10 May 2017

PUDING ROTI BERCARAMEL

Resepi Puding Roti Berkaramel ini dia ambil dari Fb Zura Zul yang dikongsikan di dalam group Masak Apa Hari ini (MAHN)

Simpan dalam blog sendiri, nanti boleh cuba. Lagi-lagi nak dekat Ramadhan ni kan, boleh buat sebagai manisan berbuka.

Ok.. cikidot...!!


Puding Roti Berkeramel | Gambar fb Zura Zul

Puding Roti Berkaramel.. Resepi biasa2.. Cuma olah sikit bg lebih sedap & menarik.. 😊

Bahan berkaramel:

2 sudu gula.. Masak dlm loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan.. Jadikan gula hangus.. Tapi jgn hangus sgt.. Gula dh cair.. Ratakan dlm loyang.. Ketepikan

Bahan A:

20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
3/4 cawan gula

👉 Masak agar2 bersama air hingga larut agar2
👉 Kemudian masukkan gula.. Kacau2 rata.. Perlahankan api

Bahan B:

5 keping roti gardenia.. Carik2kan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar tepung kastard** bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan.. Akk guna pewarna ungu, pink & kuning

👉 Blender bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus

👉 Tuang dlm periuk agar2 tadi.. Besarkan api semula.. Kacau2 rata.. Masukkan tepung kastard.. Kacau sebati hingga mendidih.. Tutup api


👉 Ambil 2 cawan agar2 tuang dlm loyang berkaramel tadi.. Biarkan sedikit beku

👉 Lebihan agar2 tadi bahagi kpd 3 bekas sama banyak.. Warnakan ungu, pink & kuning

👉 Tuang agar2 ungu atas agar2 yg sedikit beku perlahan2 hingga habis.. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning

👉 Kena buat dgn cepat ye..tapi cermat..Sbb puding roti ni cepat beku

👉 Kalau rasa dah beku.. Panaskan sekejap atas api perlahan

👉 Tunggu beku/sejuk baru simpan dlm peti sejuk

👉 Selepas 2 jam.. Boleh lah telangkupkan puding tu dlm pinggan/alas yg rata.. Potong ikut suka.. Sedia untuk menikmatinya.. :)


Selamat mencuba!

Lepas makan jangan lupa gosok gigi, telan Lecithin & Alfalfa ya.😉


No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....