Sejarah alfalfa bermula lebih 5000 tahun dahulu di Timur Tengah,
apabila bangsa Arab menggunakan alfalfa untuk makanan kuda mereka.
Mereka mendapati kuda yang diberi makan alfalfa, lebih cergas dan
tangkas. Mereka mula mencuba alfalfa untuk diri sendiri dan mendapati
hasilnya sangat hebat!
Alfalfa yang mula dikenali sebagai ‘al-fash fash’ yang bermaksud
‘bapa segala tumbuhan’ di Timur Tengah, mula diperkenalkan ke seluruh
dunia sebagai sumber nutrien yang hebat. Di Sepanyol, namanya diolah
menjadi ‘alfalfa’ yang kekal hingga hari ini.
Alfalfa dikenali dengan fungsinya yang sangat banyak, dan juga kerana
semua bahagian pokoknya boleh dimakan, dari akar hingga ke pucuk.
Selain dari digunakan sejak ribuan tahun, alfalfa digunakan dalam
perubatan Tradisional Cina, Eropah, homeopati, malah juga dalam kajian
perubatan moden. Dalam penyelidikan “Journal of Nutrition” oleh para
ahli sains di University of California, pada tahun 1984 bahawa Alfalfa
disimpulkan sebagai dapat menggantikan insulin untuk penderita diabetes.
Banyak sangat khasiat alfalfa ni. Apa taknya, ia mengandungi mineral
utama seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kuprun, dan zinc
terkandung di dalamnya. Vitaminnya pula,dari vitamin A, B1, B2, B3, B5,
B6, C, hingga K.
Memang hebat khasiat khazanah alam, alfalfa ni. Anugerah Ilahi untuk kita kecapi. Ia juga sangat bagus untuk suami dan isteri!
No comments:
Post a Comment