22 September 2013

RESEPI UNGKEP AYAM MASAKAN ORANG JAWA

Ehh....tetiba lak nak share Resepi Masakan orang jawa.. haha.. sebenarnya nak simpan untuk diri sendiri jugak. Tapi tak salah gak share dalam blog kan.. hehe...mana tau lepas ni leh share masakan yang lain pulak kan.. :) Bukan ape, masakan ni pun tahan lama tau kalau disimpan.. Boleh pakai ayam bandar atau ayam kampung/pencen pun sedap...ok, ni resepinya...

Resepi ungkep ayam :

1 ekor ayam

10-12 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

Halia

Lengkuas

 Kunyit

Ketumbar

Jintan halus

Jintan manis

(Semua bahan ni dikisar)

Serai dititik

Garam

Gula

Perasa.

Sedikit air asam jawa anggaran 1 sudu

Caranya :

Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
 
Masukkan ayam, serai dan air. Masak dengan api sederhana. Bila air sedikit kering, masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa.
 
Masak lagi hingga kuahnya kering dan ayam empuk/lembut.
 
Kalau yang nak pedas boleh letak cili padi potong atau sebiji2 masukkan.
 
***haha...senang je kan masaknye.. lebih enak dari kari ayam tau.. cubalah! Pic takde..hehe...sory ye..:)

1 comment:

zainab Zainabrahman said...

Nmpk senang...nk try lunch nt masak ni.. Hihi

PNEUMONIA DAN CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU DENGAN BERKESAN

Paru-paru adalah organ penting untuk fungsi pernafasan manusia. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20 ribu kali dalam sehari dan bekerja...