25 September 2013

B-Complex Penting Untuk Kulit yang Cantik

Haa...nak kulit cantik kena ambil B-COMPLEX.. kenapa ye? Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan? Biasanya orang nak kulit cantik mesti ambil vitamin c dengan vitamin e kan? Sebenarnya B-complex sama pentingnya dengan vitamin c & vitamin e juga. Tiap-tiap vitamin ada kelebihannya tersendiri. B-complex memang sangat penting untuk kulit yang cantik dan tidak kusam tetapi ramai yang tak tahu dan ambil remeh tentang kepentingan vitamin b.

Gambar: PISANG
=======

 Perhatian:

 Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

 Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

 Tekanan:
 Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

 PMS:
 Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

 Anemia:
 Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

 Tekanan Darah Tinggi:
 Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

 Kuasa Minda:
 Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

 Penghadaman:
 Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

 Keletihan:
 Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

 Panas Jantung:
 Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

 Demam Pagi:
 Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

 Gigitan Nyamuk:
 Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

 Saraf:
 Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

 Obesiti dan Tekanan Kerja:
 Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

 Ulser:
 Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

 Kawalan Suhu:
 Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

 Seasonal Affective Disorder (SAD):
 Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

 Ketagihan Rokok & Tembakau:
 Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

 Stres:
 Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

 Strok:
 Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

 Lain-lain Penyakit Kulit:
 Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

 Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

 Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

 PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

 Rujuk:
 "Pakar Nutrisi Sihat"

***pssttt...mkn byk sgt pisang pn tak elok jugak kan.. boleh kena kencing manis.. mkn SHAKLEE B COMPLEX tuk dapatkan vitamin b yg cukup.. selamat...badan pun sihat.... murah2 je... 

sebotol baru RM53.75 untuk 120hari tau..


Tapi saya jelaskan dahulu 3 kepentingan utama b-complex untuk kulit yang cantik. ok, yang pertama b-complex ni anti-stress. Anda pasti tahu kan, bila kita stress muka kita cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Muka yang stress nampak tidak berseri dan kelihatan kusam. Selain itu, b-complex juga bertindak menukarkan makanan kepada tenaga. Dengan itu, badan anda akan kekal cergas sepanjang hari.

Yang ke-2 , B complex ni melindungi kulit dari pancaran matahari. Terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari akan merosakkan melanin kulit & menyebabkan kulit kelihatan gelap. Kulit yang kusam mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Orang yang bekerja di luar kawasan atau lebih terdedah kepada pancaran mentari perlu ambil lebih vitamin b ini. Kulit yang banyak terdedah kepada sinaran mentari juga lebih mudah ditumbuhi jeragat. Nak hilangkan jeragat, silalah konsisten dengan pengambilan B-complex.

Dan yang terakhir adalah, vitamin B-complex ni membantu melancarkan perjalanan darah. Darah yang lancar, menaikkan seri wajah dan wajah akan kelihatan lebih segar & muda. Sebab tu tiap kali anda buat facial, prosedur terakhir, wajah anda akan di urut. Ia bertindak bagi melancarkan darah & membuatkan wajah anda tampak lebih glowing & muda.


B COMPLEX PENTING UNTUK KULIT CANTIK
VITAMIN B PENTING UNTUK KULIT CANTIK

Berminat dengan vitamin B-complex yang best ni? Sebab ia lengkap dengan asid folik. Ramai yang sukakan Shaklee B-complex ni tau. Rugi kalau anda tak dapatkan sekarang! Sape kata b complex naikkan berat badan?
** anda boleh tambah dengan pengambilan GLA COMPLEX untuk kulit yang lembap, licin & glowing dan ESP untuk memperbaiki sel-sel yang rosak pada tubuh**
Hubungi saya sekarang pada harga sangat mampu milik! Sebotol 120 biji pada harga RM53 sahaja.
#Nak join kutu shaklee
Saya sediakan.. add saya di facebook ye 
pengedar sah shaklee bandar baru sentul dan sekitar
AYU 0162853148
COD BANDAR BARU SENTUL & SEKITARNYA





No comments:

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....