEE BANTU HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT

SET KULIT CANTIK LUAR DALAM SHAKLEE BANTU HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT
Set shaklee ini bantu hilangkan jerawat dan parut secara semulajadi. Lihat fungsinya :


Set Cantik Dalaman

1. Esp - Bantu memperbaharui sel dan gantikan sel baru, menganjalkan kulit, memudarkan parut serta regangan.

2. Vitamin C - bantu kecutkan jerawat, mencerah kulit,meningkatkan imun, antioksida bantu singkirkan toksin dlm badan.

3. Shaklee Collagen Powder - kolagen shaklee Bantu bekalkan kolagen pada tubuh,menganjalkan kulit, memudarkan parut, mengecilkan pori, dan mencantikkan kulit. Sgt best kolagen shaklee ni!!

4. Vivix - tonik anti penuaan, tinggi antioksidan dan resveratrol yg terbukti mampu memanjangkan telomere, menyingkirkan toksin dalam darah, memperbaiki sel hingga tahap DNA dan bagus untuk detox seluruh badan. Vivix si tonika ajaib ni sentiasa menjadi pilihan ramai..


Set Penjagaan Asas Kulit Luaran

1. Pencuci muka facial foaming Wash Nutriwhite - membersih hingga ke liang2 pori, mencerah serta menyekatakan ton kulit wajah. Menghilangkan blackhead whitehead dari wajah.

2. Soothing Toner - membersihkan serta menutup liang2 pori terbuka. Mengecutkan jerawat

3. Uv Protection Nutriwhite - bantu melembab dan melindungi kulit dari sinar uv. Mencerah serta menyekatakan tone kulit.


Set2 ini selamat dan semulajadi untuk kesihatan dan kulit wajah dalam jangka panjang.

Nak order?

Whatsapp 0162853148
Nor Fahidayu Masran
Pengedar Shaklee Sentul
Sid : 882771

Pos seluruh Malaysia.

06 February 2017

TIPS DAN CARA KAWAL GULA DALAM DARAH

Ahaaaii.. dah sampai hari Isnin semula. Sudah Lunch?

Pilih makanan yang berkhasiat ye. Minum air suam je. Ambil nasi sepenumbuk, lebihkan sayur dan lauk. Haa.. jangan ambil yg berlemak & berminyak sgt pula tau! Bakar2 pun sedap cicah dgn air asam atau sambal belacan.. nyum nyumm..😂

Ok harini kak U nak share tips dan cara kawal gula dalam badan untuk elak sakit kencing manis atau diabetes. Atau yang memang dah ada rekod diabetes tu, boleh guna tips ni untuk kawal gula dalam darah supaya tak naik selalu.

Bahaya ye kalau paras gula dalam darah kita tinggi. Bila dah tinggi banyak komplikasi pada organ akan berlaku.

Lihat apa kata doktor!!


Haaa.. yang ni pula adalah kesan akibat paras gula dalam darah yang tinggi atau Diabetes dah ada.

Sila dapatkan rawatan dan kawal gula dalam darah dengan baik.

Dah sakit, mahal nak bayar bil hospital. Jadi, sila cegah sebelum paras. Jangan sampai rosakkan organ lain dan terpaksa jalani dialisis pula..


KOMPLIKASI AKIBAT DIABETES YANG PATUT ANDA TAHU
Insulin bantu kawal gula dalam darah. Gula yang berlebihan menyebabkan insulin terpaksa bekerja keras dan lama2 jadi penat

Terdapat dua jenis Diabetes :

    Diabetes jenis pertama (I) : Pankreas, iaitu organ yang menghasilkan insulin (hormon mengawal glukosa) gagal berfungsi.

        Pesakit memerlukan insulin dari luar untuk pengawalan gula dalam darah.


    Diabetes jenis kedua (II) : Badan mengalami kerintangan insulin, iaitu tisu badan kurang sensitif terhadap insulin yang menyebabkan penghasilan insulin berkurangan.


        Pankreas masih menghasilkan insulin, tetapi perlu dikawal pengambilan makanan, berat badan, senaman, dan pengambilan ubatan.


TIPS DAN CARA KAWAL GULA DALAM DARAH

1. Lakukan aktiviti sihat secara berkala. Badan sihat, darah juga lancar.

2. Kawal pemakanan. Makan makanan berkhasiat. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Ikut portion makanan yang betul. Lebihkan sayuran dan buah. Kurangkan makanan dan minuman yang manis.

3. Kawal stress. Stress tidak terkawal juga boleh jadi penyebab pelbagai penyakit kronik.

4. Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui tahap kesihatan kita.

5. Ambil supplemen untuk menampung kekurangan nutrisi tubuh.


Antara cadangan vitamin untuk kawal gula dalam darah adalah :

Set Asas Bajet Kawal Gula dalam darah.

1. Esp - minuman soya non GMO yang rendah index glisemik bantu bekalkan tenaga dan kawal dari makan banyak. Beri rasa kenyang yang lama dan bantu perbaharui sel.

2. Gla Complex - bantu menyeimbangkan hormon, kawal gula dan lancarkan perjalanan darah serta bantu hilangkan rasa kebas-kebas.

3. Vitalea - adalah sumber multivitamin yang lengkap dgn vitamin dan mineral perlu utk tubuh. Bantu menampung kekurangan nutrisi badan dan beri tenaga agar tak cepat penat dan lesu.

4. Vivix shaklee - Kaya dengan antioksida yg tinggi dan reseveratrol bantu mengawal kerintangan insulin tubuh. Vivix juga bantu perbaiki sel yang rosak hingga ke tahap DNA.


VITAMIN SHAKLEE UNTUK KAWAL GULA DAN DIABETES



Testimoni


Ingin dapatkan vitamin shaklee untuk kawal gula dalam darah dan diabetes?

Hubungi Kak U segera!

Whatsapp 0162853148
Pengedar Shaklee Sentul
@ayu_jual_vitamin
SID 882711


05 February 2017

SEBAB-SEBAB REZEKI SEMPIT DAN SUKAR NAK MASUK

KENAPA REZEKI SEMPIT DAN SUKAR NAK MASUK

Selamat menjemput rezeki.

Permudah urusan orang,
Allah permudah urusan kita.

Rezeki Allah ni dalam pelbagai bentuk. Sihat, udara, makan minum, tempat tinggal, jodoh, anak, negara yang aman, keluarga yg baik, ibu ayah, hikmah, dan macam2 lagi.. baiknya Allah.. bersyukurlah walaupun kecil.

Antara sebab2 rezeki sempit dan sukar nak masuk ;

1. Terlalu berkira nak membantu dalam hal yg baik. Seperti bersihkan surau atau bergotong royong dalam komuniti masyarakat.

2. Selalu berkata tidak cukup itu ini. Padahal boleh je ikhtiar cara lain.

3. Berkira dalam bersedekah

4. Gemar mengungkit pemberian

5. Banyak berbuat maksiat

6. Abaikan isteri, keluarga, ibu ayah

7. Memutuskan silaturrahim

8. Tidak menunaikan zakat

9. Kurang beristighfar, mohon ampun pada DIA

10. Suka marah2

11. Suka bangun lewat, lupa si pemberi rezeki

12. Banyak tidur (buat hati jadi keras)

Allah....banyak perkara yang menghalang rezeki nak masuk kita dah lakukan.

Jom kita berubah agar rezeki kita masuk tak putus2 dan berkah.

AMALAN MENJEMPUT REZEKI

1. Amal makruf nahi mungkar
2. Solat awal waktu
3. Melakukan solat2 sunat (Dhuha, tahajud, taubat, hajat)
4. Sentiasa berzikir,istighfar..
5. Niat yang baik
6. Berbakti kepada ibubapa
7. Selalu bersedekah
8. Menjaga kebersihan
9. Permudahkan urusan org, jangan dipersulitkan
10. Merapatkan silaturrahim

Semoga kita terus istiqomah.
Semoga rezeki kita datang tak putus2.
Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yg baik.
Semoga amalan2 kita diterima olehNYA
Semoga kita diberikan rahmatNYA
Semoga kita sentiasa dilindungiNYA
Semoga kita menjadi insan berguna.

Alhamdulillah
Syukur atas segala nikmat pemberian dari NYA.

#tsunamishaklee #g14
#amalanmenjemputrezeki


KENAPA REZEKI TAK MURAH?


04 February 2017

CARA TINGKATKAN KUALITI DAN KESUBURAN AIR MANI

Cara Tingkatkan Kualiti dan Kesuburan Air Mani

Post ini khas untuk lelaki dan pasangan yang :

1. Nak tingkatkan kesuburan dan cepat hamil selepas berkahwin, ala-ala bunting pelamin gitu..

2. Nak anak selepas lama berkahwin

3. Nak tambah zuriat lagi.

Haaa... ni Kak U share sikit ye.

Ramai juga kawan-kawan Kak U yang sudah berkahwin tapi belum ada rezeki hamil.
Kalau agak-agak dah lebih 3 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak, sila dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar ye.

Suami isteri perlu rawatan. Jangan disalahkan sebelah pihak sahaja. Yang lelaki turunkan sedikit ego tu. Tak bawa ke mana pun ego tu ye.

Antara makanan yang boleh tingkatkan kesuburan air mani adalah :

1. Madu Asli

2. Telur Ayam Kampung

3. Buah Badam

4. Kekacang dan juga makanan yang tinggi kandungan zink.

PERKARA PERLU ELAK YANG BOLEH MENGURANGKAN KESUBURAN :

1. Jangan pakai seluar dalam atau seluar jeans yang ketat. Pakailah boxer atau kain pelekat sahaja. Lebih bebas dan punya pengudaraan yang baik.

2. Elak pendedahan terhadap radikal bebas dan bahan kimia seperti racun serangga kerana ia menggangu penghasilan sperma yang berkualiti dan menjadikan sperma tidak subur.

3. Elak suhu terlalu panas, bersauna atau mandi air panas terlalu lama kerana boleh mematikan sperma. Juga elakkan penggunaan lektop do atas riba.

CARA TINGKATKAN KUALITI DAN KESUBURAN AIR MANI.

Haaa.. yang ni di tunggu-tunggu kan? Tak nak panjang cerita, jom teruskan membaca ye. 😊

Saiz dan bentuk sperma Normal dan Tidak Normal berkait dengan kesuburan air mani

Untuk tingkatkan kesuburan air mani, boleh ikut tips-tips seperti berikut :

1. Amalkan pemakanan sihat - ambil makanan tinggi antioksida (A, C, E, COenzyme Q10)yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Antara makanan yang tinggi antioksida adalah buah2an, sayuran, bijirin, protin dalam daging putih (ayam,ikan, makanan laut dan tenusu)

2. Ambil supplemen iaitu vitamin E, Omega, Zink, selenium dan asid folik yang mana ia sangat membantu menyuburkan air mani.



3. Elak makanan pembunuh sperma iaitu alkohol, daging merah yang banyak serta merokok kerana ia mengganggu kesuburan air mani anda.

4. Amalkan gaya hidup sihat dengan hentikan tabiat merokok (tiada manfaat serta memudaratkan kesihatan),

5. Kawal stress - Stress melampau akan mengganggu keseimbangan hormon dan ganggu penghasilan sperma yang baik.

6. Dapatkan berat badan ideal - elak terlalu kurus atau obes kerana ia boleh menyebabkan penghasilan sperma yang rendah serta cacat.

7. Elak ketagihan DADAH yang mana ia sangat tidak berfaedah, mematikan saraf, sperma serta mengecutkan kilang sperma.

8. Kurangkan dan kawal pengambilan kafein harian.

9. Jumpa dan dapatkan nasihat doktor pakar anda!

Biasa Kak U dengan orang lelaki ni tak suka telan banyak banyak vitamin kan.

Tak apa. Ada alternatif mudah. 😊

~~Anda juga boleh ambil Vivix Shaklee yang sangat membantu menyingkirkan radikal bebas serta bantu memperbaiki sel2 yang rosak sehingga tahap DNA.

VIVIX SHAKLEE terbukti berkesan, tinggi antioksida serta kaya dengan resveratrol.

Testimoni Vivix Shaklee Bantu Pasangan ini hamil setelah 10 tahun menanti kehadiran zuriat baru mereka.

Testimoni Vivix Shaklee Bantu Pasangan Nak Tambah Zuriat

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 3 : DAUD MOHAMAD
.

[PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR]
.

Assalamualaikum.

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.
.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?
.

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.
.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.
.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.
.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.
.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.
.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.

::En.Daud Mohamad::

Nak cuba vivix si tonik ajaib atau SET KESUBURAN LELAKI?

WA 0162853148
Nor Fahidayu Masran


Fungsi resveratrol menyuburkan sperma


03 February 2017

PASAR MALAM SENTUL TEMPAT SINGGAH CARI MAKAN

Malam ini, hari Jumaat adalah malam Pasar Malam bagi warga Sentul, Kuala Lumpur.

~hee... Kak U suka singgah pasar malam bila malas masak untuk makan malam..😂😂

Korang suka pergi pasar malam?

Ehee.. kalau singgah pasar malam mesti habis dalam Rm30.00 untuk beli makanan je..

Tapi tak boleh singgah selalu atau tiap-tiap minggu.. bankrap mokcik..😂😂

Korang suka beli apa?

Kak U biasanya suka beli buah-buah, jagung rebus @ bakar, char kuew tiaw dan bihun sup.

Selalu itulah yang jadi pilihan. Dah pernah beli char kuew tiaow tempat lain, tak sama dan tak sesedap yang pasar malam sentul punya. Hihii.. untung abang tu dapat publisiti dari Kak U free jer..eheee..

Bihun sup dari seorang makcik dan pak aji pasar malam Sentul pun sedap. Memang jadi pilihan kalau rasa nak makan sup ni. Tambah dengan bergedil.. ada juga usus, pedal dan dalaman ayam. Orang yang suka je akan minta tambahan tu. Kak U tak suka.. so Kak U minta bergedil sahaja. Bergedil dia pun cepat sangat habis. Sekarang Kak U tengok,makcik pakcik tu macam dah serahkan gerai pada anaknya. Tapi rasa bihun tu memang tak lari. Masih sedap.!

Oklah..

Meh jamu mata hasil pancing di pasar malam Sentul tadi.. 😉


BIHUN SUP LETAK BERGEDIL
Char Keow Tiaw Sedap!


CARA ELAK DAN RAWAT RUAM SUSU DAN LAMPIN PADA BAYI

Kak U tengok ramai baby ibu menyusu  hadapi masalah kulit bayi sensitif, ekzema dan kena ruam susu dan ruam lampin. Ini perkara biasa dan normal jika tidak teruk sebab kulit bayi adalah nipis dan sangat sensitif.


Ramai ibu-ibu muda beranak kecil bertanya sana sini, bagaimana nak hilangkan masalah ruam anak mereka. Ada yang dah cuba pelbagai jenis krim, ada yang pergi ke pelbagai klinik, duit pun dah banyak habis untuk berubat tapi masalah anak tak hilang malah ada yang makin teruk jadinya.

Kesian Kak U tengok ibu-ibu ni.. apa tidaknya, Kak U sendiri pernah laluinya dan tahan telinga je bila orang tanya kenapa dengan pipi anak tu? Macam-macamlah krim yang dorang suruh guna.

Ni Kak U nak kongsi. Sebab baby Kak U dulu pun teruk juga kena ekzema atopik @ ruam susu di muka. Ambil masa kulit baby nak pulih dan cantik balik.


CARA ELAK DAN RAWAT RUAM SUSU DAN RUAM LAMPIN BAYI



CARA ELAK DAN RAWAT RUAM SUSU DAN RUAM LAMPIN PADA BAYI

Apa Kak U buat?

1. Kerap bersihkan pipi baby dengan air suam dan tuala bersih.

2. Elak penggunaan sabun basuh baju biasa. Guna yang mesra kulit bayi dan kulit sensitif. Pilih yang tiada bahan kimia berbahaya. Kak U pilih sabun FRESH LAUNDRY DARI SHAKLEE. Baju pun fresh tak berbau hapak jika terlupa sidai atau cuaca lembab.


3. Elak guna sabun mandi biasa. Kak U pilih yang natural/bebas bahan kimia berbahay juga macam Tropika herb tu.. masa kulit baby kena kulit berkerak pun guna syampu tropika tu. Mahal sikit tapi berkesan. Produk natural mmg sedikit mahal ye. Tapi utk baby Kak U relakan..


4. Kalau baby kena ruam lampin, elak sabun2 biasa. Pilih yg natural juga. Keringkan kulit baby sebelum pakai pamper. Pakai cloth diapers pun bagus. Jangan guna krim2 yg mengandungi steroid/paraben. Kak U guna Herbal Blend Shaklee je.. mana2 kena ruam Kak u sapu. Gigit serangga pun kak U sapu herbal blend juga. Tak payan banyak2 krim. Cukup satu tiub herbal blend di bawa kemana2. Boleh juga sapu tepung ubi.


HERBAL BLEND KRIM SERBAGUNA UNTIK SEISI KELUARGA
Herbal Blend bantu Rawat Masalah Kulit Bayi
Herbal Blend Shaklee juga sesuai untuk Masalah Kulit Kasar
Set Cadangan untuk masalah kulit bayi dan ekzema
Testimoni Herbal Blend Rawat Ruam Susu Bayi


Jika bayi ibu masih menyusu badan, ibu juga perlu elak makanan gatal, penyebab ekzema dan tingkatkan imun. Antara produk cadangan utk ibu menyusu yang hadapi masalah bayi ekzema atau ruam susu/lampin boleh ambil Vitamin C, Omega Guard dan Esp Shaklee. Ia juga bantu boost susu ibu juga tau!. Zat2 vitamin juga akan mengalir dalam susu ibu terus.kepada bayi ibu. 😊

Ok. Itu je tips dari Kak U. Kalau ada yang nak tambah silakan dikomen.

Kita share sama2 dengan ibu2 lain juga.

Semoga bermanfaat.

Nak dapatkan produk mesra baby dan kulit

Boleh WA kak U ye
0162853148 😊
Pengedar Shaklee Sentul
@ayu_jual_vitamin


PUNCA DAN CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL

Tahniah atas kehamilan anda!

Satu anugerah dan rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Satu cara Allah nak beri pahala kepada wanita. Hamil adalah saat-saat yang dinantikan semua wanita yang bergelar isteri. 😊

Tetapi melalui saat-saat awal kehamilan adalah sangat menguji dan teruji emosi dan psikologi..


Pada trimester pertama kehamilan, pasti ada pelbagai alahan yang datang dan ibu hamil perlu melaluinya.

Antara simptom-simptom dan alahan tersebut adalah :

1. Rasa loya dan muntah
2. Kurang selera makan
3. Pening atau sakit kepala
4. Mudah stress dan mood swing
5. Alah pada bau
6. Alahan kulit
7. Mudah penat dan letih

PUNCA SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL


Biasanya sakit kepala sangat mudah menyerang ketika hamil. Ini biasanya akibat tekanan kerja/ stress. Ye laa kan.. wanita yang bekerja, bangun awal pagi siapkan sarapan untuk suami dan anak, pergi kerja, balik kerja siap masak dan kemas rumah, layan anak, layan suami, harung kesesakan lalulintas buat wanita mudah letih dan stress. Ini mengundang sakit kepala juga.

Selain itu, ia mungkin adalah disebabkan suka minuman coklat dan berkafein. Atau mungkin memang dah ada Migrain sebelum hamil.

Terlalu penat, kurang rehat dan tidur juga adalah salah satu punca sakit kepala. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.

Biasanya sakit kepala terasa di kedua-dua bahagian kepala dan tengkuk.

Buat suami, hargailah isteri  selalu yg sedang mengandung zuriat anda. Bantulah mereka untuk kawal emosi dan juga dalam hal-hal rumahtangga.

Sakit kepala ini biasa terjadi di awal kehamilan sehingga 13 minggu pertama. Ia akan beransur hilang bila masuk trimester kedua jika tiada kaitan dengan tekanan darah tinggi. Hormon semakin seimbang berbanding di awal kehamilan.

Ramai juga dikalangan rakan-rakan Kak U mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil. Ia boleh dikesan ketika menjalani pemeriksaan doktor dan sakit kepala masih tidak sembuh memasuki usia kehamilan  20 minggu ke atas. Masalah ini dikenali sebagai "pregnancy-induced Hypertension" atau tekanan darah tinggi akibat kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini, sila dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor anda.

Jika ibu mengalami MIGRAIN sebelum hamil lagi, biasanya doktor tidak menyarankan ibu mengambil ubat migrain. Berbincanglah dengan doktor dan ambil ubat mengikut dos yang disyorkan sahaja. Panadol juga sebenarnya tidak digalakkan ambil ketika hamil. Beritahu doktor ibu bahawa ibu sedang hamil ketika mendapatkan rawatan di klinik ya!



CARA ATASI SAKIT KEPALA @ MIGRAIN KETIKA HAMIL


1. Elak makanan yang menjadi punca sakit kepala/ migrain seperti minuman bercoklat, kafein, juga elak kandungan garam dan MSG dalam makanan yang tinggi.

2. Tuam kepala dengan tuala suam atau boleh lilit kepala dengan tuala basah.

3. Mandi air panas juga bantu hilangkan sakit kepala.

4. Jangan berlapar. Makan pada kuantiti sedikit tetapi kerap.

5. Banyak minum air masak

6. Rehat dan tidur yang cukup. Tidur ditempat yang gelap dan sunyi sangat membantu menghilangkan sakit kepala.

7. Lakukan regangan dan senaman ringa

8. Boleh juga berurut secara perlahan.

9. Mengaji dan berzikir bantu beri ketenangan dan dapat mengawal emosi dengan baik.
.
.
CADANGAN SET VITAMIN YANG MEMBANTU MENGHILANGKAN MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL



Ini hanyalah cadangan vitamin yang boleh ibu ambil dan selamat untuk ibu hamil serta kandungan dan mengelak ibu dari bergantung kepada ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan negatif kemudian hari.

1. B-Complex lengkap dengan semua vitamin b perlu serta asid folik bagi mengelak kecacatan bayi. B complex bantu legakan ketegangan saraf, mengawal emosi, menjana tenaga dan juga menstabilkan tekanan darah.

2. PAPPERMINT GINGER PLUS bantu menghilangkan rasa loya, sebu dan elak muntah-muntah. PGP juga bantu tingkatkan imun badan ketika hamil

3. Ostematrix Shaklee adalah kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D3. Ia bantu melegakan kekejangan otot dan saraf,sakit kepala/migrain, memberikan tidur yg lena dan berkualiti serta bantu menstabilkan tekanan darah juga.

Psstt..ostematrix shaklee offer sepanjang bulan Februari ni tau! Rembat sekarang boleh konsisten sehingga bersalin dan menyusu nanti.
*Beli 6 PERCUMA 1 @ BELI 2 DPAT 5% DISKAUN


SET VITAMIN HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL

Saya suka minum kopi dan minuman bercoklat. Bagaimana nak elak?

Haa.. ni kak U syorkan boleh ambil Cinch Energy Tea Mix.

Cinch tea takda kafein. Dan ia selamat untuk ibu dan bayi. Cinch tea bantu beri tenaga dan tingkatkan metabolisme. Bantu kurangkan keletihan dan beri kecergasan badan. Jangan minum larut malam ye, mau tak tidur nanti.😂😂

Tapi cinch tea ni memang best! Badan cergas je. Tak lemau. Boleh bancuh panas atau sejuk. Boleh minum plain atau campur dengan madu dan lemon. Best!


Nak order SET VITAMIN HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL?

Whatapp 0162853148 ya
Nor Fahidayu Masran
Pengedar Shaklee Sentul
Pengeposan seluruh Malaysia.


TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....