03 December 2014

Bila Suami Hilang Tengah Malam, Apa Nak Buat?

Isteri mana tak curiga bila suami tiada di rumah tengah malam.. Tanda sayang cemburu, marah semua ada...


Apa nak buat bila suami hilang tengah malam?

Isteri sangat memainkan peranan penting dalam hal begini..

1. Bertenang - Isteri seharusnya dapat mengawal diri . Berfikir dan susun satu persatu data yang menunjukkan suami berperangai pelik. Jika tak jumpa, relax, dan bersangka baiklah..Kaji sebaiknya, jangan gopoh, jangan melenting dan buat tuduhan melulu kerana ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

2. Bertanya - Tanya suami ketika keadaan suami tenang dan selesa dengan lembut. Jangan jatuhkan airmuka suami dan tuduhan tidak berasas. Bertanyalah dengan baik bukan seperti seorang polis menyoal penjenayah. Selagi tiada bukit , dia tidak patut dinyatakan bersalah..

3. Berbincanglah dengan harmoni bersama suami. Minta suami bersikap jujur.. Rumuskan dan cari jalan keluar yang terbaik. Jangan biarkan kekusutan tidak terurai...

4. Lihat kekurangan diri (Perbaiki Diri) - Jaga penampilan ketika di rumah bersama suami. Beri sedikit masa untuk diri sendiri walau penat bekerja, memasak, melayan anak. Kemaskan diri ...Kalau dulu hanya berkain batik dan memakai baju t.shirt sahaja tukar style dengan pakai dress ke.. haa,, yang ni boleh minta bajet dari suami , bagitahu untuk dia juga..Rambut sikatlah dengan rapi, berbedak sedikit dan sentiasa berwajah manis di depan suami. Jika dulu suka berleter, tukar cara bercakap..cakaplah dengan nada yang rendah dan lembut.


5. Layan suami dengan baik. Jika suami dah tak suka makan di rumah, tanya dia, apa dia nak makan pada hari tersebut, apa selera dia.. Beri lebih tumpuan pada suami, supaya dia merasa kita mengambil berat tentang dia. Jaga juga kesihatan diri , luar dan dalam. Diri sendiri pasti tahu masalah sendiri kan?


6. Sentiasa berdoa yang baik-baik. Meminta, mengadu hanya pada DIA agar suami menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik buat kita dan keluarga. Ajak suami solat berjemaah bersama..Insya Allah, Allah bantu .



Ok... sedikit tips yang saya ambil dari Majalah Wanita 2012. Semoga bermanfaat buat ister-isteri yang membaca.. Suami kita, syurga kita...

Ke mana sahaja suami pergi, pastikan ia melangkah di atas jalan Allah...

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....