24 February 2015

HB Rendah & Ketahui Bahaya Serta Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil


Adakah anda tahu bahawa Anemia semasa hamil sangat merbahaya?

Kenapa Anemia semasa hamil bahaya? 

Adakah anda tahu Anemia Ketika Hamil akan menyebabkan risiko yang merbahaya?


Terhadap Ibu : 
  • keguguran
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin 
  • Kematian 

Terhadap bayi :
  • Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut Kelahiran bayi kurang berat
  • Kelahiran tidak cukup bulan atau Bayi meninggal dalam kandungan

Apa itu Penyakit Anemia?

  • Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan Hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah.
  • Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila puan mengalami anemia , tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kekurangan kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
 
Atasi Anemia semasa hamil
Anemia semasa hamil

Bagaimana Anemia dapat dikesan?

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (HB) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl

  
Bagaimana Anemia dapat dikesan?
Bagaimana Anemia dapat dikesan?

  CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL

 

1.      Tambah darah dengan pil Hematinik
  • Helmatinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:
    • Pil Zat Besi (ferrous fumarate)
    • Pil Asid Folik  
    • Pil Vitamin C
    • Pil Vitamin B Complex
  • Mengapa Pil Helmatinik sangat penting?   
Pil Helmatinik sangat penting kerana kandungan Zat Besi , B complex dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah Pil Vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi

Fakta Penting!

  • Pil Helmatinik membantu untuk pulih dengan cepat dan  janin membesar dengan sihat. Ia tidak  menyebabkan saiz bayi membesar. Berat lahir bayi yang normal adalah di antara 2.5 – 4.0kg

  • Makan pil Helmatinik bersama air kosong atau jus buah untuk penyerapan yang lebih optimum  Elakkan makan pil Helmatinik dengan air berkafein seperti kopi, teh, minuman berkola, bercoklat atau susu. Kafien menghalang penyerapan zat besi dalam badan


Kesan sampingan pil Helmatinik

Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening.
 Kesan ini adalah hanya sementara sahaja.


2.      Tambah darah dengan makan makanan yang kaya dengan Zat Besi
  • Sumber makanan yang kaya dengan zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis
  • Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
  • Untuk mengatasi masalah anemia , anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Fakta Penting!
Sekiranya anda sorang vegetarian , anda boleh ambil makan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan Vitamin C, disamping meningkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau , anda juga perlu makan pil helmatinik mengikut arahan.

2 CARA TINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI

Cadangan makanan untuk Pesakit Anemia @ Tingkatkan HB semasa hamil
Cadangan makanan untuk Pesakit Anemia @ Tingkatkan HB semasa hamil

  1.  Lebihkan makanan yang mmbantu penyerapan zat besi di dalam hidangan seperti : 
  • Buah dan sayur yang kaya dngan Vitamin C seperti jambu batu, limau , betik, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga , sawi, pucuk ubi, bayam dan kangkung
  • Minum jus buah-buahan
  • Makan bersama pencicah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam atau isi daging
 
      2.  Kurangkan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti minuman / makanan  berkafein
  • Jika ingin mengambil makanan / minuman tersebut , pastikan di ambil sekurang-kurangnya 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan Pil Vitamin.
  • Susu juga menghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa  minum pagi, petang atau malam.


Klik dan Tonton Video di bawah untuk ketahui cara bagaimana saya dan akak Aya Chalo ni yang setiap kali mengandung ada Anemia. Ketahui bagaimana beliau menangani Anemia Semasa Hamil dan tingkatkan HB dalam masa 2 minggu!!


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.



Hubungi saya untuk sebarang pesanan atau pertanyaan

AYU 
0162853148

COD BANDAR BARU SENTUL & SEKITARNYA

No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....