27 August 2013

KETAHUI WAKTU SUBUR WANITA DAN VITAMIN SHAKLEE NAK CEPAT HAMIL

Adalah normal bagi setiap pasangan yang berkahwin, nak cepat hamil. Tetapi ramai juga yang tidak tahu waktu subur  yang sesuai untuk  persenyawaan berlaku dan ini menyebabkan ramai yang kecewa dan mudah putus asa. Bingung nak jawab bila ada saudara2 yang sering brtanya 'bila nak ada anak ni?' kan? Kekadang mereka tidak terfikir untuk menjaga sensitiviti pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Apa-apa pun..kita berusaha sebaik mungkin dan selalulah berdoa setiap kali lepas solat bagi yang beragama Islam. Teruskan meminta dan merayu dengan penuh ikhlas agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mari kita lihat untuk mengetahui waktu subur wanita. Ini penting juga ye untuk para-para suami... haaa..janganlah asyik nak menyalahkan isteri je ok! Lelaki pun perlu jaga kesihatan untuk motadility & kualiti sperma yang kuat... 

CIRI-CIRI WAKTU SUBUR WANITA

Untuk mengetahui waktu subur wanita, ini adalah ciri-cirinya :-
  • Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan kitaran haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 selepas haid pertama. Selain dengan menghitung secara kalendar, masa subur wanita boleh diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan sebab wanita sakit ye, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0.2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  • Cairan Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya iaitu cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada waktu tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. kadang-kadang tidak keluar sama sekali.
  • Berghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih ghairah dari biasanya. Hal ini akan menyebabkan pada wanita ingin selalu melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, gairah meningkat bermakna keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  • Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan ketika tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, masukkan jari anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka anda akan dapat menyentuh bahagian hujung serviks, rasanya seperti bahagian hujung hidung.
  • Payudara tegang. Waktu subur ini hampir sama dengan ketika kehamilan, kerana terlalu  banyak hormon yang berkumpul pada masa ini. Dengan itu, payudara akan terasa lebih tegang dari hari biasanya.
  • Terjadinya Flek. Ketika masa subur biasanya wanita mengalami bercak-bercak darah yang tertinggal di seluar dalam. Ia kerap terjadi ketika waktu subur.
  • Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar anda terasa sempit, meskipun bukan dalam keadaan kenyang atau berat badan naik. Ia terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang menyimpan air dalam kuantiti yang banyak.
  • Menggunakan Alat Test Ovulasi. Alat ujian air kencing OPK ini sama dengan test pack dalam ujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini, maka ketepatan waktu  subur memang tak perlu diragukan. Ia boleh didapati di kedai-kedai farmasi berhampiran anda.
 

CARA MENGIRA WAKTU SUBUR SELEPAS KITARAN HAID


Bagi kitaran haid normal 28, 30hari.. 
contoh kiraan ;

28hr - 14 = +-2 hari bermakna kebarangkalian hari subur anda adalah pada hari ke 12-16hari selepas kitaran haid.

ok, bagi kitaran haid 26 hari. contoh kiraan :
26hari - 14 = +-2 , ini bermakna hari subur anda adalah pada hari ke 10-14 selepas kitaran haid pertama
 
Oleh kerana ovum hanya boleh hidup dalam masa 24jam sahaja, adalah digalakkan melakukan hubungan kelamin dua hari sebelum waktu subur. Ini adalah waktu kritikal kerana ovum sudah menanti di tiub follopio dan bersedia untuk di senyawakan. Jangka hayat sperma di dalam salur follopio adalah 2 hari / 48 jam selepas dilepaskan, tetapi sperma yang kuat dan sihat boleh bertahan sehingga 5 hari di dalam tiub follopio. Dengan sperma yang kuat lagi gagah perkasa, kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi..

Ovum yang tidak disenyawakan dalam masa 24 jam akan mati dan keluar sebagai haid pada kitaran / bulan berikutnya. Sekiranya haid anda tidak sampai, sila buat ujian kehamilan ye.. Kemungkinan anda sedang hamil.

Jadi, bagaimana pula sekiranya haid anda tidak regular atau normal?

Untuk itu, anda perlu perbetulkan kitaran haid dan hormon terlebih dahulu. 

PENYEBAB SUKAR NAK HAMIL

ANTARANYA ADALAH : 

Masalah senggugut, keputihan, kegemukan, terlalu kurus dan PCOS juga penyebab anda sukar nak hamil. Atasi masalah-masalah ini terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana produk untuk kehamilan ye. Rugi nanti beli mahal-mahal tapi tak de kesan kan. Lepas tu adalah yang mula tak puashati dengan penjual.. So, sila dapatkan nasihat dan konsultasi dahulu ok!

******************************************************************************************************

CADANGAN SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI DAN NAK HAMIL CEPAT


Option 1 :
Bagi yang tiada masalah bajet dan masalah kewanitaan boleh disarankan untuk ambil set basic + kesuburan

Vitalea - multivitamin lengkap dgn zat besi. Mengandungi mangan dan magnesium untuk ereksi lelaki. Vitamin A yang terkandung dalam Vitalea membantu kesuburan untuk wanita

B-complex - mengandungi semua vitamin B dan asid folik bagi persediaan untuk hamil dan mencegah kecacatan spina bifida. Memberi tenaga dan mengurangkan kecacatan kromoson pada sperma

VITAMIN C - antioksida yang membantu melindungi sperma bagi menghasilkan sel yang sihat. Meningkatkan imun tubuh

Zink Complex - Penting untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma yang sihat dan kuat. Ia juga bertindak melindungi sperma dan mengelakkan bakteria di dalam vagina.

Vitamin E - Antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada sel sperma. Membantu melicinkan perjalanan sperma bergerak kepada sel telur dengan tepat. Meningkatkan kemampuan seksualiti dan libido.

Gla Complex - Memperbetulkan kitaran haid dan masalah PMS, senggugut dan mengecutkan fibroid dan cyst. Gla Complex juga membantu meningkatkan lendir kesuburan serviks wanita. Memberi perlindungan kepada sperma untuk bertahan hidup lebih lama sehingga 5 hari di dalam tiub follopio. Kebarangkalian untuk persenyawaan adalah tinggi 
CARA CEPAT HAMIL DENGAN GLA COMPLEX

Alfalfa - Memperbaiki masalah keputihan, membuang toksin, dan melancarkan perjalanan darah. Bertindak mengalahkan kacip fatimah. :) 

ESP - Menguatkan rahim bagi yang mudah gugur. Protin penting membantu kesuburan sperma dan ovum. Protin adalah makanan pada sel tubuh. 

Option 2 :
bagi yang tiada bajet anda disarankan ambil vitamin yang penting iaitu (suami) Zink Complex dan Vitamin E, (isteri) Gla Complex & B Complex

Option 3 : 
bagi wanita yang punya masalah keputihan, anda disarankan untuk ambil Alfalfa Complex

bagi yang ada PCOS dan masalah berat badan, sila turunkan berat badan ideal dahulu

bagi wanita yang punya masalah senggugut pula, disarankan untuk ambil GLA bersama Ostematrix Shaklee

bagi wanita yang kerap keguguran boleh ambil ESP dan B-Complex

*psst..vitamin ni bukan untuk subur je tau..tapi lebih dari itu..kulit lebih cantik dan licin u...(^_*)v**

*selain dari berikhtiar dengan pengambila vitamin, anda juga harus menjaga pemakanan, makan makanan berkhasiat, elakkan makanan rapu,junk/fast food, ambil lebih sayur dan buah2an, hindarkan merokok, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat ok! Berdoa dan selepas berusaha kita bertawakal. Allah perancang terbaik buat kita semua..


ok. ada masalah lain? Jangan segan2 untuk terus hubungi saya ye.


your lovely ,
Shaklee Indipendent Distributor
Nor Fahidayu Masran
ID : 882771
HP -->> 0162853148





 

Oleh kerana ovum hanya boleh hidup dalam tempoh 24 jam.. Sangat kritikal menjelang waktu subur ini, sperma sudah berada di dalam tiub fallopio & bersedia untuk persenyawaan atau hubungan seks dilakukan dilakukan dalam tempoh ini.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/07/kenali-tanda-subur-dan-cara-kiraan-waktu-subur-untuk-hamil-vitamin-shaklee.html
Oleh kerana ovum hanya boleh hidup dalam tempoh 24 jam.. Sangat kritikal menjelang waktu subur ini, sperma sudah berada di dalam tiub fallopio & bersedia untuk persenyawaan atau hubungan seks dilakukan dilakukan dalam tempoh ini.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/07/kenali-tanda-subur-dan-cara-kiraan-waktu-subur-untuk-hamil-vitamin-shaklee.html

1 comment:

Shaiful Omar said...

tertarik dengan point ketika keghairahan sedang tinggi. peh.. tak leh bayangkan camana keadaan sang isteri ketika itu. Mesti sang suami dah praktikkan macam-macam teknik sebab bukan senang kot! haha

anyway, tq for the info :)

tips mudah hamil untuk suami isteri

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....