09 December 2014

Menu Berpantang Lepas Bersalin Yang Sedap dan Berkhasiat

Selepas bersalin, selalu terfikir apa menu untuk berpantang kan? Kalau ikut cara orang lama, makanan kering-kering, ikan masin, ikan bilis , air pula segelas je selepas makan..

Huhuhuu... Sekarang ni kita tak boleh ikut cara orang lama walau ia terbukti berkesan untuk menjaga bentuk badan ibu kerana makanan seperti itu tidak mengandungi zat dan badan akan kekurangan air sedangkan selepas bersalin, badan ibu perlukan lebih makanan yang berkhasiat dan air yang banyak bagi membantu proses pemulihan , penyembuhan luka yang cepat dan proses penyusuan bayi yang lancar. Tapi rasanya sekarang ramai yang dah sedar kepentingan pemakanan sihat dan air yang cukup semasa sedang berpantang lepas bersalin..




Ingat ya! Penting untuk ibu mengambil makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan, dan air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari..


Menu Berpantang Selepas Bersalin yang sedap dan berkhasiat
Menu Berpantang Selepas Bersalin


Jom saya kongsikan Menu Berpantang Lepas Bersalin yang sedap dan berkhasiat ! ... :)

** Ibu boleh makan semua jenis ikan berdaging putih..Elakkan ikan yang berdaging hitam dan berbisa. Menu ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan. Pastikan luka pembedahan sentiasa berada dalam keadaaan bersih dan kering.


~IKAN TENGGIRI BAKAR~
======================

Bahan-bahan ( 1/ 2 kali makan )

1 ketul ikan tenggiri-dipotong keping & digaul bersama sedikit serbuk kunyit
5 ulas bawang merah-dimayang halus
3 inci halia-dimayang halus (nak lbh pun ok)
1/2 cawan air asam jawa
sedikit pati ayam (tak letak pun ok tp kena letak garam ckt)

Cara-cara
Ikan tenggiri yg diperap tadi dipanggang @ dibakarPanaskan kuali dan masukkan halia, bawang merah,
air asam jawa & pati ayam/garamMasak hingga pekat dan curahkan atas ikan yg dah siap dipanggang tadi.
Boleh dimakan dengan nasi panas, mmg sesuai untuk wanita sedang berpantang & yg sedang berdiet.


~BILIS MASAK ASAM~
===================

Bahan-bahan ( semangkuk khas untuk ibu )

7 ulas bawang merah (nak lebih pun takpe)
#3 ulas bawang putih (blh juga dilebihkan)
#1 inci/lbh halia
#1/2 cawan ikan bilis halus (yg besar sambal jd kasar-x sedap)
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit pati ayam (saya guna Knorr) *tak letak pun takpe
secekak daun pegaga-dipotong halus2 cawan air saya tak guna garam/gula sbb guna kiub pati ayam.. kalau tak letak kiub tu blh tambah garam ye

Cara-cara:

Bahan-bahan #dimayang halus.

Panaskan kuali & masukkan air bersama pegaga, bawang,halia,serbuk lada hitam dan air asam jawa.

Biarkan mendidih, guna api perlahan je..

Setelah mendidih, masukkan ikan bilis yg dah dibasuh bersih, pati ayam dan serbuk perasa.

Masak sehingga bahan menjadi pekat dan bolehlah dihidangkan, makan ngan nasi panas..

*Sambal ni boleh di masak & disimpan dlm peti ais, bila nak mkn je cuma panaskan, tambahkan air jika dah pekat*

*Sesuai utk yg berpantang sendirian & suami bekerja, ada masa suami blh masakkan & simpan, blh tahan seminggu*


RESEPI SUP IKAN HARUAN
====================

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk[A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

ikan haruan bakar
ikan haruan bakar


Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.

Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.


DAGING BAKAR
===========

Bahan-bahan:

300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara:

Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
Air Assam
4 keping asam gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk sedikit hirisan bawang kecil

.
Cara gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.


~STEAM IKAN~
 ============
 
Bahannya:

Ikan2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

.
Caranya:

1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
.

2. Steam sampai ikan masak.


Jenis Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:


1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

 Adalah penting untuk ibu-ibu berpantang mengambil buah dan sayur-sayuran yang cukup. Buah yang kaya dengan vitamin c bantu sembuhkan luka dengan cepat. Sayur pula mengandungi zat besi untuk bantu tambah darah ibu lepas bersalin..


--->> "Set Bersalin Moden"  <<-- bantu tambah kekurangan nutrisi semasa sedang berpantang




Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....