24 December 2014

Masalah dan Risiko Ibu Lepas Bersalin Yang Ibu Patut Tahu

Saat yang bahagia dan menggembirakan bila bayi dapat dilahirkan dengan selamat bagi pasangan suami isteri. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir wanita yang mengalami masalah selepas bersalin. Suami juga wajib tahu masalah dan risiko ibu lepas bersalin ye agar dapat mengelakkan risiko-risiko yang lebih besar berlaku pada isteri.




Antara masalah yang akan meningkatkan risiko dikalangan ibu lepas bersalin yang patut ibu tahu adalah :


1.  Sakit dibahagian betis
  • disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam saluran darah
  • Darah beku ini boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru yang mengakibatkan sesak nafas dan kematian (Saya sendiri pernah terbaca kes seperti ini, dimana ibu meninggal selepas 3 hari melahirkan kerana sesak nafas akibat darh beku di paru-paru. Sangat sedih meninggalkan bayi yang baru lahir itu)

2. Tumpah Darah
  • Disebabkan oleh rahim tidak menguncup dengan sempurna atau cebisan uri tertinggal dalam rahim ibu
  • Keadaan ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital
  • Ibu yang kerap hamil berisiko tinggi mengalami tumpah darah

3. Jangkitan Kuman di perinium (kemaluan)
  •  Luka episiotomy akan lambat sembuh
  • Kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing
  • Kuman boleh merebak melalui darah

4. Meroyan
  • Dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin
  • Ibu merasa murung disebabkan oleh perubahan hormon
  • Akan mengganggu penyusuan susu ibu dan emosi
  • Ibu ini berisiko untuk mencederakan diri sendiri dan bayi



Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk menjaga kesihatan dengan baik. Amalkanlah pemakanan yang seimbang, rawatan bertungku, jaga emosi dan lengkapkanlah nutrisi selepas anda melahirkan. Ini adalah penting bagi ibu untuk menambah bilangan darah baru yang kurang dari tubuh.

Berpantanglah dengan baik, sentiasa berfikiran positif, dan dapatkan makanan tambahan untuk tubuh ibu.
Ibu-ibu boleh memilih supplemen untuk menambah tenaga, darah, dan mengambil vitamin B complex bagi mengawal emosi ibu semasa berpantang lepas bersalin >> Supplemen untuk ibu lepas bersalin <<

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....