05 February 2013

SHAKLEE OMEGA GUARD - MINYAK IKAN PALING TULEN & TERBAIK DI DUNIA

Bismillahhirahmannirahimm..

Assalamualaikum wbt..

Yezza..dah pun masuk bulan baru..bulan kedua 2013.. so, apa yg best bulan ni? ya! Ramai dah tau kot, bln ni Offer Shaklee Omega Guard (minyak ikan terbaik di dunia).

Rasa saya ramai yang dah tahu tentang kebaikan minyak ikan ni.. Terutama bagi ibu bapa yang ada anak2 yg bersekolah..ramai yang tau,minyak ikan ni bagus untuk kesihatan dan otak kanak2.

Meh tengok Kelebihan Shaklee Omega Guard / minyak ikan Shaklee

1) Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Bukan dari hati ikan tetapi Shaklee Omega Guard adalah 3x lebih ketumpatan hati minyak ikan.

2) Minyak ikan paling tulen di dunia ini mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

3) Omega Guard diekstrak menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan propprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan2 berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) - bahan kimia industri yang sangat toksik



MANFAAT UTAMA  :


ü~ Asid lemak omega 3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan badan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan   kelihatan kemerah-merahan

ü~ Mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh yang demikian, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan. Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti , mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengawal risiko penyakit jantung.

ü ~ Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Elzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA

ü~ Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru, memperbaiki masalah alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang

ü~ Menentang kanser – kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

ü~ Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif

ü~ Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. EPA dan DHA punya keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), insomnia, autism, kanak2 hiperaktif dan penyakit schizophrenia


Siape perlukannya?


-     - ibu mengandung
- ibu menyusu
- pesakit sendi
- pesakit jantung/strok/darah tinggi
- kanak2
- pesakit asma
- sesiapa yang inginkan kesihatan yang optimum.

OMEGA GUARD MEMBANTU DALAM :



- merendahkan tahap kolesterol
- merendahkan blood pressure
- meningkatkan IQ dan fokus
- mengurangkan radang paru2
- mengurangkan batuk/selsema
- membakar lemak
- mengurangkan risiko sakit jantung
- mengurangkan radang sendi

 









23 January 2013

HEBATNYA SUSU IBU! SUSU IBU CAIR vs SUSU IBU PEKAT

Adakah benar vitamin itu menambahkan kualiti dan khasiat susu ibu, dan ianya boleh bantu meningkatkan penghasilan susu?


VITAMIN bukanlah sebab utama yang menjadikan susu ibu itu berkualiti dan lebih khasiat.
Kerana sebenarnya susu ibu memang sudah berkualiti dan kaya dengan khasiat. Hebat kan?.
 
Susu ibu mengandungi protien lengkap, vitamin-vitamin, mineral, hormon, growth factor, imuniti, dan pelbagai khasiat yang tidak terdapat dalam susu formula.


Kenapa dikatakan bila ambil vitamin itu susu menjadi lebih berkualiti?


Walaupun saya menjual vitamin, namun disini ingin saya perbetulkan sebenarnya :-

1. Susu ibu nampak cair - tanda susu kurang berkualiti. (oh..tidak!)

Sebenarnya anda SALAH!!. Nilai nutrisi ataupun khasiat susu ibu tetap sama dalam apa jua keadaan.

Bila susu kelihatan cair, bermakna anda mungkin memerah / mengepam dalam cuaca atau keadaan panas. Susu ibu nampak cair kerana ia mengandungi lebih air untuk menghilangkan rasa dahaga anak anda.

2. Susu ibu kelihatan pekat , ini bermakna anda memerah dalam keadaan sejuk seperti waktu hari hujan ataupun dalam bilik ber'aircond'. Susu menjadi lebih pekat kerana nak beri anak anda rasa hangat dan lebih kenyang dikala keadaan sejuk.

Namun, sekiranya anda  mengambil
lebih sumber protien ia juga menyebabkan susu anda kelihatan agak pekat.

Kesimpulannya : khasiat susu ibu samada
cair atau pekat adalah tetap sama. Susu ibu berubah mengikut keadaan dan keperluan bayi dari semasa ke semasa.


Jadi apa perlunya makan vitamin?

Vitamin adalah pelengkap nutrisi yang diperlukan tubuh.


Kenapa ibu menyusu perlukan vitamin?

Ibu menyusu sangat cepat membakar kalori, jadi mudah penat, dan lesu lebih-lebih lagi bila ibu itu seorang yang berkerjaya seperti saya. (pagi2 dah bgn siapkan anak2 sekolah, sarapan, pergi kerja, balik kerja, ambil anak, masak, myusukan anak, layan suami lagi, bgn malam menyusu anak lagi..huhhh..letih bukan?) Disini letaknya keperluan vitamin kepada ibu yang menyusukan.





Fungsi vitamin
adalah lebih untuk memberi tenaga, dimana ia membantu ibu yang menyusukan  rasa lebih bertenaga, cergas dan sihat.
Susu menjadi banyak selepas mengambil vitamin adalah disebabkan oleh sistem badan ibu telah stabil kesan dari pengambilan vitamin. Perjalanan darah menjadi lebih lancar, maka penghasilan susu ibu juga lancar.

Namun, ianya perlu disertai dengan usaha-usaha wajib seperti mengepam dengan konsisten, minum air masak 3 liter, makan dengan seimbang, elakkan stres, dan nikmati saat-saat manis ketika menyusui si comel anda.






Vitamin dari sumber semulajadi adalah vitamin yang mudah diserap oleh tubuh kerana dalam sehari, belum tentu kita dapat memenuhi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi, pandangan saya elakkan mengharap 100% selepas makan vitamin susu akan keluar memancut-mancut jika tiada usaha gigih dari anda sendiri.

ok, smoga penjelasan ini bermanfaat buat anda terutama bagi ibu-ibu muda yg baru memulakan perjalanan breastfeeding ni..

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai penyusuan atau mahu mencuba vitamin, boleh contact saya terus.

Adios..salam kasih sayang..

20 January 2013

[VITAMIN HALAL ] STATUS SHAKLEE, HALAL KE??

Anda musykil dengan vitamin shaklee ? Halal atau tidak? 

Kebelakangan ni timbul isu vitamin shaklee ni halal atau tidak. 

Ini adalah sijil Halal Shaklee yang telah dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.



ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk Distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM
:)
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan:)

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

LEBIH KEBAIKAN LECITHIN, BUKAN SEKADAR TURUNKAN BERAT BADAN

Ramai yang sukakan Lecithin Shaklee untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.  Ramai juga yang tidak tahu bahawa ada banyak lagi fungsi-fungsi utama dan kebaikan Lecithin untuk tubuh kita ni. 
Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..
SOY LECITHIN
LECITHIN
Antara lain kebaikan Lecithin selain berfungsi dalam menurunkan berat badan.. jom baca... 

KEBAIKAN LECITHIN :-

  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak ATAU lebih dikenali untuk memecahkan lemak. Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin mencantikkan otot dan kulit.. ianya membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin menyerap vitamin yang larut lemak bagi fungsi mencairkan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan.
Lihat betapa banyaknya fungsi lecithin kan. Bukan hanya untuk menurunkan berat badan atau membakar lemak sahaja. Disyorkan Lecithin diambil bersama Alfalfa atau Cinch Shake  untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Perbezaan Lecithin Shaklee :
- diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.

dapatkan Lecithin anda yang HALAL, selamat, semulajadi dan pastinya berkesan hanya dari Shaklee.

Di bawah ini adalah bukti Lecithin Shaklee halal.

bukti halal lecithin shaklee

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE SEKITAR BANDAR BARU SENTUL

Assalamualaikum..Selamat pagi smua rakan2 pembaca blog..


Psssttt..buat yang belum tahu lagi..saya adalah pengedar sah Shaklee sekitar Bandar Baru Sentul, Dato Senu dan sekitarnya.. Juga di Ulu Yam Baru dan Batang Kali COD hanya pada hari minggu.. 

Pengeposan melalui Pos Laju seluruh Malaysia. 


Saya juga menyediakan khidmat konsultasi dan tips-tips eksklusif percuma selepas pembelian khas buat pelanggan-pelanggan Shaklee saya yang cun dan cergas! 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Juga pada yang berminat nak menjadi ahli samada untuk kegunaan sendiri atau berbisnes dengan Shaklee. Anda adalah orang terpilih..


Boleh juga guna ID 882771 untuk beli sendiri di cawangan Shaklee berhampiran anda.

Feel free to contact me : 0162853148 -ayu- (call, sms, whatsapp )


KESIHATAN BADAN , KESIHATAN KECANTIKAN , KESIHATAN KEDIAMAN

CAWANGAN SHAKLEE

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.

Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.

Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.

Kota Kinabalu
Lot 7, Tkt Bawah, Lorong Lengkuas,
Wisma Damai, Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu.

09 January 2013

MEAL SHAKES SHAKLEE VITAMIN LENGKAP YANG HEBAT

Meal shakes adalah hidangan lengkap dengan 24 vitamin,mineral dan zat perlu juga asid amino serta nutrisinya mudah diserap oleh tubuh. Diperbuat daripada bahan2 semulajadi dari sumber buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dll. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, bacteriolysin, dan sebagainya.

Meal shakes dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu hamil, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian) , orang sakit, orang sibuk, atau orang yang selalu mengambil makanan segera.


KELEBIHAN MEAL SHAKES SHAKLEE :-

NUTRISI LENGKAP - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. 

MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - kaya dengan protin (tiada laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut. organ, darah dan imun

MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi asid folik dan biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar

ANTI-OKSIDA - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - vitamin B yang lengkap, zat besi, dan cooper yg cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

DETOKSIFIKASI - kaya dengan serat larut

KELAZATAN RASANYA - minuman yang lazat di ambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tiada pewarna dan gula tiruan. Boleh dicampur di dalam susu anak-anak. ^-^
MEAL SHAKES SHAKLEE YANG HEBAT
testimoni Pn.Umi Nad'Rah Ku Ibrahim
Assalammualaikum wrt semua, ingin berkongsi pengalaman sendiri Alhamdulillah masalah anak sy Nafisah xlalu mkn nasi dh berkurangan setelah 2 minggu dia minum Meal Shakes...skrg nafisah dah berselera mkn nasi sy sgt bersyukur...
pengalaman kedua,sy disahkan mengandung dan alah xlalu mkn n vitamin shaklee pun xleh nk telan...tp Alhamdulillah bila sy bancuh meal shakes sy sgt2lah suka keharumannya dan sy sgt bertenaga di tmpt kerja...vitamin mengandung pun lalu mkn...so belilah meal shakes...anda pasti kagum dgn kebaikannya

CINCH SHAKE MIX BANTU JAGA OTOT DAN TURUNKAN BERAT BADAN

Susah hati dengan berat badan naik? Anda berazam ingin turunkan berat badan tanpa berlapar, tanpa diet yg melampau?? Kita ni orang Malaysia kan, mana boleh kalau tak makan nasi sehari.. ye tak? Mak pak kita dah ajar kita makan nasi, dah memang nasi tu makanan ruji kita.. menggigil perut oo tak dapat nasi sehari... Berat badan turun, badan lebih ringan untuk melakukan aktiviti lain, tumit tak sakit, rasa lebih cergas dan tingkatkan keyakinan diri berhadapan dengan orang lain. 

So, vitamin apa yang boleh bantu kita turunkan berat badan dengan selamat dan dapat kekalkan otot kita walaupun kita dah tak berdiet lagi supaya otot kita tidak menggelebir, bila kurus otot pulak melayut.. (macam berat badan yo-yo > berat turun mendadak, pastu naik balik badan tu kalau berhenti berdiet - diet macam ni, kurang selamat sebab berat badan mudah naik semula )  

Shaklee ada Cinch Shake Mix yang kaya dengan protin, vitamin dan leucine. Cinch Shake Mix dengan tiga pilihan perasa kegemaran ramai iaitu coklat, vanilla dan caffe latte,  membantu membakar lemak, menjaga dan mengekalkan otot kita. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lama. Anda boleh makan apa yang anda suka, tapi janganlah sampai tahap 'melantak' tak ingat..huhuu.. Jangan lupa senaman juga, dan makanlah makanan yang seimbang..lebihkan buah2an dan sayur2an dalam diet harian anda


Cinch Shake Mix - Diperkaya dengan 24gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.

Ia sejenis makanan yang kaya dengan protien, dimana makanan yang sangat kaya dengan protien ini boleh menahan kelaparan dan ia boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Ia juga kaya dengan Leucine yang akan memelihara otot sewaktu proses pembakaran lemak . 

Mengandungi indeks glisemik yang rendah, dan sangat sesuai untuk penghidap kencing manis, kerana ia mengekalkan tahap gula dalam darah dan mengekalkan tenaga.

Tinggi kandungan serat, memberikan 35% nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
 

untuk lebih baik lagi, gabungkan bersama Lecithin bagi proses pembakaran lemak dan kolesterol


Apa fungsi Lecithin

Ia berfungsi untuk membakar lemak dalam proses menurunkan berat badan.
Fungsi lain juga ia memecah lemak yang tersumbat dalam salur darah.
Mempercepatkan proses pelangsingan
Mencantikkan otot dan kulit
Memperbaiki allergi
Menghalang tekanan darah tinggi.


dan juga Herb-Lax utk proses Detox toksin dan membersihkan kolon

Herb Lax

Membersihkan saluran usus untuk detoksifikasi.
Mengempiskan perut
Membantu membersihkan najis yang tersekat
Melawan kanser
Mengawal berat badan berlebihan.
Membantu masalah sembelit


HARGA? Harga untuk kesemua set ini tak lebih pun RM 350. Penggunaan selama sebulan. 

Anda berminat? Hubungi saya terus seperti yang tertulis di atas blog ini

Salam kasih sayang..

slimming set shaklee


TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....