FRIENDS

Google+ Badge

Follow My IG

Instagram

03 February 2017

PASAR MALAM SENTUL TEMPAT SINGGAH CARI MAKAN

Malam ini, hari Jumaat adalah malam Pasar Malam bagi warga Sentul, Kuala Lumpur.

~hee... Kak U suka singgah pasar malam bila malas masak untuk makan malam..😂😂

Korang suka pergi pasar malam?

Ehee.. kalau singgah pasar malam mesti habis dalam Rm30.00 untuk beli makanan je..

Tapi tak boleh singgah selalu atau tiap-tiap minggu.. bankrap mokcik..😂😂

Korang suka beli apa?

Kak U biasanya suka beli buah-buah, jagung rebus @ bakar, char kuew tiaw dan bihun sup.

Selalu itulah yang jadi pilihan. Dah pernah beli char kuew tiaow tempat lain, tak sama dan tak sesedap yang pasar malam sentul punya. Hihii.. untung abang tu dapat publisiti dari Kak U free jer..eheee..

Bihun sup dari seorang makcik dan pak aji pasar malam Sentul pun sedap. Memang jadi pilihan kalau rasa nak makan sup ni. Tambah dengan bergedil.. ada juga usus, pedal dan dalaman ayam. Orang yang suka je akan minta tambahan tu. Kak U tak suka.. so Kak U minta bergedil sahaja. Bergedil dia pun cepat sangat habis. Sekarang Kak U tengok,makcik pakcik tu macam dah serahkan gerai pada anaknya. Tapi rasa bihun tu memang tak lari. Masih sedap.!

Oklah..

Meh jamu mata hasil pancing di pasar malam Sentul tadi.. 😉


BIHUN SUP LETAK BERGEDIL
Char Keow Tiaw Sedap!


Share it