Kak U berbesar hati jika kalian yang membaca entry ini dapatlah menyebarkan aktiviti sempena Ramadhan akan datang bagi membantu insan-insan yang kurang berkemampuan.
Projek Ramadhan ini adalah inisiatif dari seorang iReach Leader ( grup shaklee kami )
Sebarkan supaya lebih ramai yang tahu.
SOKONGAN KALIAN AMATLAH DIHARGAI 😊
*****
*Projek Kit Jiwa Ramadan (KJR)*
Kelainannya pada apa yang ada didalam kit ini. Saya lebih mensasarkan bantuan dari sudut peralatan asas ibadah yang mana masih ramai belum cukup mungkin atau tidak mengejutkan jika memang masih belum ada.
Setiap sukarelawan yang akan mengagihkan KJR akan berkongsi sedikit maklumat berkaitan ibadah asas yang wajib bagi setiap muslim selain memberi galakan serta motivasi bagi memperoleh hidup yang lebih berkah dan bahagia.
Dengan sedikit rezeki dan ilmu yang ada, kita gembeleng tenaga, bantu golongan ini seadanya. Biar mereka juga dapat belajar beribadah. Dapat tahu rasanya sujud di atas sejadah. Dapat sama-sama kenal Allah. Dan ramadan adalah semulia-mulia bulan, dan dengan keberkatannya diharap hati-hati mereka dapat di lembutkan agar kembali kenal tuhan.
Mari saya berterus terang. Tempoh masa untuk saya kumpul 1000 KJR ini pendek. Kurang dua minggu dan saya sendiri tidak yakin. Selepas survey dan perbincangan, nilainya sekitar RM40/kit berserta sebuah non woven bag. Mampu atau tidak saya capai target tersebut? Wallahu'alam tapi anda boleh bantu saya, kan?
Setelah 15 Mei nanti, keseluruhan jumlah wang kami akan belikan seberapa banyak KJR yang dapat. Jika ada lebihan, wang itu akan kami berikan sebagai duit raya pada anak-anak yang ada di dalam keluarga (bergantung kepada jumlah baki)
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun *Maybank saya 158060573304 (Salwa Mohd Saleh) dengan reference KJR*
Oh ya, ini kerja individual. Tidak ada resit cukai atau zakat. Beri jika hanya percaya saya. Adakah mesti RM40? Tidak. Seikhlas hati.
Saya doakan anda diberkati.
Berkongsi tentang bisnes, kekeluargaan dan kesihatan keluarga, pengalaman penyusuan, kehamilan serta berpantang.
03 May 2017
SEBARKAN AKTIVITI PROJEK KIT JIWA RAMADHAN (KJR)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA
Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....
-
Kena demam campak atau "chicken pox" ketika dewasa ? ohhh tidaakkk!! Macam mana nak hilangkan parut campak kat muka ni?? L...
-
Ada antara kita yang alergik dengan sabun, terutama sabun yang tinggi klorin..bila dipegang tangan rasa panas.. kena pula yang berkulit se...
-
Pengalaman menyusukan anak pasti merupakan satu memori yang indah buat ibu-ibu yang baru melahirkan. Bukan mudah nak menyusukan anak sec...
No comments:
Post a Comment