Jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan bayi yang baru lahir. Jaundis terjadi pada bayi lahir sihat atau pramatang apabila darahnya mengandungi biliburin yang berlebihan.
Apa itu Biliburin?
Biliburin adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.
Jaundis tidak berbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi berbahaya jika tidak dikawal lebih awal.
APA ITU JAUNDIS / DEMAM KUNING?
Jaundis berpunca apabila HATI BELUM MATANG. Ya, hati belum matang untuk memproses sel darah merah. So, nak cepat pulihkan Jaundis , BANTU HATI CEPAT MATANG..!
Jaundis atau Demam Kuning |
CARA YANG BETUL MERAWAT DEMAM KUNING / JAUNDIS
Biasanya doktor akan mengambil sampel darah bayi dan membuat ujian bagi mengesan tahap dan jenis jaundis bayi. Jika perlu, bayi akan ditahan di wad dan menjalani rawatan fototerapi.
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu , macam-macam makanan/minuman yang mereka suruh beri kepada bayi. Tahukah anda itu sangat merbahaya kepada kesihatan bayi anda?
Cara yang betul merawat jaundis adalah dengan hanya memberikan bayi susu ibu sekerap yang mungkin sejam atau dua jam sekali supaya bayi anda kerap buang air besar atau kecil dan mengeluarkan kuning serta membantu organ dalaman bayi menjadi lebih cepat matang.
Susu ibu adalah makan utama bayi. TIADA MAKANAN LAIN YANG SESUAI UNTUK BAYI DIBAWAH 6 BULAN SELAIN SUSU IBU yangmana khasiat dan zatnya tidak dapat diperolehi dari sumber yang lain walau dengan susu formula paling mahal di dunia sekalipun. Itulah ajaibnya TITISAN EMAS ini.. Dalam kes nak rawat jaundis bayi baru lahir ni, kerapkan penyusuan susu ibu untuk membantu hati bayi cepat matang bagi memproses biliburin yang berlebihan.
KESILAPAN IBU BAPA, mereka terlalu fokus kepada petua-petua nak cepat sembuhkan demam kuning/jaundis sehingga terlupa kepentingan memberi susu ibu sekerap mungkin kepada bayi. Ingat ya, mak ayah! BAYI ANDA HANYA PERLUKAN SUSU IBU , BUKAN MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN.
KENAPA PERLU SUSU IBU SAHAJA UNTUK MERAWAT JAUNDIS?
Ini adalah kerana tubuh bayi hanya dapat memproses susu ibu, Susu ibu cepat hadam, dan mempunyai antibodi untuk melawan jangkitan. Jika anda memberi makanan lain selain susu ibu, berkemungkinan makanan/minuman tersebut tercemar / ada bakteria yang merbahaya buat bayi, dan bayangkan bayi anda masih kecil dan masih belum ada antibodi yang kuat untuk melawan sebarang jangkitan. Sudah tentu perkara ini boleh memudaratkan kesihatan bayi anda bukan? Sanggupkah anda melihat bayi anda terlantar lebih lama di hospital?
KEBAIKAN SUSU IBU BUAT BAYI JAUNDIS |
PETUA & PEMAKANAN IBU SEJAK HAMIL UNTUK ELAK BAYI TERKENA JAUNDIS
Antara petua yang membantu mengelak bayi lahir terkena jaundis/demam kuning. Insya-Allah, boleh amalkan.. kita ikhtiar.. Digalakkan ibu makan makanan berkhasiat.
1. Makan 3 sudu madu (madu asli ye) tanpa air atau minum air bercampur 5 sudu madu
2. Amalkan minum susu kambing 2 cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur
3. Amalkan makan buah delima / boleh juga amal pati delima setiap hari
4. Amalkan makan buah kurma
5. Minum air kelapa muda (sebaiknya ketika kandungan 7 bulan ke atas) sehingga bersalin.
6. Suami digalakkan sentiasa mengusap perut ibu sambil selawat dan doakan kesihatan bayi.
Baca artikel lain berkaitan susu ibu :
No comments:
Post a Comment