16 September 2013

DUKTUS SUSU TERSUMBAT? BAGAIMANA CARA MERAWATNYA?

Tahniah! Kerana anda berjaya menyusukan bayi anda dengan baik. Tetapi banyak dugaan yang perlu ibu lalui seperti susu tersumbat..payudara bengkak, melecet dan macam-macam lagi...Kadang-kadang susu seperti sedikit, payudara penuh tapi susu keluar sikit je kan?

Itu adalah petanda Duktus Susu anda tersumbat.

DUKTUS SUSU TERSUMBAT


Duktus susu disalurkan kepada bayi melalui tisu payudara dan pori puting. Jika Duktus Susu tersumbat, payudara akan menjadi sensitif dan keras. Sumbatan ini boleh terjadi di bahagian payudara atau aerola. Sekiranya ibu mempunyai pelecetan susu, ia akan berada diputing dan akan kelihatan seperti susu tersumbat (kelihatan seperti jerawat). Pori yang tersumbat mungkin akan menghalang payudara daripada menjadi kosong yangmana ia menyebabkan penyumbatan duktus susu. Jika ia tidak dirawat, ibu akan rasa sakit dan ia juga boleh menyebabkan masisitis.

Penyusuan yang tidak tetap dan coli yang ketat boleh menyebabkan duktus susu tersumbat. Rawatan dan penjagaan untuk sumbatan ini adalah sama seperti rawatan untuk masisitis. Perbezaannya adalah sumbatan ini bebas dari jangkitan.


SIMPTOM-SIMPTOM DUKTUS SUSU YANG TERSUMBAT

  • Payudara keras dan sensitif 
  • Payudara terasa panas
  • Warna kemerah-merahan dipayudara
  • Pelecetan susu (jika ia disebabkan puting yang tersumbat)
 

TIP-TIP UNTUK MERAWAT DUKTUS SUSU YANG TERSUMBAT

  • Rendam kain di dalam air panas suam dan tuam sekitar payudara
  • Membuat urutan secara lembut sebelum sesi menyusu (klik untuk cara urutan)
  • Selepas menyusu guna pek ais di payudara atau mengepam dikawasan yang tersumbat
  • Sentiasa menyusukan bayi / mengepam bagi mengosongkan payudara! 
  • Berehat
  • Berbincang dengan konsultan laktasi untuk tip-tip merawat duktus susu yang tersumbat
  • Hubungi doktor anda sekiranya anda terasa nak demam atau mengalami sakit dan lenguh badan kerana anda mungkin mengalami masisitis
  • Pelbagaikan posisi penyusuan untuk menggalakkan pengosongan payudara

Semoga ibu-ibu menyusu diluar sana berjaya menyusukan si manja secara eksklusif 6 bulan pertama dan sehingga usia si kecil mencapai usia 2 tahun. 

Sharing is caring..

#Inginkan Milkbooster dari vitamin-vitamin Shaklee? Klik sini untuk info lanjut

atau boleh terus hubungi saya untuk order.

TQ

pengedar shaklee yang sah

1 comment:

Nur Hijratul Hajar Bahaman said...

Saya pernah alami situasi seperti ini..sakitnya bukan kepalang..Puncanya bila puting luka sebab anak gigit..Sampaikan saya terpaksa jumpa bidan untuk urut breast..Selepas itu barulah kembali normal. Apapun, Terima kasih sbb mummy snggup kongsikan petua ni untk saya wat rujukan,

jemput singgah blog saya Petua Menyembuhkan puting luka dengan cepat

TIPS MINUM AIR YANG CUKUP KETIKA BERPUASA

Alhamdulillah. Bermula Ramadhan pertama hari ini. Semoga kita semua dapat laluinya dengan penuh kesabaran dan ibadah kita diterima oleh-NYA....